skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
Lisa Ali
Tawau, Sabah, Malaysia
A slave to Allah The Almighty, a daughter to Ali and Nor, a sister to Semang, Selang, Jima and Dendut. An engineer with various experiences. A lover to a ex-representative product. Untrusted friend to all her trusted friends. And guess, you will never wanna know me for further!
View my complete profile

Arkib Blog

Blog Kawan

  • Maria Elena
    Why I Can Never Be A Food Blogger
    1 month ago
  • The Unexpected Journey of My Life....
    Biskut..
    2 months ago
  • Lulu pages
    Top Graphics Card for Dell Optiplex 1030 160 170l 2010 2021 2030
    3 years ago
  • UnaChenta
    Sebenarnya masih ada yang membaca blog Unachenta !
    5 years ago
  • B'jue Corner
    10 Foods to Boost Male Health From WebMD‏
    5 years ago
  • FIRMAN KAI BIN THOMAS
    Jual Telur Asin di Kabupaten Barito Selatan
    6 years ago
  • KEDAIRUGBY BLOGSPOT
    WORLD CUP 2019
    6 years ago
  • .
    Reasons Why Young People Are Getting More Interested in Golf
    6 years ago
  • DEAR HAFFIZ!
    Pantai Pink Pulau Komodo Ini Memang Rare! Dekat Mana Ni?
    6 years ago
  • HANYA DI SINI SEGALANYA
    Daftar Harga Bedak Tabur Make Over
    6 years ago
  • Massna Syamsul
    Sebelum disahkan hamil, apa yang berlaku?
    7 years ago
  • OrdinaryGall^^
    edaarbain
    8 years ago
  • penmerah penbiru
    Percutian ke BUSAN dan Pulau Jeju 2016
    8 years ago
  • k..Thx.. ba i
    Bukan dengan Emosi
    8 years ago
  • Azura Banyak Cakap
    Dirogol Bergilir-gilir Dan Dicampak Ke Parit
    10 years ago
  • Le Chevalier d'Aurora
    Setakat ini tulisanku, disini akhirnya
    10 years ago
  • Dari Hawa ke Hawa
    Al kisah aku kini seorang ibu
    10 years ago
  • ..:: 8UTTERFLYFROST ::..
    PANDUAN PENANAMAN CENDAWAN
    11 years ago
  • Jawatan Kosong Terkini di KERAJAAN, BANK, PETRONAS, TELEKOM, MYBANK, SHELL 2010
    Sukses Karena Pakai Software Jadiberhasil.com
    11 years ago
  • MACAM MACAM ADA
    10 Tips berguna dari Child Psychiatrist (pakar mental kanak-kanak)
    11 years ago
  • Khairunnisa
    Sehingga kaki mula melangkah, semula.
    11 years ago
  • Lisa Ali Cakap...
    sempena Pru13
    12 years ago
  • ~Somewhere Anywhere~
    Wordless Wednesday #24 | UPSR
    12 years ago
  • ♥ @LaM FaNt@s!Qu ♥
    .::Save the Date.::
    12 years ago
  • she wears everything
    Dyan Unnie is heyahhhh!
    13 years ago
  • isephia
    faith
    13 years ago
  • MISZPENDITA BloG
    Saya iLang slama 2 bulan 17 ari :'P
    13 years ago
  • jeJaRi-Pitik
    Berpindah dengan rasminya… tq!
    13 years ago
  • .LindaZain.
    .teruskan menulis.
    13 years ago
  • RED GIANT & RED DEVILS
    JOB FEBUARI 2012
    13 years ago
  • Hasnulizam Bin Hassan
    Garisan Masa di Muka Buku
    13 years ago
  • SiTuAsi Ku....
    Urban renewal
    13 years ago
  • ♥♥♥ Pena Hati Ku ♥♥♥
    Selamat Hari Lahir BUNDA!!!
    14 years ago
  • My Blog, My Cad Design and My Life
    A Practical Way of Selecting Entities: QUICKSELECT
    14 years ago
  • Bitter Sweet
    Groupon Takes the World
    14 years ago
  • Blog Informasi Untuk Semua
    JIWAKU MERINTIH LAGI
    14 years ago
  • Padat memadat
    x jadi p KK
    14 years ago
  • ~sTay WitH Me ~
    Program terakhir b'sama Warga SMKTT
    14 years ago
  • Kembara Mencari Erti Hidup
    "Bahlut" - Kisah anak muda kaum Semai
    14 years ago
  • Permata.Hati.Ibu
    ErTi TanGisaN WaniTa
    15 years ago
  • Silat Cekak Ustaz Hanafi (Tawau)
    Gimik & Demo Persatuan @ Kalabakan
    15 years ago
  • coretan seorang bloggers tawau
  • rinadorinabahar
  • Sempoiii bahh
  • cAk-LemPonG!
  • kenz_chang speak ^^
  • Si TINTED YANG CENGENG
  • Ellen
  • ♥MamaGee's Blog♥

