Assalamualaikum....
Baru ada masa blogging. That means aku betul-betul free dari mengadap report dan membuat jadual kerja. Macam supervisor pulak buat roster kerja tuk staff bawahan mereka. Tapi aku roster tuk projek. Tiap hari bertukar. Kerja dengan orang Jepun terpaksa aku berkahwin jugak dengan 'budaya' mereka. Dispin kerja dititik beratkan. Orang Malaysia kerja secara purata adalah 8 jam. Aku pulak lebih dari itu. Jangan sak aku terkawen dengan orang Jepun. Abah aku kata, it's better working with the Japanese compare to __________ and _______________ [fill in the blank] :P
Ada masa ka jugak untuk liburan? Belum ada liburan dan hiburan untuk diri sendiri. Sibuk memanjang. Kalah-kalah orang kenamaan. Kalau memang kuli, buat cara kuli la kan. Jangan buat kompeni macam bapak aku punya. Teringat salah seorang ustaz ku pernah berkata " Kalau mencuri tulang time kerja nanti, samalah juga mencuri hak majikan kita. Kita dibayar untuk bekerja dan kita mesti komited dengan kerja yang kita buat. Jangan nanti di akhirat kelak, kita dipersoal mengenai hasil yang kita dapat dari pekerjaan kita". Sampai sekarang aku ingat ooo.. Macam terkesan sama aku nasihat ini. Jadi, aku ndak kisah kalo waktu kerja aku lebih dari sepatutnya. Manalah tau aku TERcuri tulang kan.. Boleh topup dari kerja lebih masa... Previous boss aku kata " Such a waste I lepaskan u dari kompeni ni. Jika u tak tahan dengan kerja baru, u datang join balik sini.". Ada sebab dia berkata sedemikian. Pernah sekali bos tanya kenapa aku selalu lewat pulang dan dengan selambanya aku jawab " Tadi saya main-main. Jadi kena ganti balek masa kerja. Bagi saya 15 minit dulu bos baru tutup opis. Siapkan dulu tuk hari ini baru pulang" Nasib la bos ku pun jenis balek lambat dan ndak suka menangguh kerja. Jangan ingat aku rajin. Itu adalah tanggungjawab.
Mata ni berpinar-pinar. Spek mata pun aku rasa suda bertambah darjah kerabunannya dan sambung pulak menaip tuk blog. Ntah ada orang baca aku pun ndak tau :P
Buka laman wajib, Facebook. Baca tiap-tiap page atau orang yang ku tandakan bintang. Itu bermakna aku mengikuti perkembangan mereka mengenai Tawau dan permasalahan orang di Tawau.
Masalah perumahan Apas Permai, komen di Group Pedas mencecah 1ribu lebih. Wow! Pemaju, kontraktor, MPT, ADUN semua dihambat dengan komen-komen Pedas daripada pembeli rumah. Kesian jugak dengan pembeli rumah. Sudahlah bayar bulan-bulan di bank tapi rumah pun belum diduduki. Banyak isu mengenai perumahan ini. Terus terang, aku ndak pucuk pangkalnya mengenai kelewatan menyiapkan projek ini. Tapi kan, memang di Tawau, kebanyakkan projek pembangunan (tidak semua) agak lambat perlaksanaannya dan pembikinannya. Kalau di Semenanjung, agak cepat pembikinannya. Tapi, banyak jugak GAJAH PUTIH di sini dan rata-rata masalah modal dan ketidaktelusan dalam melaksanakan satu-satu projek. Aku harap yang terlibat dapat jalan penyelesaian yang sewajarnya untuk projek Apas Permai
Ada sesetengah tempat tiada air selama 3 hari?? Biar betul. Sandi jugak tiada air. Baca punya baca, rupanya pemasangan Digital flowmeter dilakukan di loji. Tapi ada yang komen sebelum flowmeter diganti pun, air memang mati di tempat mereka. Setau aku, dalam loji, air tidak akan dapat dipisahkan dengan pipe, pump, valve dan sensor. Digital flowmeter termasuk dibawah kategori Sensor. Memang banyak sensor digunapakai. Kalau sudah melibatkan flowmeter, bukan 1 atau 2 bijik dipasang. Banyak. Bergantung pada betapa besarnya loji tersebut dan kemasukan air mentah dalam satu-satu masa. Memang mengambil masa sikit mengikut kedudukan digital sensor itu diletakkan. Pasang bukan sebarang pasang yahh.. Kena test sensor tersebut sama ada ia bersesuaian dengan program yang diguna. Boleh dibaca atau tidak. Accurate atau tidak. Boleh berkomunikasi dengan beberapa instrument lain atau tidak. Boleh pening tau kalo tidak dapat selesaikan atau sensor tersebut bermasalah. Harga 1 sensor bukan murah.. Mahal. Kalau dibeli di Tawau, senang jak kawtim kalo ada masalah. Mintak ganti baru ka apa. Kalau dibuat sensor itu dari US dan opisnya di Semanjung contohnya, mau amek masa 2 minggu baru bisa dapat ganti baru. Dalam masa tersebut, kena lagi pasang sensor lama pas tu configure lagi... Pening!
