Ini saja mampu untuk menunjukkan rasa kekecewaanku terhadap barang ku yang hilang. Pedih bila barang yang dibeli menggunakan simpanan sendiri. Pas tu aku diberitahu handphone boipren aku pon dicuri orang. Heyy.. Macam senasib jak. (tu la..itu duit untuk bayar hutang tapi hati tak tertahan bila ada gadget latest dan menjadi idaman)
Assalamualaikum..
Hari-hari yang dilalui makin sukar. Tak lama lagi exam menjengah. Aku sudah bersedia?? Entah la.. Sedia atau tidak kita bolos saja dinding itu!!!! Dah mula aku distribute surat permohonan kerja yang baru. Entah apa ku cari dalam hidup. Bukan aku ndak suka kerja ku sekarang tapi aku rasa kemahiran yang aku belajar ndak setara apa ku dapat. Antara kemahiran atau minat??? Bagi aku mana-mana la yang penting dapat bagi aku makan dan menjadi kaya. Kaya lagi..?? Tiada topik lain kan ku mau cakap.
Banyak peluang ada di bumi semenanjung ni. Dari aku jak mau cari atau tidak. Bukan aku ndak mau di tempat kelahiranku. Cuma aku rasa biar la dahulu aku bertapa selama lama aku mampu di sini. Orang kata "Hujan Batu Di Negara Orang, Hujan Emas di Negara Sendiri". It's better aku kumpul emas banyak-banyak baru pulang ke pangkal jalan.
Banyak pulak aku menaip kali ni kan. Jumaat dan aku ada waktu senggang pada hari jumaat sebelah tengah hari. Biasanya aku merayau-rayau di Jusco atau di Sogo KL tapi kali ni aku rasa aku mau balik rumah la. Lama suda aku ndak makan kari ayam. Bagi aku la, kari aku masak lagi sedap dari kari yang ada di kedai. Lagipun bosan makan kedai biarpun cepat dan MAHAL.
Mau ikutkan hati aku mau ke Lowyatt. Cari Samsung Tablet 7.7 (bergayak kan) tapi belum ada kesempatan mengular ke Lowyatt dan tengah ketiaadaan duit pulak. Eh..bukan tiada duit. Kuranngggggg..... Lagipun dah nak exam. Kena langsaikan hutang-hutang dengan pihak kolej baru dapat duduk exam.
Lagi satu, sini selalu hujan! Dan guntur (guruh) ndak alang-alang!! Ada sekali lepas aku meronda site di area Subang, Cantik kilat memancar. Macam dekat jak depan mata dan diikuti dengan bunyi guruh umpama bom meletup di tepi telinga. Hampir semua kereta yang ada di jalan raya berhenti mengejut. Gila kan... Itu la antara penyebab kemalangan di sini. Lagi satu, kalau time hujan kuat berserta kilat sabung menyabung tidak digalakkan menggunakan telefon bimbit kerana berkaitan dengan gelombang elektromagnetik antara telefon dan kilat. Telefon boleh menarik gelombang elektromagnetik dan takut kita tertarik arus elektrik pulak. Kemungkinannya memang kecil tapi kebarangkalian tetap ada. Nahh.. ndak sia-sia kita mati di tempat kejadian. Arus yang dialirkan oleh kilat adalah 30ribu ampere dan ke atas. Arus yang dibekalkan ke kilang dan rumah adalah antara 12 hingga 60 ampere sahaja. Manakala manusia hanya boleh bertahan dengan 0.005 ampere sahaja. Nahh... Bayangkan, jika disambar kilat macam mana bentuk daging kita??? Kita kena renjat dengan laptop sendiri pun terkejut apa lagi dengan kilat??
Bagi yang ndak tau, kilat terhasil dengan nyahcas cas-cas di udara akibat perbezaan cas elektrik di udara sangat besar dengan lapisan atmosfera. Perbezaan ini tercetus dari pelepasan gas dari kilang-kilang dan kenderaan yang banyak (antara penyebab). Naahh.. Jangan salahkan yang Maha Pencipta jika kilat sambung menyambung. Ini gara-gara kita juga. Yang buruk datangnya dari kita dan baik datang dari Maha Pencipta. Kita rosakkan dunia dan terima la akibatnya.
Orang kata kalau kuat bunyi guruh maka dekat la kilat dengan kita. Mari kita buat kira-kira. Berapa jauh kilat yang kita dengar dari tempat kita mendengarnya (Kes bosan ni!!! Hujan belum reda..)
Kelajuan bunyi adalah dianggarkan 343 meter per saat (m/s). Bila kita melihat kilat di langit, cuba kita kira saat guruh selepas kemunculan kilat tersebut. Katakanlah dalam 10 saat. Maka 343 x 10 = 3430 meter. Itu adalah jarak kilat dengan kita. Cuba lah... :)
Sebagai langkah keselamatan, beberapa tips aku kongsikan. Apa yang ku terfikir la. Nanti yang lain pandai-pandailah surf internet atau baca buku yahh...
1) Matikan suis elektrik rumah. Lagi bagus terus matikan suis utama. Tapi jangan pulak memandai matikan suis utama di opis secara tiba-tiba, tanpa notis. Nanti ndak pasal-pasal kena maki free oleh opismate.
2) Jangan berlindung di bawah pokok, pondok telefon, pondok kecil dan bangunan yang sewaktu dengannya. Berlindunglah di bangunan yang utuh. Kalau dekat shopping complex tu, cepat-cepat lah berlari ke arahnya. Seperti Parkwell ka, Eastern Plaza ka..
3) Sebaik-baiknya duduk dalam situ sehingga kilat reda. Buatlah anggaran dalam 20 minit hingga 45 minit selepas kilat reda.
4) Jangan menggunakan telefon time kilat.
5) Kalau dalam kereta tuh sebaiknya berhenti dahulu dalam keadaan cuaca buruk. Jangan sentuh barang-barang yang mengalirkan cas elektrik dalam kereta seperti besi, aluminium. Duduk serapat-rapatnya.
5) Just in case la kalau kita berada di padang dan tiada tempat mau berteduh, bertiarap la di atas tanah dan kalo ndak pun duduk mencanggung. Rapatkan kaki dan tangan letak di telinga.
Ok, hujan sudah reda. Aku rasa aku mau bergeraklah. Kena tunggu 20 minit sebelum memulakan perjalanan.
0 pengomen:
Post a Comment