Assalamualaikum!
Siapa yang Syed Mohamad Asri Syed Osman? Kalau sebut nama penuh dia sure kamu ndak kenal kan dia ni sapa. Cuba aku sebut Usop Zombie Kampung Pisang atau sebut Usop Whilcha... musti teringat wataknya dalam Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, arahan abg Mamat Khalid
Aku ketawa terbahak-bahak melihat beliau beraksi di atas pentas Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Dia ajak semua orang angkat tangan macam dia. Announcer paling best dalam ABPBH adalah Usop Whilcha. Siapa setuju, angkat tangan macam Usop Whilcha. [Penuh lemah lembut yah]
Kita tengok sahaja wataknya lembut tapi di luar lokasi orangnya sangat serius. Bekerja sebagai seorang Pengurus Komunikasi Koprat Gas dan Minyak membuatkan beliau serius dan komited dengan kerjayanya. Di sebalik kesibukan beliau, masa untuk berlakon tetap ada memandangkan minat ke arah seni. Bakat yang ada tidak disia-siakan bila fenomena perkataan beliau dalam watak Hantu Kak Limah Balik Rumah menjadi ikutan.
Antara dialog kegemaranku adalah " Sile angkat tangan macam saye" " Kite bako je kite bako" "Inilah pentingnya English Education" " Bukan whilcha, wheelchair", "blueberry.."
Kagum dengan bakat yang Tuhan berikan kepada beliau. Bertambah penghibur di negara kita. Untuk Usop Whilcha, anda superb! Ada yang tidak bersetuju?sila komen
New Year?
1 week ago
0 pengomen:
Post a Comment