Assalamualaikum...
Fuh, sebenarnya beberapa post telah dibuat untuk beberapa aktiviti. Tapi oleh kerana semua berjalan dalam hari yang hampir serentak, aku ringkaskan dalam satu entry. Err....boleh ka TER-ringkas ni? Sebab Lisa Ali suka bercakap :P
Ok, cerita pertama. Pengalamanku menghadiri Persidangan UMNO kawasan Kalabakan. Ada orang kata aku ni orang UMNO padahal aku selalu ikut function Datuk Hamisa sebagai jurugambar terjun dalam majlisnya. Jemputan ini aku terima dengan perasaan yang beraneka rasa. Suka, teruja dan ada sedikit kebimbangan. Suka sebab boleh boleh jumpa orang diminat. Teruja sebab dapat ni adalah kali pertama aku menghadiri persidangan UMNO. Biarpun hanya untuk parlimen Kalabakan tapi peluang sebegini tidak harus dilepaskan. Risau sebab orang anggap aku adalah 'orang politik'. Ada dikalangan kawan-kawanku curiga mengenai penglibatanku dalam arena politik. Mentang-mentang aku selalu ikut function Datuk Hamisa :). Sesetengah minda mereka hanya merujuk pada pandangan kasar mereka tanpa memperhalusi fakta sebenar.
Selama 2 hari aku tengok persidangan tersebut. 2 hari merupakan pendedahan yang baik untuk aku fahami perjalanan persidangan tersebut. Ucapan pengerusi tetap, pembentangan usul, belanjawan, menandatangani resolusi baru, perbahasan dari pihak puteri, pemuda dan wakil UMNO.
Ada satu kejadian pada hari kedua yang mungkin aku ndakkan lupa sampai bila-bila. Aku, sisMaya dan Kak Mas (wartawan RTM) telah duduk semeja dengan tokoh tempatan. Pada awalnya, aku tidak mempedulikan topik yang mereka perkatakan lebih-lebih lagi mengenai politik dalaman. Tapi bila berkaitan dengan belia aku pun memasang telinga. Aku sokong bila beliau berkata, perjuangan belia sekarang tidak sama dengan belia terdahulu. Perjuangan belia dulu adalah perjuangan adalah kemerdekaan dan keluar dari belenggu kemiskinan. Tetapi belia sekarang hanya tunggu disuap. Seolah-olah tiada usaha untuk membangunkan jati diri mereka. Bila kemudahan diberi, mereka tidak menggunakan sepenuhnya walaupun pelbagai bantuan telah diberikan. Kesimpulan peribadi ku, semua itu berbalik pada diri kita. Siapa rajin cari peluang, tentu ada saja ganjarannya biarpun tidak spontan dan tidak sekaligus...
Sesudah perbualan singkat kami bersama beliau, kami kembali masuk ke dalam dewan. Aku masih lagi tidak tahu siapa yang belanja sarapan pagi kami. Bila aku melihat kali kedua kelibat beliau baru ku tanya kepada sisMaya "Sis, siapa jugak tuh?". Kata sisMaya " ASTAGFIRULLAHH!! ko ndak kenal??!! Dia la Samsul Alang. Suda makan semeja ndak ditaunya." Ohhhh.... baru ku tau itu la orangnya Encik Samsul Alang. Puas aku dengar namanya daripada mak aku. Cerita mengenainya. Dan pada hari itu, aku jumpa secara live tp yang buduhnya, aku ndak tau dia lah tokoh tempatan. Tunggu story dari sisMaya baru baca pandangan mengenai pertemuan beliau dengan Samsul Alang. Aku tau tangkap gambar sak.tapi ndak ditau, orang yang ku tangkap gambarnya rupanya orang popular dikalangan beliau.
Ok, cukup untuk sekarang cerita ku dalam persidangan UMNO. Akan ada lagi cerita pengalamanku untuk beberapa event.
New Year?
1 week ago
2 pengomen:
Assalam alaikum
Ahoi Liz,
Aku biarpun suka berpolemik tentang politik (secara neutral) belum pernah lagi menghadiri function sebegini.
Ya-ya-ya Liz, mana tahu suatu masa nanti boleh jadi animal politcs atau menggantikan YB. Datuk Hamisa apabila bersara dengan gelaran "YB Tn Hjh Datuk Lisa Ali."
Soal belia dahulu dan sekarang itu saya setuju. Belia dahulu jati dirinya baik dan bagus serta memiliki kebolehan dan keupayaan untuk kehdupan. Belia sekarang tidak lagi. Sudah "manja" dan "selesa." Berfikiran "cepat puas hati," dan sebagainya.
Apa pun diharap para YB yang terhormat (termasuk kamu Liz) memainkan peranan dalam "meng-wake-up-call-kan" para belia ini (Daerah Tawau khususnya). Eh kan Puteri Umno ada... Puteri Umno yang cantik rupawan itu boleh dijadikan sandaran yang tiada tandingan...
Samsul Alang Hamsa. Saya kenal orangnya. Secara Umum. Perusahaannya (mungkin juga perniagaan) sememangnya boleh tahan. Irasnya mengingatkan saya kepada seseorang: Jaafar Onn - pelakon, pelawak dan sebagainya.
Adieu...
Tuan,
Jauh benar perjalanan untuk bergelar Datuk. Sedar jugak diri ini kerdil, tidak berduit dan tiada sumbangan besar yang mampu diberikan.
Tiada guna kempen hingga hampir putus urat leher jika tiada kesedaran datang dari dalam diri. Semuanya berbalik pada diri sendiri. Cuma apa yang boleh kerajaan bantu teruskan mengingatkan.. :) Nanti pandai tepu jugak tu mereka kalo balek2 diingatkan.. :)
Post a Comment