Sokong Indie Band

Link Radio online. 100% muzik buatan orang kita

http://www.on9fm.net/

Pengintip Blog

Powered by Blogger.

About

Kategori

  • Azlan and Typewritter
  • dorg dan mereka
  • tawaubloggers

Followers

Jam

Tweet Tweet

Lisa Ali Cakap...

Aku cakap apa yang aku mau cakap! Mengerti?

Akibat panahan cinta

Thursday, November 10, 2011

Sedang aku membaiki radio kereta di stor barang-barangku, tiba-tiba pintu stor diketuk bertalu-talu. Pengunjung ini ku kira dalam keadaan ketakutan. Lantas ku bukakan pintu. Susuk badan kurus, berbaju putih menjengah di muka pintu. Dia mengambil tempatku. Aku perhatikan tindak-tanduknya sambil berdiri. Cacing kepanasan.

" Kak, ada ku mau cerita ni. Penting ni kak. Kalau kakak ndak dengar aku cerita, masalah besar Tawau ni"

Mukadimah perbualan kami mengundang debaran di dada. Alan, pembantuku. Arrghh..aku kira dia lebih daripada seorang pembantu. Adik. Ya adik lebih baik dari gelaran pembantu.

" Kenapa kau Alan? Apa masalahmu lagi ni? Jangan kau cakap kau kena saman. Belum ada lagi modal kakak mau tolong kau ni" tulusku

Dahinya berkerut. Mungkin mencari ayat yang sesuai untuk dia sampaikan ceritanya. Tanpa ku sedari...

" Alan, kenapa ba ni! Apa jugak masalah mu lagi ni! Aku sepak kau ni. Cakap eh cepat. Banyak lagi kerja mau buat ni" bentakku

" Kalau ku kasitau kakak, kakak jangan marah abang yah. Kakak tu lain. Nanti semua orang kakak pigi marah. Yang ndak sepatutnya di marah, kakak pigi marah"

Kesabaranku teruji olehnya. Apa kaitan lagi dengan #EncikCina? Apa lagi kes yang mereka berdua lakukan ni. Kepala mula berdenyut. Simptom migrain. Ya, akhir-akhir ini, aku senang diserang migrain.

Aku bercekak pinggang.

" Bagitau la cepat. Apa sudah yang berlaku. Abangmu mana?" tanyaku. Hairan ke mana #EncikCina pergi. Tadi mereka keluar berdua membeli barang pesananku, fius dan pita pelekat.

" Ehh..ku pikir dia sudah sampai. Sebab tadik time di kedai, tiba-tiba kawanku telepon. Aku jumpa kawanku sekejap. Abang yang hantar aku tadik. Pas tu dia pakai keretaku beli barang. Anu kak.. Begini. Ada masalah sebenarnya.

" Masalah apa?"

" Kan kawan ku tadik telepon.. Dalam telepon dia cerita yang dia terserempak dengan seorang budak perempuan ni di Fajar. Menangis-nangis tu budak. Jadi aku pun pigi la Fajar. Minta abang hantarkan. Kak, haus. Sorongkan botol air di sebelah tu kak"

Aku mengambil botol air di sebelahku lalu ku berikan kepadanya. Hampir kosong botol air tersebut. Ku kira, dia sangat haus. Cuaca petang di Tawau ketika ini panas dan kering.

Sambungnya

" Jadi kelam-kabut la aku pigi. Ku pikirkan budak-budak la sebab kawanku bagitau budak perempuan"

" Rupanya???" Sampukku

" Rupa-rupanya remaja macam aku kak. Boleh suda jadi mamak budak.20 tahun"

Aku duduk di hadapannya. Menunggu ayat-ayat seterusnya. Dia meraba-raba poket seluarnya. Mencari rokok barangkali. Lantas,mengambil rokok Dunhill di kocek seluarnya. Aku menanti dengan penuh sabar. Fikiran ku hanya satu. Apa lagi kaitan dengan #EncikCina?

