assalamualaikum..
Bajet 2013 telah diumumkan oleh PM petang tadi. Seperti biasa, aku hanya mengikuti perkembangan dan berita melalu FB pada lewat malam seperti ini. Banyak komen2 yang positif dan negatif yang ku baca.
Bajet kali ini lebih menyeluruh. Dari bujang sampai lah berkahwin. Pro kerajaan dan pro pembangkang tetap akan mendapat manfaat dari belanjawan 2013.
Ada yang berkata, "Memanglah tabur duit. Pilihanraya mau dekat sudak kan. Amek hati la tuh..". Tidak kurang juga berkata " Syukur alhamdulillah. Tapi kenapa 1/2 bonus diamek sebelum raya pun di kira?" " Ala, bagi banyak2 pun, nanti kena pulang balek (cukai)" "Ala, memang la RM500 la, rebet la tapi harga barang tetap naik!"
Manusia, mana pernah puas apa yang ada.
Aku? Aku tiada mau komen apa-apa. Aku pekerja swasta. Mungkin rebet RM200 saja lah yang mungkin berfaedah bagi aku tapi aku sendiri pun berfikir. MUNGKIN. Bonus untuk pekerja swasta? Tunggu kompeni ada untung maka, adalah tu bonus untuk pekerjanya. Dapat kompeni yang ndak lokek, jangan kan sebulan, silap-silap bonus 3-4 bulan pun boleh. Tapi itu semua tengok rezeki dan pihak atasan yang baik :)
Ok, kompeni diaku lagi sandi. Sudalah ndak di potong Socso, KWSP, gaji pun kadang2 kena tahan-tahan. Kami gelarkan kompeni diaku kompeni komunis. Kebajikan pekerja ndak di jaga dengan baik. Kesian jugak kadang-kadang. Tapi semangat mau hidup diteruskan. Susah mahu memilih kerja apabila persaingan hidup bertambah sengit. Merungut? Tiada istilah merungut biarpun bekerja 12 jam tanpa OT. Hidup kena teruskan. Kalau kerja, adalah lah kemasukan. Malas? Jangan harap rasa duit percuma dari bos. Itu sebahagian nasib pekerja swasta.
Ada yang berkata " Ala, kerja gomen banyak beban. Banyak kerja!" Wow.... Banyak kerja? KEBANYAKKAN orang gomen la paling untung. Kekadang aku perhati juga, time2 masa kerja ada masa pulak update status. Ada pulak masa tuk perhati online shopping. Kalau pergi ke kaunter2 gomen, urusan mengambil masa yang lama untuk 1 urusan. Siap bercerita yang bukan pasal hal kerja. Belum campur mereka yang punch kad then pegi minum selama berejam-jam. Adil kah mereka kata mereka saja banyak kerja? Abes orang bukan gomen duduk saja sambil makan gaji buta? Masing-masing lah punya kelemahan. Orang kerja swasta pun menjana ekonomi negaja. Jangan ingat kamu (tidak semua kerja gomen) tulang belakang negara.
Mana-mana kerja pun sama. Ikhlas kan hati tuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang pekerja dan insya Allah tiada rungutan biarpun tiada rezeki dapat bonus. Dunia ni luas, rezeki ada di mana-mana. Ini, sudah dibagi banyak faedah, merungut tapi kerja malas. Haii la... Susah mau cakap oooo
New Year?
3 months ago
0 pengomen:
Post a Comment