Assalamualaikum!
Tengah hari tadi, aku lunch bersama dengan sisMaya dan seorang mak andam, Kak Kardini. Lokasinya lunch kami adalah di Bawang Putih Cafe. Ini adalah kunjungan kali kedua ku. Kali pertama pada hari Selasa lepas, sebelah petang selepas aku berjumpa dengan Mantan Perdana Menteri, Pak Lah.
Time aku ke sana kali pertama atas undangan pemilik cafe tersebut iaitu Encik Syafiq dan Encik Bashir. Time tu aku dah kenyang sebenarnya tapi bila melihat makanan depan mata, hantam saja lah sebab time tu kami kena merasa semua kesedapan nasi ayam dan satey yang terhidang.
Menu utama di situ adalah Nasi Ayam Bawang Putih, Nasi Ayam Black Pepper dan Nasi Ayam Lemon. Antara ketiga-tiga nasi ayam tersebut, paling menjadi kegemaranku adalah Nasi Ayam Bawang Putih itu sendiri walaupun aku menggilai Black Pepper. Satey nya pun sedap.
Itu cerita kali pertama aku pegi selepas waktu pejabat.
Kali kedua aku pegi adalah hari ini. Yang aku lunch dengan 2 orang kawanku. Aku sekali lagi memesan Nasi Ayam BPC begitu juga kak Kardini. SisMaya memang penggila mee, jadi dia pesan Mee Basah ayam.
Komenku, rasanya tetap sama dengan kali pertama ku makan. SisMaya menyuruhku rasa mee basah yang seakan-akan banjir kuahnya. Tidak sia-sia kebanjiran itu sebab sedap. Aku tengok piring sisMaya licin.
Ok, siapa yang ingin berkunjung di Bawang Putih Cafe ni, ia sebaris dengan Kedai Singer di Perdana Jaya, berhampiran dengan Giant. Lupa, aku ada video yang ingin ku kongsikan untuk pembaca Lisa Ali cakap. Video ni diambil sebanyak 2 kali. Kali pertama, gagal kerana tersalah cakap dan peng'edit' kata banyak kerja lagi kalo mau main cut.[klik sini] Seeloknya biar shoot sekali jalan supaya senang letak watermark Tawaubloggers diletakkan di video..
Terima kasih kepada Len Lena dan Za dari TawauKakiFoto sebab tolong amek gambar2 yang cantik2 ini.. Tak lupa juga kepada Encik Bashir dan Encik Syafiq semoga maju jaya dalam biznes nasi ayam :) Jangan lupa singgah ke Bawang Putih Cafe. Ajak kawan ramai-ramai serbu :)
2 pengomen:
nanti aku p tawau aku cari ne kedai..lisa, aku taw knp ko suka tu gmbar abg bakar2 satey tu..encom kan?kan?kan?hee
ahahahahahahaha!!!!!
itu la salah satu penariknya :) blm ko tengok live ni.. :P
Post a Comment