Assalamualaikum
Ni adalah sambungan cerita aktiviti Tawaubloggers. Pada hari Sabtu lepas, 7 Mei 2011,sekali lagi Mustwin Venture Sdn. Bhd bersama dengan kerjasama Tawaubloggers Unity telah menganjurkan Pertandingan Foto Tercantik sempena Pesta Keamataan di Kampung Tass, Ranggu.
Ok, terus terang ku cakap ini adalah kali pertama aku dengar mengenai kampung Tass. Lebih aku terkejut lagi bila aku tau di sana ada komuniti Kadazan, Dusun dan Murut. Aku ada beberapa orang kawan dari suku kaum tersebut tapi mereka area Kota Kinabalu. Ada user di Tawau (Tawaurian), nama TASS diilhamkan dari zaman USNO (1962) lagi. TASS membawa maksud Tawau Assembly Settlement Scheme, adalah satu perkampungan kadazan yang ketika itu menjalankan aktiviti getah. Pada tahun 1968, Sabah Land Development Berhad telah mengambil alih TASS dan memulakan tanaman kelapa sawit.
[sumber dari SLDB dan seorang user Tawaurian yg berasal dari Kampung Tass. Thanx bro!]
Selain daripada cerita Pertandingan Unduk Ngadau ini, terdapat pameran yang telah diadakan. Pameran sejarah Tawau yang dikelolakan oleh Discover Tawau telah menarik para pengunjung untuk mengetahui sejarah Tawau, termasuklah wakil rakyat balung YB Syed Abas Ali. Antara barang-barang yang dipamerkan termasuklah syiling sebelum kemerdekaan, botol susu lama (diperbuat daripada kaca), surat khabar lama dan bermacam-macam lagi.
Kampung Tass telah diserang oleh kumpulan jurugambar. Ada yang berkata "Kenapa kampung kita banyak reporter?" Mustwin Venture Sdn. Bhd dengan kerjasama Tawaubloggers Unity telah menganjurkan pertandingan foto tercantik sempena Unduk Ngadau. Kali ini, juri yang memilih akan pening kepala sebab gambar-gambar yang diambil oleh peserta yang bertanding membuatkan mata menjadi rambang :P
Kemeriahan suasana di Kampung Tass membuatkan aku rindu pada kawan-kawan sumandak yang jauh di KK (jauh la ba tu kan..naik bas mau 7 jam 8 jam). Kekadang kalo bercakap dengan dorang ni, bercakap dusun jugak aku. Percaya ka aku pandai cakap Dusun?? Ndak payah la percaya. Sebab aku copy balek lagu-lagu dusun, pas tu jadikan dialog..
Antara acara yang sempat aku tengok adalah acara Gusti Lengan lelaki dan perempuan, prtandingan unduk ngadau, permainan buluh, tarian sumazau. koir dari belia kampung Tass dan persembahan artis tempatan.
VIP seperti Datuk Mohd Jeffry Rosman dan Datin Rohaya begitu sporting mengikuti acara Pesta Keaamatan. Orang request menari sumazau, dorang layan. Main permainan bambu pun Datin pandai biarpun katanya kali pertama. Aku di offer main pon aku takut. Sakit nya ba tu kalo tersepit! Jadi tukang tangkap gambar sak la untuk fan Tawau (Tawaurian)
Tahniah kepada pemenang..
New Year?
1 week ago
2 pengomen:
lulu datang dari blog gen2.salam
Hai lulu..thanx for stopping by :)
Post a Comment