Assalamualaikum!!!!
Hari ini merupakan hari kedua Festival Silat Nusantara berlangsung di Tawau. Ini adalah kali pertama silat ini diadakan. Semalam, sempat aku bercerita mengenai Festival Silat Nusantara ni dengan salah satu juri dan wasit untuk festival ini, Encik Roslan
Sedikit latar belakang mengenai Encik Roslan. Beliau berasal dari Negeri Sembilan dan merupakan orang kuat dalam Persatuan Silat Gayong Malaysia. Beliau juga seorang jurulatih silat dan merupakan salah seorang juri peringkat antarabangsa.
Aku penuntut silat dan kategori silat yang aku amalkan adalah silat mempertahankan diri dan tak layak memasuki pertandingan jika ada kejohanan sebegini sebab Silat Cekak Hanafi tiada 'bunga' silat. Itu paling ketara. Tapi tidak bermakna aku seteru dengan silat-silat lain kerana dalam salah satu pantang larang silat cekak hanafi, " Dilarang mencaci silat melayu asli yang lain"
Kata encik Roslan, "Yang uniknya mengenai Festival Silat Nusantara ni adalah pada muziknya. Ada muzik gamelan. Kalau bukan kejohanan Silat Nusantara, lebih-lebih lagi kalau kejohanan ini di luar negara, jarang sekali ada muzik sebegini sebab orang putih jarang ada instument muzik macam kita."
Penyokong-penyokong yang hadir memang best!!! Meriah dewan! Hari ini mau pigi tengok sekali lagi.. Ingat mau pigi pagi2 tapi ada hal pulak.. -.-' Nanti aku masokkan gambar2 yah.. daaa
Atau terus saja layari www.facebook.com/tawaurian atau tawaubloggers.com
New Year?
1 week ago
0 pengomen:
Post a Comment