assalamualaikum..
Agak berhabuk jugak blog aku ni yah. Lama ndak ber'update' sejak kembalinya aku ke
Indonesia. Percutian bersama keluarga memang agak melucukan dan agak syahdu. Lucunya sebab kami ramai-ramai shop until drop hingga hari terakhir kami di Jakarta. Yang syahdunya, last aku jumpa mak aku dan macikss ku. Kebanyakkan barang-barang telah aku titipkan ke Tawau termasuk kain baju raya tuk tahun ini. Miss them a lot!!
Ada beberapa perkara yang telah berlaku dengan aku di sini. Kerana percayaka
n orang, aku sekali lagi terduduk termanggu. Lama juga aku termenung mengenang nasib diri. Dugaan awal tahun 2012 amat mencabar hingga aku terpaksa ber'korban' tapi tidak bermakna aku akan berdiam. Aku tetap bangkit. Hey.. This is Lisa Ali. Jarang berputus asa biar ia mengambil tempoh yang lama untuk bangkit semula. Tapi tidak bermakna aku kalah dengan percaturan hidup. Aku yakin aku mampu. Uissehh.. Ini kata-kata semangat untuk diri sendiri.
Jarang betul aku bersosial di laman maya ni sejak kembalinya aku di bumi semenanjung. Bukan sengaja tapi kekangan waktu kena diseimbangkan dengan kerja dan belajar. Aku mau kaya, aku mau bina hidup yang bisa dibanggakan. Bukan aku nakkan kaya tapi bi
arlah serba serbi seperti Syed Al-Bukhary. Aku mula bekerja sebagai pembantu teknikal kepada sebuah syarikat berteraskan IT. Memang banyak penekanan mengenai IT tapi kemahiranku bukan ke arah itu tapi lebih kepada elektronik dan buat masa sekarang aku seolah-olah membuat research mengenai ........(dot dot dot dot dot do
t). Kalau mention macam poyo pulak kan. Jadi biar lah rahsia buat sementara.
Kesibukkan ku buat aku tiada masa untuk diri sendiri apatah lagi bersosial dengan kawan-kawan di sini. Kehidupan ku agak bosan. Balik dari urusan atau kelas, badan tentunya penat. Aku lagi rela melayan ngantuk dari makan tapi badan ndak jugak kurus. Tetap rimbun dan renek seperti dulu.. Gemuk la tu ertinya
Dan hari ini aku dapat rehat secukupnya. Kurang tidur menyebabkan demam dan selesema. At first aku di suspect denggi tapi ndak jadi sebab ada 100plus datang membantu. Tinggal batuk-batuk jak. Dah rasa sihat sikit, aku mahu melepas gian menaip di laptop yang memang ndak aku guna. Tersimpan sahaja di rumah.
Untuk tutup cerita hari ni, aku letak la beberapa keping gambar time kami bercuti di Indonesia. Jakarta-Bandung-Puncak, Bogor-Jakarta. Later aku upload gambar yang lain pulak kameraku tertinggal di rumah kawanku. Ini aku amik dari cuzzy, Miah yang sama-sama bercuti sambil bershopping di sana.. So, masa untuk tidur. Mata pun sudah layu biarpun baru jam 12 tengah hari. sebab baru abis makan ubat batuk.
0 pengomen:
Post a Comment