skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
Lisa Ali
Tawau, Sabah, Malaysia
A slave to Allah The Almighty, a daughter to Ali and Nor, a sister to Semang, Selang, Jima and Dendut. An engineer with various experiences. A lover to a ex-representative product. Untrusted friend to all her trusted friends. And guess, you will never wanna know me for further!
View my complete profile

Arkib Blog

Blog Kawan

  • The Unexpected Journey of My Life....
    Rasa..
    1 month ago
  • Maria Elena
    What's up
    6 months ago
  • Lulu pages
    Top Graphics Card for Dell Optiplex 1030 160 170l 2010 2021 2030
    4 years ago
  • UnaChenta
    Sebenarnya masih ada yang membaca blog Unachenta !
    6 years ago
  • B'jue Corner
    10 Foods to Boost Male Health From WebMD‏
    6 years ago
  • FIRMAN KAI BIN THOMAS
    Jual Telur Asin di Kabupaten Barito Selatan
    7 years ago
  • KEDAIRUGBY BLOGSPOT
    WORLD CUP 2019
    7 years ago
  • .
    Reasons Why Young People Are Getting More Interested in Golf
    7 years ago
  • DEAR HAFFIZ!
    Pantai Pink Pulau Komodo Ini Memang Rare! Dekat Mana Ni?
    8 years ago
  • HANYA DI SINI SEGALANYA
    Daftar Harga Bedak Tabur Make Over
    8 years ago
  • Massna Syamsul
    Sebelum disahkan hamil, apa yang berlaku?
    8 years ago
  • OrdinaryGall^^
    edaarbain
    9 years ago
  • penmerah penbiru
    Percutian ke BUSAN dan Pulau Jeju 2016
    9 years ago
  • k..Thx.. ba i
    Bukan dengan Emosi
    10 years ago
  • Azura Banyak Cakap
    Dirogol Bergilir-gilir Dan Dicampak Ke Parit
    11 years ago
  • Le Chevalier d'Aurora
    Setakat ini tulisanku, disini akhirnya
    11 years ago
  • Dari Hawa ke Hawa
    Al kisah aku kini seorang ibu
    11 years ago
  • ..:: 8UTTERFLYFROST ::..
    PANDUAN PENANAMAN CENDAWAN
    12 years ago
  • Jawatan Kosong Terkini di KERAJAAN, BANK, PETRONAS, TELEKOM, MYBANK, SHELL 2010
    Sukses Karena Pakai Software Jadiberhasil.com
    12 years ago
  • MACAM MACAM ADA
    10 Tips berguna dari Child Psychiatrist (pakar mental kanak-kanak)
    12 years ago
  • Khairunnisa
    Sehingga kaki mula melangkah, semula.
    12 years ago
  • Lisa Ali Cakap...
    sempena Pru13
    13 years ago
  • ~Somewhere Anywhere~
    Wordless Wednesday #24 | UPSR
    14 years ago
  • ♥ @LaM FaNt@s!Qu ♥
    .::Save the Date.::
    14 years ago
  • she wears everything
    Dyan Unnie is heyahhhh!
    14 years ago
  • isephia
    faith
    14 years ago
  • MISZPENDITA BloG
    Saya iLang slama 2 bulan 17 ari :'P
    14 years ago
  • jeJaRi-Pitik
    Berpindah dengan rasminya… tq!
    14 years ago
  • .LindaZain.
    .teruskan menulis.
    14 years ago
  • RED GIANT & RED DEVILS
    JOB FEBUARI 2012
    14 years ago
  • Hasnulizam Bin Hassan
    Garisan Masa di Muka Buku
    14 years ago
  • SiTuAsi Ku....
    Urban renewal
    15 years ago
  • ♥♥♥ Pena Hati Ku ♥♥♥
    Selamat Hari Lahir BUNDA!!!
    15 years ago
  • My Blog, My Cad Design and My Life
    A Practical Way of Selecting Entities: QUICKSELECT
    15 years ago
  • Bitter Sweet
    Groupon Takes the World
    15 years ago
  • Blog Informasi Untuk Semua
    JIWAKU MERINTIH LAGI
    15 years ago
  • Padat memadat
    x jadi p KK
    15 years ago
  • ~sTay WitH Me ~
    Program terakhir b'sama Warga SMKTT
    15 years ago
  • Kembara Mencari Erti Hidup
    "Bahlut" - Kisah anak muda kaum Semai
    15 years ago
  • Permata.Hati.Ibu
    ErTi TanGisaN WaniTa
    16 years ago
  • Silat Cekak Ustaz Hanafi (Tawau)
    Gimik & Demo Persatuan @ Kalabakan
    16 years ago
  • coretan seorang bloggers tawau
  • rinadorinabahar
  • Sempoiii bahh
  • cAk-LemPonG!
  • kenz_chang speak ^^
  • Si TINTED YANG CENGENG
  • Ellen
  • ♥MamaGee's Blog♥

