
Berikut antara dialog kegemaranku dalam Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Antara dialog-dialog yang boleh diingat sampai bila-bila. Tak melampaukan bila ku katakan dialog yang ada dalam filem ni setanding dengan filem-filem komedi zaman P.Ramlee? Abang Mamat Khalid, kira ko tak sia-sia kluar modal buat cerita ni. Dulu, sebelum filem ni keluar, ada yang meramal kegagalannya seperti mana Hantu Zombie Kampung Pisang. Kalau sesiapa yang suda tengok filem ni, musti tau babak mana aku ceritakan. Yang bestnya pasal filem ni, biarpun bercorak seram komedi tapi ada unsur2 pengajaran yang cuba Mamat Khalid sampaikan? Apa dia?? Cuba nilai dari dialog lucu tersebut. Ok, bagi yang belum, pegi la tengok.cari critanya di mana-mana.. Di sini aku kongsi dialog kegemaranku dalam filem tersebut :)
***************************************
(babak selepas abi hurairah dan usop cuba menakut-nakutkan si husin)
Husin: Usop, yang kamu dah berwilcha ni pasal ape??
Usop: Bukan whilcha, wheelchair
Husin: ooo whilshey.
Usop: tu le! skolah dulu tak nak amek ape, english education. ha! semua nak gomen nolong bile dah bengap macam tuh
.
.
abi hurairah: mane tau ada kusyen dari singapore!ahahaha
husin: kusyen?
Usop: bukan kusyen, keychain
Husin:oh keychain
Abi Huraira: yang ade gambo mulut singa ternganga klua ayo tuh!
.
.
.
Husin: ni mike ni pasal ape sop?duk berwhilcha ni?
Usop: panjang cetenye husin.awok pun dah jemu mengingatnya balek.tapi pasai mike dah tanye tuh, awok chigte je la
Husin dan Abi hurairah: ce cete ce cite..
Usop: Pade satu hari, burung-burung berkicauan hari tuh. Ade yang bekerje, ade yang bergembire...
(Usop nyanyi Happy birthday to me..)
Usop: ee tak sabo la.biar la awok nak nengok apekah hadiahnye..Oh..emm..perisa blueberrrryyy, my fevrettt
***********************************************
Husin: Kak Limah! masok le.malam dah nie.banyak nyamuk bokak nyamok tu kang baru tau.dapat malaria tapioka sape susah?
***********************************************
babak selepas husin terkejut dengan kemunculan kak limah baring sebelah katilnya
Husin: Pak Abu!
Pak Abu: Ha!
Husin: Kak Limah. Kak Limah dah jadi zomba
Pak Jabit: Jangan kamu ditakuk lama husin.itu crite dulu.Zomba zomba.. Zombi!
Husin: Pak Jabit. Betul..tadi dah digokaknye teman
Usop: Mne de zombi di dalam dunie ni sin. Apatah lagi di kampung pisang yang sejahtera ni.ngarutt.semue tu dulu misscommunication je
************************************************
(babak selepas abi hurairah di kejar kak limah)
Abi huraira: 8 tiang saye berdiri
Usop: nampak sangat menipu.bukan lampu. 8 tiang batu nisan je.
.
.
.
(babak Usop kentut)
Abi Huraira: perghh..bau telo!takde sivik punye orang.budaye kite wajah kite tau!perghh..
Usop: maaf le.awok dah kabo,awok tak leh kontrol buah pinggang awok nie.lumpuh tau.. (buah pinggang dengan kentut..apa kaitannya??hahahaha..)
*************************************************
(babak abi huraira kenalkan dukun dari Indonesia)
Pak Jabit: sape ni abi hurairah?
abi Hurairah: Ni? name die Pak Salam Erwidijowo Anwar. Saye jumpe die dekat bus stop simpang tige sane!hehh..
Usop: si abi hurairah ni pon.merepek kamu kutip merate bus stop je
.
.
.
Pak Salam Erwidijowo: kalo bisa aku ceritain.. Pastiii... Kalian tidak akan percaya....!
Semua: ce cite eh, ce cite eh
Pak Salam Erwidijowo. Begini ceritanya. Aku ini orang indonesia.kalo ngak penuh ilmu di dada, enggak sampe puncak everest
Usop: nampak beno menipunye.orang jawe mane tahan sejuk
.
.
.
.
Abi Hurairah: Pak Jabit, die ni power tau.saye gerenti punye. bomoh globalisasi macam ni bukan senang nak dapat tau
.
.
.
