Assalamualaikum!!!
Selang 2 minggu aku ke Kampung Tass untuk menyaksikan Pesta Keaamatan di sana, sekali lagi, aku menghadiri acara Pesta Keaamatan tapi kali ini peringkat Tawau.
Aku sempat menyaksikan beberapa acara yang telah disusun oleh pihak penganjur kerana sebelah paginya aku terpaksa bergegas ke SM Teknik untuk membantu kelas Silat Cekak Hanafi di sana.
Berulang alik tanpa melihat meter minyak. Pengalaman pertama apabila kehabisan minyak kereta di tengah jalan. Mujur kawan blogger yang lain memberikan bantuan. "Sori la menyusahkan kamu". Kata si Sudir, " Kalau susah, ndak kami datang.." Ok, soalan sengal yang telah ku bagi kepada sankai dan sudir! UNITY! Ndak pulak ku gambar kejadian itu. Tengah bingung sebab aku adalah orang paling lambat tiba di Eastern Plaza
Pengalaman pertama merasai SUSAHNYA cari parking di Eastern Plaza. Biasanya aku parking tingkat 3 dan paling tinggi la tingkat 4. Tapi pada hari itu, aku naik sampai tingkat 5! Meriah sekali Eastern Plaza.. :) Terima kasih warga Tawau atau bahasa ingrisnya Tawaurian yang prihatin mengenai aktiviti yang berlangsung di daerah Tawau.
Sampai jak aku di meja pendaftaran Tawaubloggers, aku mengambil alih pendaftaran yang telah dikelolakan oleh abg Budi. Aku lihat senarai orang bertanding. Banyak dari kalangan DSLR. Aku tengok sekeliling, takut pulak aku tengok sebab banyak lens macam botol air panjangnya. Itu adalah kelebihan orang yang lens panjang. At least dorang ndak terlalu berkumpul dihadapan. Pas tu, aku dengan adikku, sempat main gusti tangan. Hahahaha.. Mesti la aku yang menang sebab aku kuat dari adikku. Sekalinya, ku lawan sisMaya. Dia la menang sebab ndak smpai 5 minit aku kasi rehat tanganku, suda dia ajak lawan! Asi ka sis?? Kalo aku rehat tadi, kalah ba sis tuh! ahahahahaha.. (alasan yang tidak munasabah)
Kepada photography yang telah ku tegur semasa mereka mengambil gambar, maaf kalo cara aku menegur tidak sopan. Agak tinggi suaraku [lebih-lebih lagi beberapa yang ku suruh duduk gara2 menghalang pandangan tetamu khas dibelakang.]. Sound system terlalu kuat tu la terpaksa teriak. :)
Peserta yang telah dimahkotakan sebagai Unduk Ngadau pada tahun ini, aku ucapkan tahniah. Untuk peserta pertandingan fotografi, selamat mengedit dan menghantar gambar-gambar anda. Jgn lupa nombor rujukan!
Kepada Datuk Mohd Jeffry Rosman, Peneraju utama MustWin Venture Sdn. Bhd,terima kasih kerana sudi bekerjasama dengan Tawaubloggers. Datin Roy sentiasa memberikan sokongan kepada kami, Encik Rosmin yang tak jemu-jemu melayan karenah kami dan semua staff mereka yang lucu.. MustWin Venture Sdn Bhd telah menaja Nanti ada masa, Tawaubloggers akan datang melawat
Siapa Tawaubloggers? Mereka adalah blogger yang BERSATU untuk menaikkan Tawau. Cukup best rasanya bila kenal dengan mereka semua. Bagiku, mereka adalah antara orang penyabar yang pernah ku jumpa. Kalau mereka sepertiku [agak panas baran], aku rasa lingkup www.facebook.com/tawaurian [page yang dikelolakan oleh Tawaubloggers]. Ada antara mereka suda masak dengan perangaiku. Terima kasih kawan2. Agus, adry, sankai, sudir, len, sisMaya, Romzi, jean, abg budi (welcome back to Tawau bro),
Gambar-gambar boleh dilihat di www.facebook.com/tawaurian dan video hasil Cikgu Sultan telah mencuit hatiku.. Trus ndak jadi ba aku layan perasaanku.. Hahahaha..Makasih cikgu..
New Year?
1 week ago
1 pengomen:
Alasan ndak diterima dan sebenarnya itulah kali pertama sis lawan Mipulos (gusti lengan / main pelo bhs bugis)
Post a Comment