Sokong Indie Band

Link Radio online. 100% muzik buatan orang kita

http://www.on9fm.net/

Pengintip Blog

Powered by Blogger.

About

Kategori

  • Azlan and Typewritter
  • dorg dan mereka
  • tawaubloggers

Followers

Jam

Tweet Tweet

Lisa Ali Cakap...

Aku cakap apa yang aku mau cakap! Mengerti?

Showing posts with label Tan Sri Hassan Marican. Show all posts
Showing posts with label Tan Sri Hassan Marican. Show all posts

Tiket dah dapat! Alhamdulillah

Tuesday, April 19, 2011

assalamualaikum..

Tiket dah dapat. Passport dah siap. Tinggal masa untuk terbang sahaja. Ada yang tertanya-tanya aku ke mana. Hanya beberapa orang sahaja yang tau kepergian ku ini. Fuh... Siapa yang tahu, tolong jangan hebohkan yah. Anda tau anda siapa..shhh....! Kata Encik Salleh, insya Allah peluang ku cerah di sana.

Sambung mengenai perkara yang menjengkelkan aku. Asyik kata post perasaan jengkel jak aku kan? Ok, aku suka memerhati status-status di Facebook orang. Dan aku pun kekadang suka update status berkali-kali dalam masa beberapa jam. Itu pun kalau keadaan ku tidak sibuk. Aku suka membaca status-status lucu dan kawan-kawan yang berbalas-balas status. Itu tidak menjadi masalah bagiku biarpun timeline penuh dengan status-status mereka. Itu bukan isunya.

Yang menjadi isu adalah apabila sesetengah status mereka lebih kepada menunjuk-nunjuk. Kalau setakat kata nak shopping, aku boleh terima lagi. Tapi kalau suda part menunjuk barang apa di shopping kan, aku memang jengkel. Yang bestnya, tunjuk satu-satu barang. Ada 50 barang dia beli, 50 barang jugak la dia bagitau. Aku pun kekadang macam tu jugak tapi ndak la sampai tunjuk segala-galanya. Bunyinya aku jealous kah? Lantak la orang mo kata apa pun. Yang penting aku ndak suka orang melebih-lebih.

Tu la sebabnya aku suka Tan Sri Hassan Marican. Bekas CEO Petronas. Biar orang kata dia gaji banyak tapi dia akan menafikan. Bak kata kawanku aku [kawanku satu kompeni dulu dengan Tan Sri Hassan Marican sebelum Tan Sri berhenti]. Kawan kuu sendiri kata bos nya ni humble orangnya dan tidak menunjuk-nunjuk kekayaan yang dia miliki. Buat kali pertamanya aku tengok Tan Sri Hassan Marican muncul dalam temubual di RTM pada 17 Jun 2008. Tidak banyak diperkatakan oleh beliau mengenai kenaikan harga minyak dipasaran dunia. Paling aku ndak boleh lupa time interview tu, bila dia memohon agar rakyat berhenti mencemuh kakitangannya kerana kenaikan minyak dunia bukan disebabkan oleh kakitangan Petronas. Berikut adalah pengakhiran bicara dari pada Tan Sri Hassan Marican dalam temubual tersebut:-


Soalan: Tan Sri, kita ada waktu yang terbatas. Kita telah melalui perbincangan lebih daripada 57 minit setakat ini. Cuma pada pengakhir perbincangan, saya minta Tan Sri menyebutkan atau memberikan pandangan umum tentang harapan Petronas sendiri. Apa sebenarnya, Tan Sri rasa rakyat perlu tahu, kurang-kurangnya ini adalah mesej yang Tan Sri sampaikan kepada rakyat dalam konteks yang kita bincangkan hari ini?

