Assalamualaikum..
Hari ini adalah hari cuti. Tapi aku cuti ndak cuti, sama sak. Hari2 ada urusan yang kena diselesaikan..
Pagi-pagi mak aku kata " Sa, jam 2 pigi umah atok. Makcik che mu panggil ke sana. Ada acara makan2" " Sempena apa mak ada acara makan2?" " Sempena hari bapak kalik. Hari Ibu kan suda ko sambut last week?" Aku dengan blur nya berkata " Ya la.."
Dalam kereta, menuju ke rumah sisMaya, ligat aku berfikir " Hari bapak bukan dekat tarikh lahirku ka?? Sudah, mmg sengaja dicakap begitu supaya aku pigi ni petang."
Selepas aku dan sismaya bermeeting di batu17 bersama rombongan Datuk Jeffry, TawauFM, dan orang kampung di sana aku singgah sekejap di Dewan Masyarakat Tawau untuk menyapa kawan2ku yang bertugas di sana. Adry, Agus dan Sankai tengah mengambil gambar. Sempat berkenalan dengan lebih lanjut lagi dengan juri perempuan tunggal. Puan Bibi Aishah. Umur 42 tahun tapi masih lagi aktif bersilat. Beliau berasal dari Melaka dan merupakan setiausaha agung bagi PESAKA Melaka. 2 orang anak perempuannya aktif bersilat dan difahamkan beliau tidak mempunyai masalah sokongan moral dari keluarganya. Ada rakaman temubual bersama beliau tapi belum release lagi. Tukang edit masih mengedit :P
Baik, malam ni aku ke sana lagi. Kali ni mau tengok acara tempur pula. Jumpa di sana :)
Ok, selepas buat rakaman interview (perasan jadi pengacara sekejap), aku pon pegi la ke rumah atokku. Rupanya acara kumpul2 jak. Mana ada sambutan apa-apa. Minum-minum petang sambil bertukar-tukar idea mau ke Semporna, lawat macik aku yang tinggal di sana. Bila aku kol mak aku, katanya " Kalau sempat, aku join la.." Ewahh.. tadi pagi beriya-iya suruh aku datang. Dalam 15 minit, adik c jima sms. " Mamak datang". Mana dia tahan hati tu kalo kami2 sak berkumpul2.musti mamakku mau join skali :P
Eh, meleret! Aku mau ke Dewan lagi ni. Semangat tengok silat ni sebenarnya. :)
New Year?
1 week ago
1 pengomen:
beliau suru pigi..pigi sak ko sa...memang umur2 begini d suru pigi teruss klu ada jemputan..pencen sda mamak2 kita kan
Post a Comment