Lagi satu, masalah tiada line. Ok, aku mau cerita pasal pengalamanku kerja dengan sub-con telco. Fullamakkk... Bekerja di bawah bidang ini memang pressure. Aku pernah terlibat sikit dengan up-grading system di Johor di bawah syarikat Telco. Kira upgrading dan ganti barang-barang lama area Southern dan aku base di sana. Sebelum ini, aku pun selalu merungut kalau line telepon ndak bagus. Tapi setelah mendengar dan masuk dalam alam telco ni barulah ku tau betapa kesiannya mereka yang kerja dalam bidang ini. Seorang dari sub-con telah meninggal jatuh dari menara telco. Ketinggian jatuh adalah lebih kurang bangunan 5 tingkat. Umur mendiang tersebut 35 tahun dan ketika kematian mendiang, mendiang memakai serba lengkap pakaian keselamatan. Cerita ini tidak mendapat liputan meluas di media. Time kejadian, aku berada di opis telco tersebut dan segala perkembangan mengenai kejadian aku mendengar dengan begitu jelas. Tiba-tiba, terbit keinsafan dalam diri. Mereka bekerja dengan risiko yang besar dan tekanan tinggi. Orang di luar senang-senang mau maki-maki kalau tiada line atau line teruk. Pernahkah orang di luar sana terfikir tiang menara bukan berdiri sendiri. Antenna atau microwave yang dipasang bukan seberat handphone yang kamu bawak. Berat ba tuh.. Sometimes untuk menaikkan antenna atau microwave dan dipasang bukan menggunakan kren tapi menggunakan cara kuno. Cuba fikir pasal kesengsaraan mereka juga. Jangan tau maki jak memanjang. Cuba selami kehidupan mereka. Jadi, kalau line telepon ku bermasalah atau broadband mengalami gangguan, aku ndak suda merungut sebab aku tau betapa teruknya kerja mereka.
Lagi satu isu Majlis Perbandaran Tawau (MPT) mau disaman RM100juta. Bukan RM100ribu yahh.. RM100juta...!!! Gara-gara kes PPRT di Kg Titingan yang TERminum air mayat! Alasan di bagi MPT lambat bertindak balas bila ada aduan sedemikian. Mau juga tunggu MPT bertindak baru sibuk jugak mau bergeraklah kan kesimpulannya? Ini la sikap orang kita. Lebih mengharap orang lain dari bertindak dulu baru terngadah. Memetik petikan dari akhbar Sinar Harian ".... membiarkan tangki simpanan berkenaan tidak dikawal sehingga memudahkan sesiapa sahaja memasukinya dan gagal menghalang si mati daripada memasuki kawasan perumahan seterusnya masuk ke dalam satu daripada tangki simpanan di situ". Macam mana bisa ruang simpanan tangki tersebut senang di akses dengan mudah? Bukan ikutkan hanya beberapa orang yang mempunyai akses untuk ke tempat tersebut. Kecuali lah memang ruang tersebut sengaja dibuka agar kejadian sebegini boleh berlaku. Lagi satu, adakah guard mau menjaga dekat tangki tersebut? Jaga tangki semata. Sepatutnya ini adalah tanggungjawab sosial. Sama-sama menjaga keharmonian dan keamanan tempat tersebut tersebut. Tiada sesiapa mahu kejadian ini berlaku dan aku bersimpati atas apa yang berlaku di PPRT Kg Titingan tapi tolonglah berfikir logik sikit. Mau saman RM100j? Cuba kaji dulu pendapatan MPT tu berapa? Pendapatan bersih pun belum tentu dapat cover bayar tuntutan mereka. Kalau cukai sini sana naik, baru bising. Salahkan MPT sebab naikkan cukai lagi? Naik harga minyak RM0.30 sudah melenting. Apa lagi kalau cukai dinaikkan sebanyak 20% contohnya. Pikir baik-baik. Pikir jugak kesusahan dan kepayahan orang lain.
Jadi tolong lah jangan kejam sangat sampai memaki hamun mereka yang bersusah payah menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk anda. Mereka bukan tidur. Mereka kerja malah ada antara mereka tidak mendapat tidur secukupnya untuk anda.
Jam 2.30 pagi. Mata masih terbuka luas. Bukan senang aku mau blogging sekarang. Sebenarnya hati ni masih runsing mau ke Sarawak. Bos sudah keluarkan arahan kena backup projek di Sarawak. Bisnes kecil-kecilan sudah start dan terpaksa handover kepada partner. Ada 3 projek menunggu. Projek wiring gereja, wiring rumah dan servis aircond di salah sebuat IPT. Syukur alhamdulillah dengan rezeki yang telah diberikan. Terima kasih dengan pelanggan-pelanggan sebelum ni yang mempercayai dan memperkenalkan kepada kawan-kawan mereka. Penglibatanku dalam bisnes ni pun bukan sengaja. Dari tolong-tolong orang, terus pulak tersangkut buat bisnes. Alhamdulillah. Doakan yang terbaik yahh. :)
Maaf andai ada yang terasa post di atas. Sebarang kesilapan dan keterlanjuran kata harap dimaafkan. Masa untuk merehatkan mata.
Salam
Malahah
2 weeks ago
0 pengomen:
Post a Comment