Jawapan: Saya ingin membawa mesej daripada warga Petronas, lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia yang bekerja di dalam Petronas. Saya ada terima emel-emel dari pekerja-pekerja Petronas yang telah mengatakan kepada saya kenapalah kami dipukul dengan macam-macam komen yang negatif kepada Petronas. Kami di lautan mengeluarkan minyak, bekerja, dengan risiko yang tinggi, tinggal anak bini selama dua minggu. Mereka pun merasa terkilan. Masalah ini bukan masalah Petronas tetapi masalah global, masalah global.

Masa aku tengok temubual tersebut, aku kagum! Betapa bestnya ada bos seperti beliau yang paham keperitan kakitangan di bawahnya. Dan berikut sedikit dialog ketika wartawan menanyakan soalan berbaur peribadi pada tahun 2004. Baca lah, bagaimana beliau menjawab soalan tersebut. :-

S: Tan Sri dikatakan seorang yang kedekut dalam soal perbelanjaan Petronas. Betul ke?

HASSAN: Ya, saya kedekut. Tapi bukanlah dalam erti kata kedekut sebenar. Cuma saya tidak suka melihat pembaziran. Kalau nak kena belanja, walaupun RM10 juta, kalau kita kena belanja dan belanja betul, kita belanja. Tapi kalau kita nak belanja RM10 tapi tak berfaedah, saya kata tak perlu. Saya datang dari satu tempat dulu (semasa menjadi rakan firma audit HRM) kita bagi pen dan pensel free kepada kakitangan buat kerja. Tapi kalau depa mai nak ambil yang baru, dia kena bawa balik yang sudah habis dipakai. Kalau dia tak bagi, saya bagi tahu kepada penjaga stor, jangan bagi. Kalau tidak dia akan membazir. Saya guna amalan ini di Petronas.

S:Tan Sri buat macam itu di Petronas?

HASSAN: Falsafahnya sama. Kalau kita nak buat apa-apa sama ada RM1 atau RM10 atau RM1 juta atau RM10 juta itu bukan relevannya, pertamanya anda perlu justify (membuktikan) perbelanjaan itu adalah wajar dan membawa faedah.

Saya mengaku saya kedekut, lagipun ia bukan duit saya, duit rakyat. Saya di sini hanya sebagai pemegang amanah.

S: Di luar, Tan Sri seorang yang cukup sederhana. Walaupun antara CEO bergaji paling tinggi di Malaysia, Tan Sri masih tinggal di rumah biasa berkembar dua, mengapa?

HASSAN: Saya selesa, lagipun ia hanyalah sebuah rumah. Saya tinggal di Ampang Jaya. Bagi saya ini semua sementara sahaja. Saya beli rumah itu 20 tahun lalu dengan harga RM240,000, tanah dia besarlah juga. Masa itu saya di HRM. Arwah bapa saya dan arwah tok wan (datuk) saya selalu mengajar saya jangan membazir dan jangan hidup menunjuk-nunjuk. Kita hidup sederhana saja. Ini semua cara saya dibesarkan. Tok wan saya kastam dan bapa saya polis, bapa saya pun beli rumah teres di Ampang Jaya sebelum dia bersara sebagai pegawai polis.

S : Betul ke semasa Tan Sri berjawatan ini, Tan Sri pernah balik kampung di Kedah naik bas?

HASSAN: Ya, saya pernah naik bas balik kampung. Apa salahnya. Isteri saya pun naik bas ke Singapura. Ini semua atas diri kita. Kadang-kadang ada orang tegur kerana kita makan di gerai, tapi bagi saya apa salahnya, bukan kita buat perkara-perkara yang tidak bermoral. Tidak bolehkah kita jadi orang biasa? Di kampung kalau balik, saya naik Honda Cup pak menakan (bapa saudara) saya punya, pakai kain dan kemeja-T keliling sampai Semeling (dekat Merbok, Kedah) (ketawa).