" Time aku jumpa perempuan ni kan kak, dia menangis ndak henti-henti. Patutla kawanku panggil aku sebab bila ditanya dia ndak mau jawab. Menangis sak. Jadi ku ugut dia. Kalau dia ndak cerita kenapa dia menangis, aku panggilkan polis. Biar polis sak yang tanya dia. Pas tu dia cerita la masalahnya"

" Apa kunun masalahnya?"

" Dia cerita, dia ni asal dari KK. Datang ke Tawau mau berjumpa dengan boyfriend nya. Tapi sudah 2 hari sama-sama, boyfriend nya lari pulak tinggalkan dia"

" Macam mana dia tau boyfriend nya lari?"

" Tadik la ni kak, dia dapat telefon dari boyfriend nya. Bilang boyfriendnya- Tinggallah kau selama-lamanya di Tawau. Aku on the way pigi KK suda ni."

Terkesima aku dengar cerita si Alan. Berkerut dahiku berfikir sesuatu

" Jadi Alan? Boleh ba tu dia bubut boyfriend nya. Nanti malam kan ada bas. Balik la ke KK. Buat apa lagi mau di Tawau lama-lama?"

" Masalahnya kak, boyfriend nya bawak lari dompetnya. Tadi aku cakap macam kakak cakap. Beli sak tiket ke KK, habis cerita. Tapi bilangnya ndak da duitnya. Tinggal sehelai sepinggang sak. Aku mau tolong pun duitku pun ndak ada. Mau lapor polis, bertambah kes pulak. IC nya pulak tiada. Mana tau dia ni kes lari dari rumah gara-gara mengikut boyfriend nya. Betul ka kak?" tanya si Alan kepadaku.

Aku tidak mengiyakan dan tidak juga menidakkan. Otakku ligat berfikir.

" Ko ada tanya macam mana dia boleh kenal boyfriend nya? Siapa nama boyfriendnya? Asal mana boyfriend nya?" tanyaku

" Ada. Namanya si Rizal asal dari Tawau. Dorang kenal melalui telefon dan declare pun melalui telefon. Sebelum ni ndak pernah jumpa. Kira ni first time jumpa" jawabnya.

Pintu diketuk. Aku mengandaikan #EncikCina di luar. Kelam kabut Alan membukakan pintu. Bos besar sudah datang. Aku tersenyum memandang #EncikCina. Lalu dia menyerahkan plastik kecil kepadaku dan mengambil tempat di sebelahku. Duduk bersila, sepertiku.

" Kakak ada 2 fikiran sekarang. Sama ada budak tu betul-betul susah atau kes penipuan" sambil tanganku membuka plastik yang diberi oleh #EncikCina. Fius pelbagai warna. Aku mengambil fius tersebut dan letak di tepi. Minatku beralih kepada cerita yang dibawa.

" Kenapa lagi, Sa? Apa cerita?" #EncikCina bertanya.

Alan bercerita semula. Rentetan kejadian dari pertama hinggalah kisah dia berjumpa dengan budak perempuan itu.

" Sial punya jantan! Yang perempuan bodoh betul tu kenapa? Bukan boleh jugak tu lapor polis sebab dia yang datang ini dengan rela hati. Baru sudah 3 hari sama-sama. Silap-silap sudah lelaki tu 'projek' baru kasi tinggal. Mana suda tu perempuan, Alan?"

" Ada sama kawan perempuan ku bang. Suda dia cerita, aku sama kawanku yang telefon tadi bingung-bingung. Ndak tau mau letak sama siapa. Pertama mau letak dia di sini tapi takut kakak mengamuk. Jadi aku telefon kawan-kawan perempuanku yang tinggal di area bandar. Jadi dia dengan kawan ku yang tinggal di Fajar" jelasnya.

Pandai juga si Alan buat keputusan. Aku kurang percaya kalau ada orang lain di stor ini. Aku yang tetapkan peraturan siapa yang boleh keluar masuk. Barang-barang yang ada dalam stor tidaklah mahal tapi boleh buat duit. Kena-kena lagi majoriti adalah aksesori kereta. Walau second hand. Kalau hilang, siapa yang susah? Kami bertiga juga.

