Assalamualaikum
Hari ini, aku menghabiskan masa berjumpa kengkawan lama dan ber'reunion' kecil-kecilan di majlis kesyukuran dan sambut menantu di rumah Zeera di AU5.
Memang masing-masing berkongsi perkembangan semasa. Yang dah kawen, cerita pasal kehidupan berumah tangga. Yang belum kawen pulak lebih banyak mendengar mereka yang bercerita mengenai alam perkahwinan. Dan memang nampak sususan dan aturan ayat mereka mencerminkan mereka telah beranjak ke tahap seterusnya.
Bila ada orang tanya bila kahwin terus ku jawab, Insya Allah ada jodoh, sampai juga kad ku ngan kamu semua. Buat masa sekarang, bagi aku bukan masanya untuk aku fikir soal kawen (walaupun nenek aku sibuk pikirkan tuk aku, bila lah si Lisa kawen)
Be frank, aku belum ada ke arah pikir untuk memasuki alam perkahwinan. Nak kata aku memilih, aku rasa tak terlalu sangat. Yalah, muka memang tak lawa. Serba serbi kurang. Kaya pun tak. Masih lagi parent aku bantu. Belum bisa pergi jauh biarpun aku dah merantau. Masih belum bisa berenggang ngan mak. Ada hati mau pikir pasal kawen? Memang tidak bersedia sangat. Lagi-lagi aku sekarang terfikir mau tukar kerja. Mau cari betul-betul beri aku kepuasan dalam bekerja. Sampai bila mau jadi macam ni? Wallahualam.
Ada jugak mulut celupar (kalau aku ingat memang sakit hati). "Aku tak tau siapa nak dekat dia tuh.. Sebab itu la tak terkawen lagi. ". Itu yang aku baca dengan mata kepala ku sekali. Lain cerita kalau yang terumpat dan aku tak terbaca. Aku ndak kisah sangat nak komen kenapa aku kawen lagi. Kalau terlalu kerap sangat bertanya perihal kawen, aku pun pandai tensen sendiri. Nak jak cakap, " Napa mahu persoalkan kerja Tuhan? Nak aku tanya balek kenapa ndak pandai kaya raya?" Tapi akal masih waras untuk tidak melontarkan ayat kurang ajar sebegitu.
Bukan ndak pernah ada kekasih hati. Pernah ada. Tapi ada beberapa faktor yang menghalang aku tuk meneruskan komitmen mengenai hati dan perasaan but ndak bagus kalo aku reveal di sini. Biar aku simpan. Aku tidak pernah meminta lebih. Yang penting bisa 'menjaga'ku seperti seperti mak abah aku, bisa tundukkan sifat degilku dan telunjukku. Ada rasa tanggungjawab. Ajar aku bagaimana berterus terang, berdikari dan boleh berkongsi semua jenis rasa.
Mau kata aku berputus asa soal hati dan perasaan ini, tidak juga. Aku biarkan dan serahkan pada Maha Esa. Nasihat kepada mereka yang selalu bertanya orang single macam aku, bila nak kawen. Tolonglah doakan kami, para single ini agar dipertemukan jodoh yang sesuai dengan kami. Hahahaha :p
Dah, mata pun dah mengantuk. Rasa-rasa mau sambung tidur la pulak. Manalah letaknya alamat ni..aku mau antar resume ni. Mau pindah kerja dan mengembara lagi
Salam
Malahah
2 days ago
0 pengomen:
Post a Comment