Assalamualaikum..
Mari aku ceritakan satu yang benar-benar berlaku terhadapku.
Tengah hari adiladha 2011, aku menerima panggilan daripada seorang muallaf.
"Salamualaikum. Napa dari pagi aku kol ko ndak dapat. Ko pigi mana ooohhh..??"
"Waalaikumsalam. Aku di dapur lor acai. Tengah sibuk masak. Kenapa?"
"Ada mau ku tanya ni. Aku mau buat korban. Berapa ayam banyak ayam tua diperlukan?"
"Acai, ayam mana boleh dibuat korban. Kena haiwan besar yang empat kakinya. Itu ayam boleh sembelih tapi bukan niat untuk korban"
"Aku dipasar ni. Ya la ya lah. Nanti aku kol balik"
Selang beberapa jam
"Salamualaikum! Cinta, datang la ke tempatku. Ada suda daging ku kasi korban"
Dengan perasaan hairan, cepat jugak si cina ni kasi tumbang korban. Firasatku, mungkin dia membeli kambing sebab dia ada kenal dengan tokei kambing.
" Eh..cepat jugak? Berapa ekor?" tanyaku
" Macam mana mau kira yah? Cincai kira la. 2 ekor!" katanya dengan penuh yakin
" Siapa sembelih?" yang inginkan kepastian.
" Si guru" jawabnya
" Cepat jugak kamu kerjakan. Daging apa jugak?"
" Ayam besar. Aku beli 2 ekor. Jadi ada empat kakinya. Boleh la dibikin korban sebab besar ayamnya. Ngam kan? Cepatla datang. Tolong masak kari sekali. Hahahahahahaha!!!!!" jawabnya dengan penuh yakin.
Hampeh!! terkena aku
Ada beberapa perkara bida'ah yang masih berlaku di Tawau mengikut pemerhatianku. Ada yang beranggapan bahawa ayam (lebih-lebih lagi kalau ayam tua)juga sebahagian dari haiwan yang boleh dibuat korban. Ini adalah salah sama sekali. Sepotong hadis dari Muslim telah meriwayatkan
Jabir r.a berkata: Kami pernah menyembelih (haiwan korban) bersama Rasulullah ketika di Hudaibiah. Seekor unta untuk tujuh orang dan menyembelih lembu untuk tujuh orang bersama-bersama Rasulullah.
Binatang qurban itu hendaklah binatang ternakan (An‘am) seperti:
1.Unta
2.Lembu/ sapi
3.kambing/ biri-biri kibasy/ domba.
Seekor unta, lembu/ sapi itu diniatkan (kongsi) untuk tujuh jiwa dan masing-masing yang ikut dalam pembelian harus berniat satu tujuan, iaitu niat berqurban. Seekor kambing hanya untuk seorang saja tidak boleh diniatkan untuk dua jiwa atau lebih. Kalau diniatkan untuk dua jiwa/ orang, qurban tidak sah, tapi tetap saja mendapat pahala sedekah bagi dirinya.
Cukup untuk kali ini. Sesungguhnya aku sangat penat dari beraya dengan anak-anak angkatku. Aldi, Enal dan Fitri. Hari ni memang hari makan sedunia. Alhamdulillah!
Ramadan berbeza kali ini
1 week ago
2 pengomen:
ahahahaha.. kelakar la kawan Lisa ni.. sempat juga dia wat lawak... iya betul, ayam mana boleh disitilah sebagai haiwan korban... ada juga org kampung tempat saya yang beranggapan macam tu
aku ndak tau la dia ni purak2 mau kasi kenak atau memang betul2 ndak tau.belum cerita lagi pasal dia bayar zakat raya baru2 nie.mau marah tapi terketawak jugak :)
Post a Comment