Sebelum aku ke tempat kejadian (Opis MPT), aku ada kecemasan berlaku di rumah.
Tiba-tiba bekalan elektrik dbahagian ground floor terputus [padahal rumah teres 2 tingkat termasok ground floor :P]
Aku tengok Main switch board (MSB) yang agak lama itu. Kedua-dua toggle switch adalah ke bawah [ MSB yg sudah lama..mmg kena ganti baru]. Aku cuba naikkan seperti biasa tp karan masih lagi ndak hidup padahal suda ku ON kedua-dua toggle switch.
Aku mencari skru driver. Bukak kotak fuse. Ada 1 fuse terbakar dan satu lagi ndak bisa ku bukak fuse nya. Melekat ndak semestinya terbakar. Gila ehh.. Aku ndak brani suda kalo melibatkan Amp yang tinggi..
Ku bagitau mak aku, aku ndak berani buat sebab takut tertendang dibelakang. Aku mau panggil c Usop Kedai Ragbi [klik sini sbb dia pon menjual barangan ragbi] sini sbb dia terer kalo hal-hal sbegini. Jadi, aku kol la dia guna handphone mak aku sebab handphone ku time tu aku ndak tau di mana ku letak. Dia datang dan aku kelam kabut mau bersiap keluar. Janji dengan sisMaya jam 2 tapi aku terlambat.
Aku amek sisMaya di rumahnya. Sampai di depan opis Majlis Perbandaran Tawau dlm jam 2.35. Pertemuan dengan Presiden MPT pada jam 2.30 ptg. Aku drop sak sisMaya baru aku carik parking. Memang susah cari parking di area Tawau ehh.. Akhirnya aku ke Fajar sebelah belakang gara-gara malas mau meronda cari parking..
Aku agak berlari-lari ke opis MPT. Fuhh.. Aku kol sisMaya di mana dia, dia bgtau di Bilik Presiden. Ehh.. meeting dngn presiden ka? Aku pon bertanya orang situ di mana bilik presiden.. Bila aku bukak pintu sak, trus aku macam bingung. Kenak2 lagi aku tertengok ada orang bawak kamera RTM. Ku ingat pertemuan biasa rupanya Persidangan Akhbar oleh Presiden MPT sempena Festival Kebudayan BIMP EAGA di Tawau akan diadakan pada 15 Januari 2011 (Sabtu)..
Ini adalah kali pertama aku menghadiri sidang akhbar. Kalau aku seorang bloggers independent, surely aku takkan dapat pengalaman sebegini. Ya, sangat bersetuju bila bloggers perlu komuniti kata-kata itu pernah dilontarkan oleh orang kuat Tawaubloggers Sankai, Adry, sisMaya sewaktu pertemuan pertama dengan mereka. [Kisah ku ketika pertemuan kali pertama sini]
Berbalik pada Festival Kebudayaan BIMP EAGA. Ini adalah kali pertama festival ini diadakan di Tawau, menggabungkan negara dari Brunei, Indonesia, Malaysia, Pilipina. Pelbagai persembahan kebudayaan dari negara masing-masing. Dari Tawau sendiri, akan mengetengahkan keunikan dari pelbagai etnik yang terdapat di sini. Sebut bangsa yang ada di Tawau, insya Allah ada la nnt tu di sana.
Ini lah peluang kita tuk mengenal keunikan dari pelbagai bangsa. Jadi, jangan lepaskan peluang tuk bersama-sama memperkayakan pengetahuan kita mengenai masyakat luar dan tempatan khususnya.
Nanti aku blogging lagi pasal Festival ini..
Sila lawat www.facebook.com/tawaurian dan tawaublogger.com
Why I English
2 months ago
0 pengomen:
Post a Comment