Assalamualaikum!
Selepas seharian di bandar Tawau, aku ada aktiviti lagi bersama sisMaya, adikku c jima dan c sankai.
Tawaubloggers Unity dapat pelawaan menghadiri Majlis Makan Malam, Majlis Perbandaran Tawau (MPT). Jemputan oleh Tuan Presiden telah disampaikan oleh beberapa kawan sisMaya. Penat ni badan. Berjalan sini sana seharian di bandar Tawau. Ingat lepas dari Program Suara Tawau untuk 1Malaysia boleh aku pulang dan memanjakan diri. Tapi aku tengok sisMaya ni beriya betul mau pigi pas tu ndak da kawannya pigi, aku bawa skali adikku biarpun dia bukan bloggers.
Majlis makan malam ini merupakan acara kemuncak Hari Keluarga warga MPT yang telah diadakan pada 30/4/2011 di Padang Bandaran Tawau. Majlis ini juga untuk meraikan para tenaga pekerja MPT yang telah lama berkhidmat dan juga penghargaan mereka dalam menggerakkan bandar Tawau
Dengan ndak mandi, hanya sempat tumpang cuci muka di rumah sisMaya aku pigi la makan malam di sana. Lauk dari Hafizah Catering memang sedap especially Rendang Daging. Pengisian makan malam tersebut adalah ucapan alu-aluan dari Setiausaha MPT, Ucapan dari Tuan Presiden MPT, persembahan tarian dan karaoke dari staf MPT, cabutan tiket bertuah
Paling ku suka bila staf mereka menari joget. Macam aku pun mau menari sekali. Ada seorang kaunselor MPT, menyanyikan lagu bunyi gitar! Kaunselor-kaunselor bersama Presiden MPT menari twist. Boleh saksikan video yang telah ku upload di Youtube. Tapi agak blur la sbb pakai kamera hp jak :)
Video di[sini]
New Year?
1 week ago
2 pengomen:
Lisa takda sumbangkan lagu juga ke dalam majis tu? hehehe
ahahahahaha!!! ndak makan orang kalo aku sumbangkan lagu tuh cikgu..
Post a Comment