S: Jadi inilah siapa Tan Sri sebenarnya. Kalau macam itu duit Tan Sri yang banyak itu buat apa?

HASSAN: Apa sahaja kemewahan yang ada, saya letak tepi untuk pendidikan anak-anak saya. Itu sahajalah yang akan mereka ada, pendidikan. Sama seperti bapa saya buat, tak ada harta benda apa pun, pelajaran sahaja.

S: Tapi jika mengambil kira itu pun, duit Tan Sri masih banyak?

HASSAN: Yalah, kita laburlah sikit sana sikit sini (ketawa).

S: Benarkah Tan Sri adalah CEO yang paling tinggi dibayar di Malaysia?

HASSAN: Persepsi kata Petronas bayar gaji tinggi sebenarnya tidak benar. Jika dibandingkan dengan kakitangan kerajaan lain, tinggilah sikit. Malah jika dibandingkan dengan naib-naib presiden saya gaji mereka tidak ke mana berbanding pegawai-pegawai kanan di bank-bank tempatan.

Kalau ahli lembaga pengarah, dapat RM3,000 sahaja sebulan, itu pun saya baru naikkan, sebelum ini hanya RM1,000 sebulan sahaja.

Pengerusi Petronas (yang dipegang oleh Allahyarham Tan Sri Azizan Zainol Abidin) hanya RM5,000 sahaja sebulan.

Saya pernah katakan kepada kakitangan saya, siapa yang sanggup berkhidmat dengan Petronas ialah jenis orang yang luar biasa. Mereka ini, terutamanya di peringkat senior mempunyai semangat nasionalisme dalam darah mereka. Berkhidmat untuk negara. Saya datang dari sektor swasta, ada orang kata apa bodoh sangat masuk kerajaan. Tapi saya kata ini adalah untuk negara dan saya mendapat kepuasan kerana saya dapat bagi balik kepada negara. Cabaran hari ini ialah untuk mendapatkan anak-anak muda dalam organisasi ini, untuk berkongsi dengan jenis orang yang luar biasa itu. Kerana generasi muda ini, dia semua nak cepat, nak tengok material.

Jika sekarang kita kakitangan dan dinaikkan pangkat sebagai naib presiden, dia kena berhenti sebagai kakitangan Petronas dan masuk dalam skim kontrak selama tiga tahun. Apa yang dia nikmati sebagai kakitangan dulu termasuk faedah-faedah persaraan dalam KWSP dipindahkan ke skim kontrak.

Jumlah kakitangan Petronas, termasuk anak syarikat Malaysia International Shipping Corporation Berhad (MISC) sekarang 20,000 termasuk luar negara semua sekali 25,000.

Pada masa yang sama, saya juga ingin menafikan bahawa Petronas tidak pernah menyiarkan penyata kewangannya. Walaupun, kami bukan syarikat senaraian awam tetapi kami mengeluarkannya dan menyiarkan dalam laman web, bahan bercetak yang kemudiannya diagih-agihkan. Petronas diberikan penarafan kerana ia memudahkan kami membuat pinjaman untuk operasi.

S: Tan Sri ada jet Petronas, tapi jika menggunakan penerbangan komersial, adakah Tan Sri turun gred ke kelas perniagaan?

HASSAN: Saya tidak turun gred ke kelas perniagaan, saya kekal di kelas pertama kerana dua sebab. Pertama, saya boleh sampai ke London dan terus bekerja, jadi saya nak ambil peluang untuk tidur dalam pesawat, kedua, kedudukan yang saya bawa. Kalau tidak naik kelas pertama dan naik kelas perniagaan orang akan perhati dan you adalah CEO Petronas, ini soal imej dan persepsi orang, itu kena jaga juga.

Tapi jika saya pergi London atas urusan peribadi dan bersama keluarga, mungkin saya pergi ekonomilah.

S: Tan Sri ini betul-betul kedekutlah?

