Assalamualaikum!
Lama suda aku ndak buat kerja troubleshoot ni. Sejak aku dikatakan split [actually aku tak faham maksudnya. Mungkin saja aku dibuang.], aku mengalihkan perhatianku terhadap kerja baru iaitu troubleshoot barang-barang sound system kereta.
Be frank, aku tak tahu pasang sound system dalam kereta. Tapi aku tau macam mana troubleshoot atau test barang-barang sound system. Tak la banyak yang ku tau tapi at least pengetahuanku time aku stadi dulu boleh aku implement.
Seorang tokei telah menghantar banyak aksesori kereta lebih-lebih lagi sound system. Ini termasuklah power amplifier, tweeter, monoblock, speaker pelbagai jenis saiz. Sebenarnya barang ini telah sampai sebelum raya haji lagi tapi aku tak sempat tengok semua gara-gara sibuk dengan hal peribadi. Aku beli barang ini secara pukal. Kondisi setiap barang aku kena check satu per satu. And of course aku tidak bersendirian. Aku dibantu oleh beberapa orang pembantu.
Hari pertama troubleshoot , aku serahkan dengan seorang pembantuku. Alan. Aku berikan sebuah power amplifier untuk dicuba. Aku beri masa dia beberapa jam sementara aku mengambil beberapa kotak speaker dari tokei. Setelah beberapa jam, aku kembali ke tempat si Alan dan dia pun berkata "Kak, kenapa ndak hidup? Ada ku salah pasang ka?". Aku ambil tempatnya dan aku periksa punca current nya. Mau marah pun tak boleh sebab salahku. Aku ndak sediakan barang yang lengkap untuk pembantuku buat kerja. Alan sambung direct dari power outlet dari bangunan terus kepada power amplifier. Untuk pengetahuan, power amplifier yang digunakan di kereta anda adalah DC yang mempunyai nilai 12 volt [tolerance 5%] manakala voltan yang sampai ke di rumah anda adalah 240V(Ac) [tolerance 10%]. Apa telah terjadi? Nasib baik Alan tidak terkena renjatan elektrik kerana power amplifier yg dia test mempunyai keselamatan yang tinggi. Dan power amp itu telah selamat menjadi penghuni tong sampah! Sabar jak Lisa.
Sepatutnya, aku kena sediakan sebuah voltage adapter. #EncikCina kata transformer. Sebenarnya apa yang kami maksudkan adalah sama. Alat ini digunakan untuk menukar arus ulang alik (AC) kepada arus terus (DC). Tanpa alat ini, mustahil aku bisa buat troubleshoot. Jadi, aku kol balik tokei kembali manatau dia ada voltage adapter yang tidak digunakan dan alhamdulillah duit sebanyak rm40 (estimation price) tidak melayang. Tapi yang bestnya tokei bagi yang jenis lama. Berat lagi tuh. Dan aku fikirkan ia sangat klasik. Mana ada lagi dijual di kedai-kedai elektrik. Kalau ada pun, jadi besi buruk macam gambar dibawah nie. Mana tak nya, body power adapter ini besi. Jika berlaku leakage current, mau tak terbakar jari dibuatnya. Silap-silap terbakar bodi! :)
Ok ok, berbalik pada kisah troubleshoot power amplifier, kami [aku dan 2 orang pembantuku, Alan dan #EncikCina] memasang voltage adapter kepada power amplifier, kepada tape kereta dan speaker. Indicator LED pada power amp menyala begitu jugak dengan speaker yang mengeluarkan bunyi.
Troubleshoot kedua adalah speaker double coil. Aku ndak tau pulak ada speaker double coil disertakan. Tapi sebijik jakla. Aku pasang ke tape kereta. Yang bestnya, aku ndak periksa berapa Watt speaker itu. Wayar yang aku gunakan amatlah halus. Aku tak tau ukuran diamternya tapi memang ndak padan dengan beban yang dibawa oleh wayar tersebut. Wayar itu panas dan bila aku bertanya pada #EncikCina, dia pun berkata "Kena pakai wayar yang besar la Lisa. Cuba 18mm. Tengok masih berasap ka jugak?" Nasib tidak terbakar. Fuuhh.. Terima kasih #EncikCina. Dia kata mahu letak sound system di keretaku tapi aku menolak. Jarang jugak aku tensen. [kalau tensen, aku memang suka berjalan2 dengan kereta sambil buka sound kuat2]. Tapi ndak perlulah letak. Katanya "Power amp 5 channel, speaker double coil, monoblock, tweeter, sub woof. Orang lain bermati-matian mau pasang di kedai tapi ko ni dibagi free pun ko ndak mau. Pelik aku". Ekekeke.. Ndak mau aku. Nanti xda tempat aku mau letak perkakas pancing ku di belakang atau tiada ruang untuk mak aku letak besen ikannya di belakang.
Troubleshoot ketiga adalah berkaitan dengan tape kereta. Langsung tak leh hidup pulak tape itu. Untuk pengetahuan, dalaman tape kereta tidak menggunakan wayar yang banyak tetapi menggunakan filem arus. Ermm..macam mana mau terangkan yah? Bahasa inggerisnya pun aku ndak tau apatah lagi bahasa melayunya. Gambar pun aku lupa ambil sebagai contoh. Bayangkan ada garisan halus di atas filem dan garisan itu merupakan konduktor untuk mengalirkan arus. Lebih kurang begitulah. Nanti aku akan amek gmbar sebagai contoh. Itu pun kalau aku ingat lah. Ekekekeke. Kebetulan time aku bongkar tape kereta itu, aku terlihat wayar filem tersebut. Garisannya terputus dan aku fikir itulah punca radio itu tidak berfungsi. Caranya? Pandanganku, buat satu jumper dari hujung ke hujung wayar dan kalau susah sangat, ganti jak tape yang baru! Tapi nasib la tape tu bukan untuk dijual
Cukup ada 3 troubleshoot aku jalankan. Pening jugak tapi puas hati sebab tak yah fikir pasal benda lain. Fikir pasal "Macam mana la mau kasi hidup ni barang". Cari punya cari akhirnya dapat ke semua power amplifier dan speaker berfungsi [kecuali satu si Alan kasi jahanam]. Kira kalau aku buat benda ni, aku boleh tidak sedar masa berlalu dan telefon berdering pun aku ndak hiraukan. Apa lagi kalau masalah lain dan orang lain. Lantaklah. Orang lain tak perlukan aku tapi barang-barang ni perlukan aku. :P
Dan sekarang masa untuk aku reveal barang-barang yang hendak aku jual.
Siapa berminat, tinggalkan komen di bawah. Insya Allah aku akan respond
Malahah
1 week ago
1 pengomen:
Masi ada ka transformer d jual ?
Post a Comment