.
..
...
....
.....
Assalamualaikum.
Dalam masa kesibukkan ku di sini, aku cuba untuk menyekodeng apa yang berlaku di laman sosial seperti Facebook dan Twitter especially bila berkaitan dengan daerah kelahiranku, Tawau. So, dulu aku join geng blogger di Tawau, #Tawaubloggers. Almost a year aku join dan hinggalah pada titik hitam dalam hidupku aku seolah-olah merajuk dengan #Tawaublogger. In fact aku hanya yang teramat marah with that blogger. Sekadar mengungkapkan "togather we united", tak tau mana nak united nya once comes with TRUST. What is happened let it be... A few of my friends pernah bertanyakan pasal aku, mana aku dan kenapa lama tak nampak di mana-mana majlis di Tawau. Last year when its come with crowded event mereka akan tengok aku sms time tu jugak. Ya la, muka aku agak serius time ada event, jadi saja jak mereka kacau aku suruh senyum2 sikit.
Tapi itu semua tinggal sejarah dan aku telah mulakan hidup baru di sini. Dah ada kawan baru biarpun kami tidak mempunyai banyak persamaan. Latar belakang kami pun berbeza biarpun kami lahir dari daerah yang sama. Aku tiada siapa-siapa di sini, aku hanya ada mereka yang sering bagi semangat untuk terus menjadi kaya raya. Sekarang, duit yang berbicara. Ada duit adalah kuasa.
Tidur sering ndak cukup. Lain stadi lain kerja. Aku buat semua ni mau jadi kaya raya dalam konteks sederhana. Seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al- Bukhari. Mungkin ini adalah angan2 Mat Jenin bagi sestengah orang tapi tak salah untuk mencuba menjadi kaya :)
Sekarang dalam fikiran ku hanya itu. Cari duit banyak-banyak sebab duit orang akan pandang dan baru orang segan but nak cari duit banyak-banyak bukan senang. Semua kena cari. Duit jahat tapi kena cari jugak. Sedikit kata-kata semangat dari Tan Sri Syed Mokhtar.
"Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?"
"Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka, marah..."
"Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain."
Kalah tidak semestinya menyerah. Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah harapan ku hancur, sayap ku patah! Aku kena sambung buat kerja.
Untuk beloved one, tiap yang datang pasti ada cabarannya. Sebelum menjamu madu di hadapan mata, rasa dulu hempedu. Pahit kira rasa sekarang dan aku percaya manis jua akan tiba. Happy birthday sayang. Terima kasih kerana sabar. Kita berpisah untuk bersatu!
0 pengomen:
Post a Comment