HASSAN: Kalau nak kata kedekut, kedekutlah. Kita kena bagi tahu anak-anak kita benda ini susah, bukan dapat mudah, dapat pi London dan naik kapal terbang itu sudah cukup baik. Ia adalah bagaimana kita membentuk minda mereka, kalau tidak depa ingat kita dapat senang-senang saja. Anak saya ada empat orang, dua masih kecil darjah enam dan tingkatan tiga, seorang di universiti habis tahun depan dan seorang lagi dah kahwin.

Kita pernah nampak, Tan Sri bawa bungkusan dalam plastik ulam dari rumah ke meja makan semasa berbuka puasa dengan para wartawan. Nampaknya Tan Sri adalah peminat ulam?

HASSAN: Betul, saya suka makan ulam. Ulam raja, pucuk janggus (gajus), pucuk putat. Saya tanam sendiri, pokok munggai pun ada di rumah. Di pejabat setiap hari, saya makan nasi bekal. Isteri saya masak dan dihantar ke pejabat. Kalau saya keluar makan tengah hari, habis banyak masa. Puas makan makanan dari rumah, ada gulai ikan ka, dan macam-macam lagi, puaslah. Kerana kadang-kadang kita pun ada macam-macam majlis dan makan malam yang perlu hadir, jadi tengah hari kita ambil kesempatan makan lauk dari rumahlah, sambal ikan kering mesti kena ada (ketawa).

Aku sangat suka dengan Tan Sri Hassan Marican. Untuk rekod, sekarang Tan Sri sekarang berkhidmat di Singapura (SembCorp Industries). Apa-apa pun Tan Sri, saya cukup kagumi anda!



Dibebelkan oleh c Lisa Ali at Tuesday, April 19, 2011 0 pengomen  

Labels: Lisa Ali Cakap, Tan Sri Hassan Marican

RON95 juga bakal naik

Saturday, April 2, 2011

Assalamualaikum!

Kecoh pasal RON97 naik dan akan kecoh juga mengenai RON95 bakal naik. Alamak, aku ni pengguna RON95

Sebelum aku meluahkan pendapat peribadiku mengenai harga minyak makin hari mahal ini, elok aku tanya mengenai satu soalan. Bila banyak permintaan terhadap satu-satu produk, maka harga akan tinggi. Bila kurang permintaan, harga turun. Betul kan?

Aku suka dengan Tan Sri Hassan Marican. Beliau seorang yang rendah diri biarpun gelaran sebagai Presiden Petronas satu ketika dulu boleh dijadikan alasan untuk angkuh. Tapi dia tidak..

Aku ingat lagi ketika beliau di wawancara oleh RTM mengenai isu kenaikan minyak dan peranan Petronas dalam mengekang kenaikan harga minyak tersebut.

Dulu aku juga bangkang dengan kenaikan minyak. Ketika itu aku masih menuntut di semenanjung. Ada beberapa pilihan kalau aku mau ke KL.
1) dari kolej--teksi--KTM--TEKSI--ke kolej
2) dari kolej--tumpang motor kawan--KTM--tumpang motor kawan-kolej
3) dari kolej--naik bas ke kajang--naik bas ke kl-naik bas ke kajang-ke kolej
4) bawak kreta kawan ke kl

Zaman aku mula belajar dulu, harga tambang teksi ke stesen KTM terdekat adalah RM6. Pas tu naik, RM7 RM8, RM9. Itu belum campur perbelanjaan aku transport menaiki LRT (kalau aku mau cepat, memang kena naik transport awam. kalau sekadar jalan2, aku prefer jalan kaki).

Mulai dari situ, aku ikuti perkembangan kenaikan minyak. Baca komen-komen pihak yang tidak berpuas hati dengan kenaikan ini. Semangat membakar untuk marah dan mencaci pihak kerajaan dan Petronas. Bila marah menguasai diri, segala benda baik yang pernah ditaburkan kepada kita, kita akan lupa.

Bila naik barang-barang, kita terus melenting... Zaman teknologi semakin canggih. Banyak bahan bacaan sama ada baik atau tidak, senang kita capai. Aku baca pelbagai blog, pelbagai forum mengenai berita minyak. Bila 'muncul' pandangan dari bekas Presiden Petronas sendiri, aku mula terfikir.

