Assalamualaikum..
Terketawa bila terbaca status di Facebook ku. Meriah mengenai bola. Terimbas kembali ketika sekolah.
Manchester United. Aku memang minat Manchester United. Bukan gara-gara kehadiran David Beckham tapi bapakku. Bapak borek anak rintik
Dulu.. mana ada Astro. Jadi berita bola hanya ada di RTM. Sama ada siaran langsung atau siaran tertunda. Dulu, bapakku bukan kerja di Sabah. Jadi, kalo dia pulang rumah, bercuti selama sebulan, pasti bapakku akan jaga jadual perlawanan yang melibatkan Manchester United.
Secara tidak langsung, aku pun terikut dengan bapakku dan minat pasal Manchester United. Kira boleh hafal nama-nama pemain dan jersi mereka time tuh. Datang sekolah, trus cari geng yg tengok mengenai perlawanan atau review mengenai perlawanan yang melibatkan Manchester United.
Naik sekolah menengah, aku makin aktif. Ada geng boleh bawak bergaduh. Aku dengan bestpren ku c Leman penyokong Manchester United. C Arip The Blues. Memang 2 nama ni aku ingat sampai sekarang sebab mereka gila bola dan kaki kutuk. Memang kejadian kutuk mengutuk la. Tahan telinga bila team ku sama si Leman kalah. Tapi tunggu kalo Red Devil menang, mmg asik la! Ada lagi sorang, c Rino. Penyokong kuat Arsenal. Time sekolah jarang berjumpa sebab dia senior kami setahun. Aku ingat lagi time laptop ku aku ndak bisa repair. Time tu aku berada di semanjung dan c Rino suda kerja berdekatan area ku, aku hantarla laptop ku dengan dia melalui si Arip yang kebetulan satu rumah dengan dia. Minta tolong dia repair kan secepat yang mungkin. Bila dia tengok buka jak laptop ku, dia tertengok sticker ManU d laptopku trus dia kol aku. " Bet!!! aku ndak mau repair laptopmu. Alergik aku tengok bah. Bikin panas!" Aku tanya, " Kenapa???!!aku mau pakai tuh. Ada data aku kena amek. Tolong la.." Time tuh aku ndak ingat pasal sticker tuh. Sekali dia cakap " Mau ku humban ba laptop mu ni. Ada setan2 ba melekat! Ndak boleh aku buat kerja.." Sampai gitu sekali penyokong Arsenal ni. Nasib jugak dia sudi buat laptopku biarpun agak lambat. Sengaja nya la tuh...
Time kolej dulu, ada satu kejadian. Kami buat oral speaking. Open topik kiranya. Masing-masing baru kenal. Jadi, aku amek topik mengenai orang bersalin untuk tarik audience. Pas tu, ada satu kawan namanya Emir. Dia bukak topik pasal Arsenal. Tanya pasal sejarah Arsenal, kebangkitan Arsenal, kejatuhan Arsenal memang ada dalam genggamannya. Dia minat Arsenal pun gara-gara bapaknya yang minat Arsenal. Tu la namanya diamek sempena nama stadium Emirates. Ndak ku tau betul ka ndak. Time tu ada sesi Question and Answer. Kawan bernama Badak memang sangat aktif menyoal manakala peranan ku, memang menjadi batu api sebab aku sokong c Badak. Bermula dari situ, mereka tau aku dan si Badak penyokong kuat Red Devil. Kalau ada match melibatkan ManU, mmg aku keluar untuk tengok match... Beramai-ramai memeriahkan restoran mamak. Biasanya jam 2.30 pagi gitu. Paling enak kalo Arsenal vs ManU. Kalau Arsenal menang, siap la. disebut terus kekalahan ManU hinggalah ManU menang semula. Kalau di rewind balek gol kekalahan itu sekali lagi, aku sama si Badak TERPAKSA tahan hati.
Itu zaman kolej. Ndak tau mana suda mereka ni. Sekarang ni, meriah pulak akaun Facebook ku mengenai bola. Gara-gara kutukan tag team antara 2 orang reporters. Si Amir sama Kak Sal.. Hahahahaha.. Ok, ada kawan suda boleh dikutuk dan mengutuk. Non reporter versus reporters! Memang si SisMaya geleng kepala membiarkan kami bergaduh.. Takut jugak bergurau sama senior2 ni.. Harap-harap tiada perasaan sakit hati.. :)
New Year?
1 week ago
3 pengomen:
hahahaha.. zaman sekarang orang pempuan dah tumpang sekaki dengan orgh lelaki minat bola... meriah rasanya.. hehehe. opps, saya pun fan M Utd... go go glory 4 MU
Assalam alaikum
Ahoi Liz!
Aku, kalau di England aku sudah tentu MU.
Kalau di Sepanyol aku sudah tentu Barcelona.
Nanti kalau MU lwn Barcelona, aku fikiran runsing, kepala pening. Yang mana satu harus ku pilih.
Liz, apa kau tidak berkeinginan mewujudkan pasukan bola sepak wanita Tawau? Kau jadi kaptennya. Aku akan hantar memorandum sokongan kepada Presiden MPT:) Bagaimana?
Adieu...
Gen2merah:
Memang meriah kalau tengok match bola dengan perempuan yang kaki bola cikgu.belum campur membebelnya.tapi lagi meriah kalau dapat kutuk kaw2 kawan yang team nya kalah..yess! ada lagi geng ManU nampaknya..
Tuan:
ndak mau aku kalo jadi player. ndak da stamina mau lari2 padang. kalau mau jadi manager, mau la! ahahaha. Ada seorang kawan rapat ku tuan peminat Barca. Alasan dia minat Barca sebab dia pernah pegi stadium Barca yang dekat dengan perlabuhan.
Post a Comment