Pak Salam Erwidijowo: Biar aku hapuskan angin hitam itu dahlu! Bukan bayarannya yang aku kejar
***************************************************
(babak cari ayam hitam.. aku ndak berapa re-cap dialognya..tapi sangat lucu)
***************************************************
(babak abi huraira dgn c usop nyanyi lagu SOley-soley)
***************************************************
(babak abi huraira berak dalam tandas)
.
.
.
Usop:Husin, awok kalo kawen nanti.. awok nak buat pelamin tu kale pink. kalo dapat anak nanti,anak naek buey(buai) awok nak buat press conference macam Erra pazira dan engku imran buat tu..! seme pink!
***************************************************
(selepas dikejadian abi hurairah dalam tandas)
Usop: penat la teman macam nie!kete sorong ni kalau bukan hak milik kerajaan, dah lame teman lego kat sungai tadi
***************************************************
babak pak abu tengok abi hurairah pakai skirt tudung saji
***************************************************
babak dukun thailand jampi dirumah kak limah
dukun thailand : pelawok pelawok pelawok pelawok pelawok!
Usop: nape tak bio (biar) je die jampi pagi esok, pak abu
pak abu: eee.. siang2 bute mane de hantu.tengah-tengah malam macam ni baru ade hantu
dukun thailand: pelawok pelawok pelawok pelawok pelawok
usop: lagu elton john mane yang jadi fevret pak abu?
pak abu: sorryy... seems to be the hardest word.. (nyanyi kuat2.baru lari pitching lagi tuh)
ramai-ramai: ooooooooooooooo
.
.
.
.
.
dukun thailand: ni hantu kak limoh ko?
abi hurairah: itu nang nang (nang nak sebenarnya...!sot!)
ramai-ramai: bukan bukan bukan
dukun thailand: salah lagu mana pulok?
**********************************************************
(babak dukun thailand panggil hantu kopek(buah dada))
Azwan Ali si gemuk: pak abu tengok, besarnye.boleh perah santan!sabo jela..
(orang lain semua terkejut tapi tiba-tiba pak abu cakap)
Pak abu: uuuuuhh..panjangnye kopek (panjangnye buah dada)
dukun thailand: kah kah kah kah kah kah kah kah! (halau hantu kak limah)
.
.
.
(pas tu ramai-ramai ikut dukun thailand tuh)
ramai-ramai: kah kah kah kah kah kah kah
***********************************************************
(babak time menyuarat tergempar)
Pak abu: terime kasih pak jabo, setiausaha JKKKk KKKk kampung.ade ape-ape announcer yang nak di announce lagi?
Pak jabit: buat mase nie takde ape-ape lagi
Pak abu: elok la tuh
.
.
.
.
Usop: kite bako je ughuma kak limah tu.kalo ughuma tu hangus, takde la hantu tu balek ughuma die lagi
.
.
.
salah satu penduduk kampung: saye bukan la sedare cume sedare sesame islam je...
(babak setelah si Abi Huraira yang dia kol si Musalman di opis Rosyam Nor)
Pak abu: orang tengah mikiorkan (fikirkan) benda besar macam nie, die boleh pegi panjat gunung?kan bahaye tu?kalau jatuh, boleh mati tau!
salah satu penduduk kampung: ntah ntah dah mati c musalman tuh
Usop: sah!memang sah die dok bandar dah mati.dah jadi hantu dah!kite bako je kite bako!kite bakoooooo
(babak anak si mamat menembak siling)
.
.
.
.
Usop: bile mase musalman balek sin?kan dah jatuh.panjat gunung kinabalu (ni aku ketawak.padahal c usop yg buat cerita syok sendiri si musalman mati panjang gunung kinabalu)
.
.
.
husin: teman jadi supervisa kat kilang elektronik tuh!
usop: bukan supervisa, supervisor.itulah pentingnye english education
.
.
.
usop:oleh kerne kita hidup dalam demokrasi terpimpin, saye usop bekas penari kebudayaan supaye kite buat undian.sape-sape disini yang menyokong,supaye ughumah kak limah tu kite bako dan kite menang dalam menyurarat ini,sile angkat tangan macam saye
(babak Azwan Ali baca niat zuhur selepas dia terkejut tengok kak limah duduk disebelahnya)
.
.
.
Usop:bako jelah umah ni abeh crite.lot tapak ni kite ratekan, buat tanam cili
(babak penduduk kampung menari poco-poco sambil nyanyi lagu injit-injit semut)
.
.