Seperti yang kita ketahui, dulu negara kita adalah pengeluar biji timah. Itu zaman 1900 dan akhirnya sumber biji timah telah pun habis 100 tahun kemudian. Apa yang berlaku pada zaman tersebut. Permintaan terhadap biji timah sangat tinggi dan harganya melambung tinggi. Dalam tempoh itu juga, petroleum ditemui untuk menggantikan bijih timah sebagai sumber bahan bakar. Kedua-dua bahan bakar tersebut tidak boleh di recycle dan lama kelamaan, sumber petroleum akan habis juga.

Sejak tahun 2008, pengeluaran minyak negara kita telah menyusut tetapi permintaan terhadap bahan mentah tersebut semakin tinggi. Secara logiknya, bila permintaan tinggi barang kurang, harga juga akan naik. Konsep itu diguna pakai sejak zaman purba lagi. Siapa tak setuju? Konsep ini aku yakin betul :P

Banyak pihak berkata "kenapa kita tidak guna sahaja minyak yang kita dapat dan jangan di export ke luar negara?" Sumber pendapatan terbesar negara kita masih dari petroleum. Jual beli minyak. Ada orang negara-negara yang mahu memakai minyak kita, takkan kita tak jual? Macam aku contohnya, kalau aku ada ladang pisang yang cantik hasilnya dan cukup untuk menampung kehidupanku, tapi pihak pertanian mau membeli sedikit dari hasil tersebut. Aku mau jual kah? Memang aku akan jual. Untungnya, boleh beli handphone canggih-canggih, kereta besar-besar (contoh yang sangat buruk la Lisa...)

Minyak Malaysia adalah minyak jenis tapis dan nilai minyak ini adalah tinggi jika dibandingkan dengan minyak yang kita import. Kita jual minyak kita dan kita beli minyak asing untuk kegunaan kita sehari-hari. Petronas kita hanya mempunyai 3 penapis minyak iaitu di Kerteh, Terengganu yang hanya boleh menampung 256,000 tong sehari atau 47% daripada jumlah keluaran negara dan 53% lagi adalah dari loji penapis syarikat antabangsa seperti Shell, Exxon-Mobil. Jumlah kegunaan kita secara purata adalah 520,000 tong sehari. Logiknya, cukup kah kegunaan minyak kita jika kita tidak bergantung kepada penapis dari negara luar? Maka dengan itu berlaku lah jual beli antara negara kita dengan negara asing. Syukur alhamdulillah, negara kita dianugerahkan minyak bermutu tinggi untuk menampung perbelanjaan kita

Siapa Malaysia, siapa Petronas untuk mengekang naik turun harga minyak di pasaran dunia? Kita kena ingat, Petronas memegang sejumlah 30% dari harga jualan runcit tempatan manakala selebihnya dipeganng oleh syarikat asing. Jika petronas dikehendaki menyerap kenaikan harga minyak atau menanggung secara langsung subsidi minyak, ini bermakna ia memberi subsidi kepada syarikat minyak asing. Umpama kita kaya minyak tapi hasilnya keistimewaan orang asing yang akan dapat.

Tapi aku rasa memang orang Malaysia ini sangat 'pemurah'. Aku tujukan kata-kata pemurah kepada pihak yang tidak bertanggungjawab suka seludup-seludup barang-barang telah disubsidikan. Bila kerajaan kata subsidi dikurangkan, melenting, minyak naik pun melenting walhal kesenangan telah banyak dibagi tapi SELINGKUH.

Untuk mereka yang selalu sangat memaki dan mempunyai otak yang singkat bagus kamu timbangkan dulu makian kamu terhadap kenaikan minyak. Betulkah perasaan amarah kamu tu terhadap isu kenaikan minyak? Dunia semakin tua, hasil bumi yang datang berjuta-juta tahun lalu hampir habis tapi kamu masih lagi inginkan harga minyak itu kekal sedangkan sumbernya adalah terhad. Sudah lah. Jangan buat propaganda dengan memutar belit isu ini. Kita balik pada yang asal. Cari fakta dari Unit Perancang Ekonomi Negara, banyakkan membaca mengenai faktor harga pasaran minyak, harga komuditi, gula dan barang-barang runcit dunia. Sedarkah kita kebanyakkan kita jarang membaca mengenai isu-isu semasa. Oh.. isu mengenai artis, sex atau lebih mengenai hiburan, cepat kita amek tahu.. :)

