assalamualaikum...
Copy pasted jap ayat dari Facebook Encik Amir Utusan Borneo..
Making a thousand friends is not a miracle. A miracle is making one friend who will stand by your side when thousands are against you!
>unknown<
Dan dari ayat-ayat ini aku semacam dapat ilham mengenai cerita kawan.
Aku ndak banyak kawan. Means kawan yang aku boleh percaya. Dah berapa kali aku jatuh gara-gara kawan dan baru-baru ni pun aku terkena. That's the beauty of life. Dah jatuh baru kenal siapa itu kawan dan siapa lawan. Ala, Lisa Ali sudah biasa terkena begini.
Aku malas mau berkawan dengan kawan bertalam-talam. Penuh dengan lakonan semata. Depan lain, belakang lain. Alasan? Nak sedut sumber. Mau amek maklumat. What so ever! At first, aku terima but now, sorry to say! Hell NO! Well, ada yang kata hidup ni kena berpolitik at least sikit. Dan aku terpaksa iyakan. Kita perlukan sikit but tapi jangan berlebih-lebih sampai hati orang pun nak kau sakitkan. Masa orang terbuang gara-gara mahu melunaskan permintaan kamu. Duit boleh diganti tapi rugi masa? Siapa mau ganti? Dan gara-gara orang sebegini, aku kehilangan satu deal yang besar dan hampir hutang orang aku tak terbayar gara-gara masa ku telah dihabiskan begitu sahaja oleh mereka. Fuuhh.. Alhamdulillah, Allah ada bersamaku. Allah mendengar dan perkenankan doaku
Sometimes aku suka berkawan dengan orang jahat rather orang baik. At least, orang jahat tau dia jahat dan tau permainannya tapi orang baik, mana ditau mainannya. Silap-silap lagi teruk dari orang yang bajet baik ni. Apa yang ku belajar dari pengalaman hidup sepanjang aku di Tawau ni, orang jahat tidak berpura-pura jahat dan orang baik SELALUNYA bermuka-muka agar orang tengok dia ni sangaaattt la baik. Dan aku ulang. SELALUNYA. Tidak semua.
Dan tentunya sekarang aku rindu kawan-kawanku yang jahat di KL sana especially si Ran dan beberapa orang yang selalu lepak sampai pagi sesama. Dan mereka adalah antara kawan yang berdiri di belakangku bila ada 1000 orang melawanku. Tapi silapnya dan kononnya aku ingin tinggalkan dunia KL ku yang lampau tapi sekarang baru ku tau KAWAN... Dan tentunya aku suka WATAK jahat tapi bukan ORANG JAHAT :)
Tapi kata #EncikCina, mau berjaya kena jadi jahat. Kalau baik, orang tak pandang. Errr... Maybe in terms of social+bizness+leisure, boleh kalik buat gitu. Tapi untuk keamanan dunia akhirat, keikhlasan adalah penting. Bila sebut ikhlas, tiada sifat talam menalam. Aku akan jadi jahat bila berkaitan dengan social+bizness+leisure. Don't ever mess up with me! Noktah
Dah ke KL kelak, aku nak ke Thailand. Itu kalau. Belum tentu jadi ka tidak. Oh yah.. TV plasma dah dapat :) Nak pasang Astro ka tidak? Errr.. bukan sekarang. Sekarang sibuk cari duit tuk ke Thailand b4 Christmas :) Rezeki Allah ada mana-mana. Syukur!!
Aku memang ndak banyak kawan
Friday, November 18, 2011
Dibebelkan oleh c Lisa Ali at Friday, November 18, 2011 2 pengomen
Labels: geram, Hidup, kawan makan kawan, Luahan hati
Lucah+kasar =???
Tuesday, April 5, 2011
Assalamualaikum..
Setelah fenomena Usop Wilcha, Malaysia digemparkan lagi dengan satu fenomena video lucah. Ini disebabkan rakyat Malaysia mahukan kepastian sama ada dakwaan LELAKI Y adalah pemimpin pembangkang parti di sini.
Pelbagai andaian dibuat. Ada yang bersetuju lelaki tersebut adalah pemimpin parti pembangkang, ada yang tidak bersetuju dan ada yang langsung tak kisah mengenainya.
Oleh sebab teknologi sekarang adalah dunia tanpa sempadan, perang maklumat di Twitter semakin rancak. Sekarang penyebaran maklumat mengenai berita panas lebih merasuk menggunakan akaun Twitter. Capaian mudah di akses oleh segenap lapisan masyarakat. Tipu sangat kalau aku pun tak ter'kesan' dengan penyebaran ini.
Buruknya, jika betul video itu sahih atau pun tidak kenapa perlu disebarkan? Lupakah wahai menyebar bahawa bukan sekadar orang dewasa boleh menonton video itu secara percuma, tapi anak-anak muda kita. Malu bila melihatnya, aib rasanya bila pelaku tersebut boleh dikategorikan sebagai bapa. Ini contohkah contoh terbaik untuk anak muda sekarang?
Sukar sekarang mengekang kebanjiran maklumat dan sukar untuk menapis bila video tersebut sudah tersebar. Anak muda akan mencontohi pelakuan orang dewasa. Jadi, tolong! Hentikan lah penyebaran video tersebut. Atau kita akan dengar lagi statistik melibatkan perilaku sumbang anak-anak muda kita di Dewan Parlimen. Cukup lah dengan apa yang ada sekarang. Jangan di tambah lagi.
Dibebelkan oleh c Lisa Ali at Tuesday, April 05, 2011 4 pengomen
Labels: cerita lucah, geram, Hantu Kak Limah Balik Rumah, lelaki Y, usop wilcha