" Pap!" aku menampar paha #EncikCina.

" Kau #EncikCina! Awas kau kasi begitu anak orang. Memangku tumbuk kau tu. Kesian perempuan tu kalau ceritanya betul. Cuba kamu dua fikir, macam mana dia makan? Ndak ada duitnya kesian. Susahkan orang lagi. Aku pulak yang terasa bah. Eh, macam mana mau tolong dia ni?" bebelku.

#EncikCina menggosok-gosok pahanya tanda kesakitan. Agak kuat tamparan yang singgah di pahanya. Itu tindakan refleks ku. Entah mengapa aku begitu geram jika mendengar cerita lelaki penipu. Mungkin pengalaman lepas menyebabkan aku trauma mendengar kisah lelaki penipu.

" Naaaahhhh!!! Suda ku cakap, jangan kakak marah sama abang bah. Haishh ini la aku takut kalau kakak sudah marah. Lain orang jadi mangsa bah. Sakit kau bang?" kata Alan

" Tu la kau. Bawak lagi cerita begitu. Aku lagi jadi mangsa. Kau mau tolong apa Sa? Masalah orang lagi kau fikir. Masalahmu tu belum selesai. Ada duitmu mau tolong beli tiket? Kalau tiada, diam-diam. Mana tau budak tu tipu ka? Kau Alan? Bagus nanti kau tengok kawan perempuanmu yang di Fajar tuh. Suruh dia berhati-hati. Dompet jangan letak sembarang. Nanti ndak pasal-pasal kawanmu lagi menangis dompetnya hilang" saran #EncikCina.

Aku tersengih-sengih melihat muka masamnya. Aku memandang Alan. Dia menjuih bibir kepadaku. Tanda tak setuju dengan tindakan tu sebentar tadi. Gara-garaku, dia ditempelak percuma oleh bos besarnya.

Aku mengambil 2 keping not merah dalam dompetku. Mungkin pertolonganku tidak seberapa. Andai budak perempuan ini menipu, bersedialah dia di akhirat kelak. Dari diriku, aku sudah maafkan.

" Kau bagi duit tu dengan budak perempuan tuh. Ini yang mampu kakak tolong. Manatau dia lapar. Atau suruh la dia beli sluar dalam atau bra di YinYin sana. Rasa-rasa cukup tu RM20. Baju dia boleh pakai kawan perempuanmu punya kan?" kataku

Alan mengambil duit itu. Kali ini, dahinya pula yang berkerut. Dia memandang #EncikCina yang duduk di sebelahku.

" Kenapa Alan? Apa lagi masalahmu?" tanyaku

" Kakak ndak takut ka dia menipu kak? Atau aku kah yang menipu? Kakak ndak mau siasat ka dulu cerita ni baru kasi duit?"

" Siapa-siapa yang menipu, kamu jawab la di akhirat kelak. Lagipun duit tu bukannya banyak jugak. Lain cerita kalau sampai ratus-ratus atau ribu-ribu ringgit, baru kakak siasat. Kasi sak la Alan. Tapi kau cakap la benda yang sama dengan dia. Sudah, kakak mau ganti fius di power amp tuh. Biar belum putus, ganti sak yang baru. Lepas kau jumpa budak perempuan tu, kau balik sini. Speaker tu mau dikasi bersih" arahku

Tanpa berlengah, Alan berlalu dari bilik. #EncikCina bangun mengambil speaker-speaker yang ada dalam kotak untuk dibersihkan. Mungkin takut aku marah lagi. Kekadang aku terfikir, garang sangatkah aku dengan mereka berdua?

Otakku masih memikirkan budak perempuan itu. Apa ibubapanya tidak ambil peduli atas kehilangan anak perempuan mereka. Jika dia masih belajar di mana-mana kolej, takkah staff kolej mahupun rakan-rakan seperjuangannya hairan dengan kehilangan kawan mereka. Pelik? Time aku belajar dulu, aku skipped satu kelas datanglah beberapa orang kawan ke bilikku. Mencari keberadaanku. Adakalanya penting juga dapat kawan penyibuk.

Aku menyambung kerjaku...

Dibebelkan oleh c Lisa Ali at Thursday, November 10, 2011  

Labels: Hidup, Lisa Ali Cakap, Remaja lari dari rumah, Remaja lari ikut kekasih, Tawau

0 pengomen:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License

Creative Commons License