Assalamualaikum..
Sedang-sedang aku chatting dan membaca gosip mengenai kematian Osama bin Laden, aku tertengok notification ku. Salah seorang fotografi Tawau suda menerima pelawaanku jadi kawannya.
Aku pegi la tengok-tengok album dalam Facebook nya. Aku ni suka tengok gambar-gambar yang ada dalam album kawan baruku. Dan aku terpandang satu caption oleh seorang perempuan. Aku ndak tau apa motif perempuan itu untuk membandingkan nilai hadiah.
Aku berminat dengan perempuan Neswah Wawa ni? Siapa perempuan ini? Bagi aku sungguh tidak profesional langsung cara dia mengomen. Owh.. Rupanya orang kuat myTawau.
Aku tahu, myTawau pernah menganjurkan pertandingan Fotograpi sempena Festival Kebudayaan Tawau tak lama dulu. Dan hadiahnya cukup lumayan berbanding apa yang Tawaurian anjurkan baru-baru ini. RM700 ketika Festival Kebudayaan Tawau (MyTawau) dan tetapi hanya RM500 sempena Pertandingan Ratu Fesyen Igal-Igal (Tawaurian) yang anjurkan.
Apa motif mu wahai perempuan? Sengaja mau curi tumpuan? Tak usah cakap mengenai nilai sikit dan banyak sebab tempoh penggambaran sempena pertandingan Festival Kebudayaan Tawau agak panjang berbanding ketika tempoh penggambaran Pertandingan Ratu Fesyen Igal-Igal. Para peserta hanya mengambil gambar untuk satu kategori sahaja iaitu Ratu Fesyen yang mana tempohnya kurang daripada sejam. Bandingkan ketika Festival Kebudayaan Tawau, pencarian gambar tercantik berlangsung sepanjang program itu. Berapa jam agak-agak ia berlangsung untuk mencari gambar tercantik?
Aku tau kau orang kuat MyTawau. Kita sama-sama berkomuniti untuk menaikkan nama Tawau. Tapi apa tujuanmu mau buat perbandingan hadiah siapa paling banyak? Kami bersyukur ada yang sudi bekerjasama dengan kami untuk menaikkan nama Tawau seperti Mustwin Venture Sdn Bhd. Kami tak ganggu cara kamu berkomuniti dan kami harap jangan kacau cara kami berkomuniti. Ada mau tambah?
New Year?
1 week ago
4 pengomen:
D.E.N.G.K.I.. itu pasal kali
tunggu respond dari dia ni..kalo dia terjumpa la post ku atau terbaca..ahahahaha.. kita tengok apa point nya. dengki ka? hobi ka?
ya rabbi.... at least jaga la sikit keaiban orang... cuba di kasi sensor gambar / nama ka... huhu... :( kesian org kampong...
Ahmad
Hallamak! Suda ter 'release' pulak ceritanya dalam blog ku.
Post a Comment