Assalamualaikum..
Bukan namanya hidup bila tiada dugaan. Kata kunci adalah sabar. Tapi aku bukan jenis penyabar.
Masing-masing mengimpikan kesenangan. Meinginkan keluarga yang bahagia dan membahagiakan orang sekeliling. Tidak terkecuali aku. Aku suka berkhayal. Suka melakar suasana masa hadapan. Harapanku agar apa yang cuba ku lakarkan akan sama di atas kanvas masa hadapan. Tapi ku lupa, lupa yang adunan warna yang kita hendakkan tidak akan menepati warna yang inginkan. Mungkin terlebih merahnya, mungkin terlebih birunya, mungkin terlebih hijaunya.
Aku kecewa dengan campuran warna.. Sakit rasanya hati melihat warna itu tidak sekata dan tidak sama. Sakit hati bukan begitu hasil aku harapkan. Bagiku, nilai seni kanvas ku tidak bermakna. Bukan begini caranya dan bukan ini akhirannya!
Ada hikmah atas kejelekkan hasilnya. Bagiku jelek, tapi tidak bagiNya. Pasrah dengan takdir Maha Esa, kerana aku percaya campuran warna tetap akan indah tapi ia tersembunyi di sebalik ramuan kepekatan primer untuk membentuk sekunder…………. Kata kunci adalah SABAR.
p/s: aku ni tengah berlatih diri dan lidah untuk sabar..
1 pengomen:
Wah kagum sis dengan entry kali ini, pemilihan kata2nya tepat, penuh bermakna, nilai seni sudah meresap... lebih2 sekali perenggan terakhir tu.
Post a Comment