Aku bukan seorang yang pandai. Aku orang awam yang secara dasarnya tidak layak pun mengomen pasal kenaikan harga minyak sebab aku tidak bekerja dalam sektor tersebut tapi aku adalah pengguna jalan raya, pengguna kereta berminyakkan petroleum! Jadi, aku ada hak komen pasal kenaikan minyak. Seperti wawancara dari Tan Sri Hassan Marican dalam Utusan Malaysia (1/7/2007) 'TUHAN MASIH SAYANGKAN KITA'. Tolong, bersyukur dan redha dengan kenaikan minyak daripada melayan sakit hati kenaikan harga minyak dipasaran dunia.

Aku mau kongsi pendapat spontanku dari facebook myTawau. Sebenarnya di situ aku kecewa dengan sesetengah user yang sesuka hati bercakap marah mengenai kenaikan minyak. Memang ada cacat-celanya pendapat ku d situ. Macam aku katakan di awal komenku Bila banyak permintaan terhadap satu-satu produk, maka harga akan tinggi Ini komen ku. Boleh buat entry baru ni sebenarnya tapi biarla.. untuk Man Sapurata, tahniah komen anda buat aku membebel di situ. Lain kali, kalau mau cakap, sila sediakan fakta.. Lagi satu, aku bukan tahu segalanya tapi aku cakap dari bahan bacaanku.

