Assalamualaikum!
Meriah dan sangat happening. Itu yang boleh aku cakapkan. Sekarang aku berada di hadapan perkarangan Majlis Perbandaran Tawau bersama kawan2 Tawaubloggers yang lain.
Gila kentang! Memang orang Tawau sangat supportive. Mereka menggunakan masa mereka untuk membawa keluarga mereka datang dan menyaksikan program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia Dan Sukan.
Depan ku sekarang ni, tengah berlangsung Perlumbaan Motorsikal Perlahan. Kira siapa paling pelan bawak motor dia di kira pemenang. Bukan itu sahaja, ada cabutan bertuah, soundblast, pertandingan karaoke, teka berat motor dan sebagainya.
Bersama tawaubloggers adalah DiscoverTawau. Abang Azlan selaku aktivis sejarah Tawau sudi bersama-sama kami mempamerkan barang-barang lama dan berkongsi maklumat mengenai sejarah Tawau.
Siapa kata ini adalah satu pembaziran? Ni adalah sebenarnya program untuk warga Tawau yang mana warga Tawau boleh berkumpul dan mempamerkan kreativiti dalam bidang sukan permotoran. Lihat sahaja anak-anak Tawau berkumpul dengan basikal-basikal yang ku pikirkan motor! Kreatif bukan? Satu perkembangan baik bila melihat anak-anak Tawau sangat berbakat :)
4 pengomen:
wahh, sungguh happening suasana di sana. Meriah sangat. Tawau hebat. Sori aa Lisa tak dapat join pelawaan korang utk turut serta dalam acara ni. ketika ini saya skrg berada di LD plak atas hal2 keluarga...
Assalam alaikum
Ahoi Liz,
Suara Tawau untuk Malaysia??? Mein herz brent!!!
Moga Malaysia dapat dengan suara Tawau. Kalau Malaysia tidak dengar, Tawau harus teriak seteriak teriaknya agar suaranya dapat didengari Malaysia sehingga Mein herz brent!!! di sini :)
Adieu...
Gen2Merah: sangat happening tadi. banyak aktiviti mereka anjurkan.gambar2 boleh disaksikan di facebook.com/tawaurian. nnt ada lagi pameran sempenan unduk ngadau di Kampung Tas, Ranggu 7hb ni. Sekali lagi Tawaubloggers dan Discover Tawau akan bergabung menjayakan pameran. Yok la kita meramaikam majlis :)
Tuan,
Memang begitu harapan Tawau untuk Malaysia agar suara mereka dapat didengari. Belia Tawau adalah belia aktif!
Cuma kekadang agak kesal dengan sikap para pengunjung yang rata-rata warga Tawau yang suka membuang sampah merata-rata. Nasib pihak urus setia sanggup mengutip sampah-sampah selepas tamat event tersebut.selepas ini, bagus buat kempen Tawau tanpa sampah
Post a Comment