Assalamualaikum..
Setelah fenomena Usop Wilcha, Malaysia digemparkan lagi dengan satu fenomena video lucah. Ini disebabkan rakyat Malaysia mahukan kepastian sama ada dakwaan LELAKI Y adalah pemimpin pembangkang parti di sini.
Pelbagai andaian dibuat. Ada yang bersetuju lelaki tersebut adalah pemimpin parti pembangkang, ada yang tidak bersetuju dan ada yang langsung tak kisah mengenainya.
Oleh sebab teknologi sekarang adalah dunia tanpa sempadan, perang maklumat di Twitter semakin rancak. Sekarang penyebaran maklumat mengenai berita panas lebih merasuk menggunakan akaun Twitter. Capaian mudah di akses oleh segenap lapisan masyarakat. Tipu sangat kalau aku pun tak ter'kesan' dengan penyebaran ini.
Buruknya, jika betul video itu sahih atau pun tidak kenapa perlu disebarkan? Lupakah wahai menyebar bahawa bukan sekadar orang dewasa boleh menonton video itu secara percuma, tapi anak-anak muda kita. Malu bila melihatnya, aib rasanya bila pelaku tersebut boleh dikategorikan sebagai bapa. Ini contohkah contoh terbaik untuk anak muda sekarang?
Sukar sekarang mengekang kebanjiran maklumat dan sukar untuk menapis bila video tersebut sudah tersebar. Anak muda akan mencontohi pelakuan orang dewasa. Jadi, tolong! Hentikan lah penyebaran video tersebut. Atau kita akan dengar lagi statistik melibatkan perilaku sumbang anak-anak muda kita di Dewan Parlimen. Cukup lah dengan apa yang ada sekarang. Jangan di tambah lagi.
Rasa..
1 month ago