#
Lisa Ali Teeetttt.... saya ada pertanyaan untuk mereka di sini. Siapa sini pakai kreta Impreza, Range Rover, Evo, Type-R, Merc dan sewaktu dengannya (enjin 2.5 dan ke atas)? Kalau anda semua setakat kancil, proton, corolla, vios ,myvi, viva bagus ketawakan diri anda sebab kereta anda sangat sesuai pakai RON95. Lagipun, di Tawau kebanyakkan minyak yang dijual adalah RON95 dan diesel. Makanya kerajaan bagi pilihan samaada pakai RON97 dan RON95. Butirannya ada di http://lisaalicakap.blogspot.com/2011/04/maklumat-ringkas-mengenai-ron97-dan.html
19 hours ago · LikeUnlike · 3 peopleJeannie Lyana and 2 others like this.
#
Man Sapurata ya pren,kau sak la yg tau smua ny tp kau ada pikir knderaan2 yg punggah brg jauh mcm range rover cthny.drng mau cover minyk scara ndak lgsung brg2 yg d bawa up la hrga ny,ndak kn mau pggah sayur dr ranau pkai kancil@proton?pikir blk....
19 hours ago · LikeUnlike · 1 personVanette Acab likes this.
#
Lisa Ali hahahahaha...!! lucunya. selagi ko ndak pakai ron97 ndak payah ko bising-bising. ko cakap pasal range rover yang angkat sayur? Itu 4x4 yah pakai enjin diesel. Ada jugak range rover yang pakai petrol dan RON97 adalah Range Rover yang mewah, Boleh ba kancil angkat sayur2..power ba tuh..ekekeke...bukan aku tau semuanya dan itu bukan soalnya.aku berkongsi apa yang aku tau.. jadi jangan la ba marah..
18 hours ago · LikeUnlike · 1 personGreen Peace likes this.
#
Man Sapurata pusing mcmn pn blk p kta jgk rkyt ni,mcm ndak nmpk kesan ny kan?kapal trbang kau ingt pkai RON95 ka diesel?brg2 yg d bwa dr smenanjung plk?blk p pgguna jgk,kita la pgguna....
18 hours ago · LikeUnlike
#
Man Sapurata bkn marahhh,pndpt masing2.nma pn ngara demokrasi,rkyat d dahulukan....tp drng ckp 97 ni power dr 95,skali skala mau jgk try tp klu hrga naik trus mmg ndakda can la...nsib baik ndak blh isi air masin,hehehe...
18 hours ago · LikeUnlike
#
Ervin Darna Wahyudi Lisa Ali; bkn kmi ckp pakai keta2 mewah yg saudari tulis tu.. tp saudari kena pikir jgk klu sdh kenaikan hrga mnyk ni otomatik barang harian pn akn naik.. saudari tgk sak... hrga ayam naik... bila d soal sbb apa naik.. sbb tsunami konon... apa kena mengena tsunami dgn kenaikan hrga aym d malaysia... jd saudari renung2kn lah ya..
17 hours ago · LikeUnlike
#
Zie Zietss tmbah sengsara larh rakyat..klo yng keja gov...ndak jgk rasa betul sbb ada "subsidi"...klo mnyak nek baru gaji nek jgk..dak pa2.lah..adedededde...klo bgi...pake beskal larh.....jimat+sihat..:)
16 hours ago · LikeUnlike
#
Abdullah Assegaf
ToLonG La.. BaLik2 naik.. Turun Jgn Harap la~
15 hours ago · LikeUnlike
#
Lisa Ali
suda melalut cerita pasal kapal terbang..Kapal terbang atau jet menggunakan bahan bakar yang khas untuk sistem enjin mereka dan tentunya ia bukan bidangku untuk mengkaji jenis-jenis minyak yang digunakan oleh kapal terbang dan sudah tentu b...ukan diesel dan RON97.. Minyak kapal terbang juga sudah diberi subsidi oleh kerajaan. Kalau tidak, kita takkan rasa nikmat melancong ke luar negara atau dalam negara. Hahahahaa .c Man Sapurata. Gini sak, RON97 adalah kegunaan end user untuk kebanyakkan enjin 2.5 dan ke atas. Yang lucu nya, kebanyakkan orang yang bukan pengguna RON97 pulak bising sendangkan bukan minyak RON95 yang naik. Ok.. Itu satu point. Tuk Ervin Dar Wahyudi, barang2 harga terkawal seperti gula dan beras tidak naik OTOMATIK/SERENTAK sebagai mana dakwa saudara. Kerajaan hanya mengumumkan kenaikan harga RON97 sahaja. Cuba fikir kebaikan kerajaan apungkan harga minyak RON97 di pasaran dunia manakala harga RON95 cuba dikekalkan? Saya beri contoh jelas..Bagaimana nanti nasib kereta nasional kita jika cukai AP dimansuhkan pada tahun 2015? Untuk mengekang lambakan kereta import dan menyelamatkan kereta nasional, kerajaan ada acara sendiri ke arah tersebut. Kenaikan harga juga didorong dengan penyusutan sumber di Malaysia. Untuk pengetahuan semua, Ex-CEO Petronas Tan Sri Hassan Marican telah meramalkan bahawa"Menjelang tahun 2010, pengeluaran akan berkurangan kepada 300,000 tong sehari tetapi ketika ini kita mempunyai pengeluaran baru. Pengeluaran akan jatuh sebanyak 15 peratus setahun menjelang tahun 2011. Bermula tahun 2014, pengeluaran akan jatuh sebanyak 10 peratus setahun. Nasib kita jumpa (medan minyak) di laut dalam pada tahun 2002. Tuhan, masih sayangkan kita." Utusan Malaysia 1/7/2007. Jika kita tidak jumpa telaga minyak, BERKEMUNGKINAN semua jenis bahan bakar akan naik lebih tinggi dari sekarang. Saya dulu seperti anda, marah dengan kenaikan baran tapi bila saya cari punca kenapa kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak, saya terpaksa akur dengan keadaan dunia sekarang. Nak saya ulas mengenai harga ayam pula? Saya rasa tak perlu sebab belum tentu tulisan saya akan dibaca sampai sini. Sedar tak sedar, saya terlampau banyak membebel. Ntah di baca atau tidak...

****************************

Aku tidak bersembunyi mengenai siapa diriku. Ni adalah blog peribadiku. Kalau ada yang tak puas hati, dipersilakan komen di sini.. Dengan ni, ia boleh menjana pengetahuanku dan apa yang silap boleh diperbetulkan. Bye :)

Dibebelkan oleh c Lisa Ali at Saturday, April 02, 2011 2 pengomen  

Labels: punca utama kenaikan harga minyak, Tan Sri Hassan Marican

Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License

Creative Commons License