Ok, sambung cerita pasal Program Satu Suara Untuk 1Malaysia yang telah diadakan pada ahad lepas. Ia adalah anjuran Ini adalah anjuran Kelab Motor Klasik yang dipengerusikan oleh Encik Dawud dengan kerjasama Rakan Muda. Sebenarnya, hari ahad lepas beberapa program yang telah berlangsung di sekitar Tawau selain program Satu Suara Untuk 1Malaysia. Apa dia?
Program tersebut adalah program Pertandingan Memancing Terbuka Belia 2011. Ia telah diadakan di highway tapi nama official adalah Persiaran Traulsen. Aku difahamkan oleh Encik Samsudin Hasing, ia telah menarik lebih daripada 200 penyertaan. Belum campur kaum kerabat peserta yang datang menyokong dan memeriahkan acara tersebut. Aku sempat menjenguk keadaan pertandingan tersebut. Jumpa Encik Pengerusi pertandingan. Macam biasa, asal aku jumpa si Cham ni, mesti dia cakap "Sori geng, sibuk aku geng". Ndak tau bila masa dia buat salah sama aku, tapi sorry sak disebutnya kalo jumpa aku.. Relek ko Cham. Ok ba aku ni biarpun aku garang.. :P
Berbalik pada kisah Satu Suara Untuk 1Malaysia yang sememangnya tumpuan pada hari tersebut. Perasmian program oleh Datuk Tawfiq Titingan manakala perasmian penutupan acara oleh Tan Sri Liew Yun Fah. Berita lengkap dan tulisan blogger tawau yang lain, boleh la melayari tawaubloggers.com.
Cuma apa yang aku mau highlight kan adalah sikap sesetengah warga kita yang kurang prihatin mengenai sampah-sarap. Kagum dengan semangat Urusetia program tersebut kerana bersusah payah membersihkan kawasan program tersebut. Berat lagi mata memandang, berat lagi mereka yang menjalankan tugas untuk membersihkan kawasan sekitar. Sampah sarap sebenarnya tanggungjawab bersama. Pandai buat sampah pandai la buang kan? Haisshh... mungkin adalah salah satu faktor kenapa hanya beberapa kelab sahaja sanggup mengadakan aktiviti di sekitar Tawau. Bagiku, hanya mereka yang berjiwa kental sahaja sanggup mengadakan aktiviti yang melibatkan pengunjung yang ramai. Kepada yang terlibat, anda memang seorang yang hebat.
Aku dapat bayangkan, bagaimana lesu nya Tawau jika tiada aktiviti. Untuk makluman, Tawau menjadi tumpuan pelbagai acara tapi kalau begini la sikap segelintir masyarakat kita dengan perangai sampah ini, susah agaknya Majlis Perbandaran Tawau akan meluluskan event yang besar melibatkan warga Tawau. Jadi, kalau mahu Tawau penuh dengan aktiviti menarik dan menjadi tumpuan, sama-samalah kita jaga kebersihan bandar Tawau agar pihak penganjur senang hati menganjurkan event di Tawau especially ketika acara berlangsung. Kesian dengan penganjur. Suda la penat menganjur, penat mengutip sampah lagi...
Tawaubloggers yang terlibat adalah : Adry Sabry, Agus, Maya Wahida, Sankai, Sudir Suichi.
Blogger yang menjaga baby contest Tawaurian adalah: Romzi
Blogger yang buat liputan perlawanan ragbi di KK: Ahmad Don
1 pengomen:
Assalam alaikum
Ahoi Liz!
Apa yang inging ku sentuh ialah Pesta Pungut Sampah.
Pesta ini boleh dikategorikan sebagai pesta menjaga kebersihan alam sekeliling dan alam sekitar.
Pesta ini akan mengeratkan hubungan kemanusiaan dan kepersekitaran di antara warga Tawau.
Jujur saya katakan warga Tawau kurang tahap kesedaran siviknya,rata-ratanya begitu - suka buang sampah di tempat yang salah!
Sekiranya pesta ini sering diadakan dan tidak bersifat musiman, Tawau akan jadi kalangan daerah yang bersih di Malaysia.
Liz, nasihat para "penyampah" agar supaya membuang sampah secara bijak - reused, recycle, reduce, rethink: 4R. Bukan buang sembarangan.
Di Tawau suatu ketika dulu, terserempak dengan gadis ayu lagi manis berseri, aurat bertutup kemas di hadapan Masjid Bandar. Tapi sayang, dia membuang sampah ke dalam longkang tanpa berasa malu. Tidak seperti gadis-gadis Scandanavia, pembersih dan sentiasa menjaga kebersihan.
Salut:)
Post a Comment