.
usop: ooh..!kite datang nak bako.bukan nak poco-poco
******************************************************************************
tu antara dialog-dialog kegemaranku..ahahahahaha..kalo ada sesiapa mau kongsi-kongsi dialog dan berkomen2 pasal dialog hantu kak limah balik rumah, dipersilakan :)
Dialog kegemaranku dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah.....
Wednesday, April 6, 2011
Dibebelkan oleh c Lisa Ali at Wednesday, April 06, 2011 2 pengomen
Labels: Dialog Hantu Kak Limah Balik Rumah, Hantu Kak Limah Balik Rumah, review filem kegemaranku
Lucah+kasar =???
Tuesday, April 5, 2011
Assalamualaikum..
Setelah fenomena Usop Wilcha, Malaysia digemparkan lagi dengan satu fenomena video lucah. Ini disebabkan rakyat Malaysia mahukan kepastian sama ada dakwaan LELAKI Y adalah pemimpin pembangkang parti di sini.
Pelbagai andaian dibuat. Ada yang bersetuju lelaki tersebut adalah pemimpin parti pembangkang, ada yang tidak bersetuju dan ada yang langsung tak kisah mengenainya.
Oleh sebab teknologi sekarang adalah dunia tanpa sempadan, perang maklumat di Twitter semakin rancak. Sekarang penyebaran maklumat mengenai berita panas lebih merasuk menggunakan akaun Twitter. Capaian mudah di akses oleh segenap lapisan masyarakat. Tipu sangat kalau aku pun tak ter'kesan' dengan penyebaran ini.
Buruknya, jika betul video itu sahih atau pun tidak kenapa perlu disebarkan? Lupakah wahai menyebar bahawa bukan sekadar orang dewasa boleh menonton video itu secara percuma, tapi anak-anak muda kita. Malu bila melihatnya, aib rasanya bila pelaku tersebut boleh dikategorikan sebagai bapa. Ini contohkah contoh terbaik untuk anak muda sekarang?
Sukar sekarang mengekang kebanjiran maklumat dan sukar untuk menapis bila video tersebut sudah tersebar. Anak muda akan mencontohi pelakuan orang dewasa. Jadi, tolong! Hentikan lah penyebaran video tersebut. Atau kita akan dengar lagi statistik melibatkan perilaku sumbang anak-anak muda kita di Dewan Parlimen. Cukup lah dengan apa yang ada sekarang. Jangan di tambah lagi.
Dibebelkan oleh c Lisa Ali at Tuesday, April 05, 2011 4 pengomen
Labels: cerita lucah, geram, Hantu Kak Limah Balik Rumah, lelaki Y, usop wilcha
Usop Wilcha Pengurus Komunikasi Koprat
Monday, April 4, 2011
Assalamualaikum!
Siapa yang Syed Mohamad Asri Syed Osman? Kalau sebut nama penuh dia sure kamu ndak kenal kan dia ni sapa. Cuba aku sebut Usop Zombie Kampung Pisang atau sebut Usop Whilcha... musti teringat wataknya dalam Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, arahan abg Mamat Khalid
Aku ketawa terbahak-bahak melihat beliau beraksi di atas pentas Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Dia ajak semua orang angkat tangan macam dia. Announcer paling best dalam ABPBH adalah Usop Whilcha. Siapa setuju, angkat tangan macam Usop Whilcha. [Penuh lemah lembut yah]
Kita tengok sahaja wataknya lembut tapi di luar lokasi orangnya sangat serius. Bekerja sebagai seorang Pengurus Komunikasi Koprat Gas dan Minyak membuatkan beliau serius dan komited dengan kerjayanya. Di sebalik kesibukan beliau, masa untuk berlakon tetap ada memandangkan minat ke arah seni. Bakat yang ada tidak disia-siakan bila fenomena perkataan beliau dalam watak Hantu Kak Limah Balik Rumah menjadi ikutan.
Antara dialog kegemaranku adalah " Sile angkat tangan macam saye" " Kite bako je kite bako" "Inilah pentingnya English Education" " Bukan whilcha, wheelchair", "blueberry.."
Kagum dengan bakat yang Tuhan berikan kepada beliau. Bertambah penghibur di negara kita. Untuk Usop Whilcha, anda superb! Ada yang tidak bersetuju?sila komen
Dibebelkan oleh c Lisa Ali at Monday, April 04, 2011 0 pengomen
Labels: Hantu Kak Limah Balik Rumah, Usop Wilcha Pengurus Komunikasi Koprat


