Assalamualaikum
Sudah jam 5 petang. Aku baru sahaja selesai mengusai rumah memandangkan beberapa rakan-rakanku akan bertandang di rumah malam ini. Kira dinner la tapi makanan kampung memandangkan kami semua berasal dari tempat yang sama.
Sambil-sambil melipat kain seminggu, berita mengenai BERSIH 3.0 yang berlangsung semalam hangat diperkatakan. Pemberita tersebut telah meng'highlight' dalam butiran ayatnya "APA YANG MEREKA MAHU" sambil berkongsi gambar yang diambil dari laman Facebook PDRM.
Hari Khamis.
Aku mengambil cuti untuk menemankan kawanku untuk ke Wangsa Walk yang terletak berhampiran LRT Sri Rampai. Aku memilih menaiki kenderaan awam berbanding membawa kereta sendiri memandangkan aku malas mencari jalan ke sana. Tak familiar sangat kawasan di sana.
Seorang pemandu teksi telah menegur kami dan bertanyakan kami "Asal mane?". Aku bertanyakan kembali untuk menguji pengetahuannya "Cuba la teka" dengan lenggok bahasa Tawau. " Indonesia kot". Aku terketawa. Orang yang tak familiar lenggok bahasa Tawau sudah tentu menyangka kami adalah orang Indonesia.
Aku pun berkata " Tawau, Sabah la Uncle"
"Oh iye. Macam mana dengan keadaan di Sabah. Memihak kepada siapa?"
Dahi berkerut.
"Maksud Uncle?"
"Iye la. BN ke PKR?"
Aku tersenyum. Lama juga aku tidak mendengar komen politik.
" Di sana, majoriti adalah kerajaan termasuk tempat saya. Sini macam mana?"
Pemandu teksi India itu mengangguk tanda faham
"Sini (tak tahu merujuk negeri atau tempatnya mencari rezeki) kami mahu tukar kerajaan. Dah lama benar kerajaan memerintah. Sudah masuk 50 tahun. Perut mereka sudah kenyang makan duit rakyat. Kami mahu PKR lagi memerintah. Sudah bosan dengan kerajaan sekarang. Mahu tukar."
" Kenapa?" balasku
"Dia sudah cukup kaya. Dulu IC itu tukar percuma. Sekarang tukar mahu RM10. Itu dulu Mahathir tidak mahu kasi naik harga barang banyak kali. Sekarang? Ini semua mahal. Esok lusa saya susah sudah mahu bawak teksi. Semua duit kerajaan sudah masuk poket."
Aku tersenyum
" Uncle pernah dapat bantuan RM500 dari kerajaan ka?"
" Pernah "
" Anak-anak dapat bantuan jugak?"
" Dapat. Tapi itu tidak cukup. RM500 sudah angkat tapi sekali sahaja. Itu tidak cukup. Itu Felda isu. Mau bagi bantuan tapi kena bagi salinan geran dan kad pengenalan. Untuk apa? Mau sedut duit peneroka la. Mau kasi jadi tambah kaya.IC tukar RM10. Kalau 100 orang suda berapa? Kalau 27 juta orang?"
Ini tidak boleh jadi ni. Bercakap tiada bukti. Hati panas membara tapi masih dapat ku tahan.
" Jadi uncle mau Malaysia macam mana?"
" Mau tukar kerajaan! Negara akan aman. Tiada huru hara. Tiada rasuah. Tiada orang besar tambah besar. Tiada barang naik!"
Aku ketawa.
Dia ada pendapat sendiri
" Apa jaminan semua itu uncle?"
" Tukar baru tahu lah. Malaysia sangat kaya."
" Tukar baru tahu? Kira gamble la? Tiada jaminan Kalau saya, saya tak mahu tukar kerajaan. Biar apa yang ada sekarang dikekalkan dan di baik pulih jika ada kerosakkan. Keamanan penting. Kalau macam sekarang, orang sini sana gaduh. Sini sana rusuh. Siapa yang rugi. Orang macam uncle jugak akan rugi. Rusuh sini sana, pelancong susah mahu mari. Tengok saja nanti BERSIH Sabtu ni. Sudah tentu orang banyak rugi. Tapi masing-masing ada pandangan kan Uncle. Jangan marah apa saya cakap yah.
Sabtu.
Aku menerima panggilan telefon dari boiprenku.
" Apa punya polis la. Aku di tahan tadik time balek dari kerja"
" Kenapa?"
" Kau tau-tau kan baju kompeni kami ni warna kuning. Jadi, kami berlima di tahan sebab kami pakai baju kuning. Pas tu siap di suruh turun dan check kereta. Kan banyak pekakas dalam kereta kompeni. Si Seringgit sama si Khai di tahan sebab tiada bawak pas. Kol la bos suruh datang runding sama polis. Ini la.. Bodok2 jugak polis. Macam jak kami ni mau pigi buat kerja gila berhimpun. Terus ku cakap sama polis. Tiada masa kami mau berhimpun, kami bukan orang kaya mau buat kerja gila. Bagus carik makan kasi duit di kampung.."
Aku bertanya
" Jadi kau pulak, apa yang kau mahu?"
" Mau apa? Jangan suruh dorang ni buat kerja bodoh-bodoh la! Orang ndak bersalah pulak jadi mangsa keadaan. Sudahlah time tu aku mau cepat sebab mau terkencing. Bodok tu bersih. Kerja di Selayang pun tertangguh."
Tukar kerajaan? Tak pernah terlintas difikiranku. Bagi aku yang penting keamanan dan kemakmuran dan kedaulatan orang Melayu di pertahankan.
New Year?
4 days ago
0 pengomen:
Post a Comment