assalamualaikum....
Panas keadaan luar sana membuatkan aku lebih rela berlapar di kawasan jajahanku (partition ku) dari keluar berjalan! Di kesempatan ini aku update blog sebab report suda siap untuk di hantar. Ahahaha. rajin pulak ni hari. Ndak tau apa suda penyakit ku.
Baiklah, aku mau cerita pasal tayar la pulak. Previous, aku cerita pasal kilat. Dulu, time aku pakai kereta hitam ku di Tawau, #EncikCina selalu merungut mengenai kekencangan tayar keretaku. Ada sekali dia marah aku sebab dia rasa tayar keretaku sangat kencang dan suruh aku berhenti di tepi jalan untuk dia membuang angin keretaku. Dia kata tayar terlalu kencang pun ndak bagus. Aku ni main isi angin sak. Kalo ku rasa kereta tu agak lambat, pigi la aku tambah angin. Sebelum aku merantau di bumi semenanjung ni, aku sempat jugak tukar tayar depan ke belakang biar 'botak' tayar tu seimbang sebab tayar di belakang kurang membawa beban berbanding tayar depan yang terpaksa bawa enjin yang berat
Ada beberapa tips kalau kita mahu tukar tayar.
1) Periksa dulu keadaan tayar tersebut. Kalau tayar sudah 'botak ' satu corak (bunga) ke satu corak (bunga) yang lain tu ada penyambung (gap). sekiranya gap antara bunga-bungaan tu dah sama rata, maknanya kita boleh la start mem'botak'kan poket untuk membeli tayar baru. Ada bermacam-macam botak.
botak tengah tapi di tepi2 ok lagi - tekanan tayar adalah terlalu tinggi.
kalau botak kat tepi tapi ditengah maintain tu - tekanan tayar rendah.
sekiranya botak/haus kat luar - tayar kita terlalu masuk ke dalam
kalau tayar haus kat bahagian luar - betulkan alignment.
kalau haus tidak sekata - absorber kena ganti baru.
2) Mak aku dulu suka kata aku ni memandai2. Dulu aku terniat mau tukar tayar. Then mak aku kata macam gini "apa jugak bagusnya mau tukar tayar besar2. Engineer kereta lagi paham bah spek tayar untuk kereta. Mesti ada sebab kenapa Vios di kasi pakai kereta 14 inci Memang ada betulnya kata mak aku. Ikutkan mostly kereta sedan di Malaysia ni memakai 14 inci. Sebab kalo pakai 15 inci atau ke atas memang boleh tapi meter kelajuan tidak akan kasi tunjuk kelajuan sebenar. Boleh tukar tayar kalau mau dapat bacaan tepat tapi kena modified enjin dan ada kaitan dengan eksos. Lebih tepat, ia akan makan budget besar. Dapatkan nasihat pakar kalau mau modified. Jangan ingat mau nampak cantek jak :)
3) Tengok spesifikasi tayar. Kalau boleh, amek jak contoh tayar yang original dari kilang. Of course pengilang kereta tentu mau terbaik dari produk mereka. Kalau mau tukar brand, pun boleh. Perasan ka ada tulisan di tepi tayar?? Sometimes ada pengguna serahkan bulat-bulat dengan orang kedai untuk pilihkan tayar terbaik which is kurang tepat. At least kita kena tau tayar apa yang kita guna.
185 - lebar permukaan bawah tayar 185mm%
60 - 60 ni bermaksud nisbah tinggi permukaan tepi tayar ke rim adalah 60. 60 tu 60%***
R - jejari type R
14 - saiz tayar 14"
82 - tayar ni boelh tampung muatan 475 kg
*kalau 71 = 345 kg, 125 = 1,677 kg
H - kelajuan max bg tayar ialah 210 km/j.
*klu bwk laju dr limit, sifat fizikal akn berubah & tayar mungkin xkn berfungsi dgn baik.
*klu S - max 180 km/j, T - 190 km/j, U - 200 km/j, H - 210 km/j, V - 240 km/j, Z - melebihi had laju 240 km/j, W - 270 km/j, Y - 300 km/j, dan ZR - untuk tayar yang mengatasi kelajuan 270 km/j atau lebih.
Lihat rajah di bawah :-
Ok, ramai jugak yang berpendapat tayar dari Jepun lagi baik sebab lembut (bagus untuk menyerap hentakan) tapi kena ingat di Jepun sana cuacanya kurang panas berbanding di sini. Tayar akan cepat haus sebab faktor panas. Boleh jugak beli tapi bersedia untuk menukar tayar dalam tempoh yang singkat :P
Lagi satu ada juga yang beli tayar second hand atau pun celup tapi kena siasat betul2 pasal tayar tu. Sesuai ka tidak, bahaya ka tidak. Satu risiko nya kalau beli tayar sebegini nanti boleh meletup secara tiba-tiba yang menyebabkan kemalangan. Bagi aku, biar berabis duit untuk keselamatan sebab nyawa hanya ada satu.
Ok, itu sahaja aku ingin berkongsi maklumat. Selamat membeli tayar.. :P Masa untuk aku keluar melawat beberapa tempat... Bye
1 pengomen:
Las Vegas Casino & Hotel - MapyRO
Find and compare the cheapest 목포 출장마사지 and quickest 밀양 출장샵 ways 보령 출장마사지 to 양산 출장안마 get from 서울특별 출장샵 Las Vegas Casino & Hotel to LINQ Promenade. Find the best prices and offers.
Post a Comment