Assalamualaikum
Jeles ok tengok pelbagai peristiwa menarik yang berlangsung dan akan berlangsung di Tawau. Yang boleh aku katakan di sini, aku hanya bisa melihat dari gambar-gambar di Facebook kawan-kawan yang berada di Tawau.
Bermula 17-20 Januari 2012, Karnival Tahun Baru Cina diadakan di hadapan Majlis Perbandaran Tawau (MPT). Segala macam pameran mengenai makanan dan tradisi kaum Cina dan pertunjukkan termasuklah tarian singa. Ini adalah info yang aku dapat dari kawan-kawan yang berada di Tawau. Aku ni, jasad jak di Putrajaya tapi minda berada di Tawau!
Aku rasa ini merupakan Karnival Tahun Baru Cina paling best sekali di Tawau. Selama aku hidup di Tawau, macam ini adalah pertama kali karnival bangsa cina paling gempak tapi sayangnya aku tiada pulak time acara gempak-gempak ni. But it's ok. Aku rapat jugak dengan seseorang yang berbangsa Cina.. *wink.
So, aku ronda-ronda la Facebook kawan-kawan di Tawau. Dan paling banyak meng'upload' gambar pada karnival tersebut adalah Alex Dennis, Penyelia Pusat Kegiatan Kelab Rakan Muda Tawau. Aku tengok dorang pigi ramai-ramai sebagai tanda sokongan acara yang berlangsung di Tawau. Macam ni la semangat belia di Tawau. Sokong apa jua acara yang positif.
Memetik kata-kata Datuk Pang Yuk Ming semalam, "
Betul tu Datuk. Konsep 1 Malaysia patut dikekalkan. Saling bertolak ansur, sepakat membuat keputusan adalah jaminan keharmonian hidup bermasyarakat.
11 Februari 2012 pula akan diadakan Festival Kebudayaan Tawau. Tahun lepas, Festival Kebudayaan Tawau diadakan pada 15 Januari 2011 di perkarangan MPT. Mari kita imbau apa yang telah berlaku sebelum dan selepas festival itu berlangsung. Kira diari hidup ku sepanjang berlangsungnya festival tersebut.
1) Sidang media bersama Presiden Majlis Perbandaran Tawau [klik sini]
2) Pokok Tertinggi di Asia Tenggara [klik sini]
3) Hari pertama Festival Kebudayaan Tawau [klik sini]
4) Kemuncak Malam Festival Kebudayaan Tawau [klik sini]
5) Simpulan Dari Festival Kebudayaan Tawau [klik sini]
Ok, itu sahaja yang dapat aku tulis pada hari ni. Untuk bloggers Tawau, rajin-rajin la update pasal Tawau yah. Perantau-perantau mau baca jugak mengenai apa yang berlaku di Tawau. :)
p/s: Tahniahblogger AdrySabry dan isteri, Len Lena atas kelahiran puteri sulung mereka, Nurul Eiman.
0 pengomen:
Post a Comment