Assalamualaikum!
Kecoh pasal RON97 naik dan akan kecoh juga mengenai RON95 bakal naik. Alamak, aku ni pengguna RON95
Sebelum aku meluahkan pendapat peribadiku mengenai harga minyak makin hari mahal ini, elok aku tanya mengenai satu soalan. Bila banyak permintaan terhadap satu-satu produk, maka harga akan tinggi. Bila kurang permintaan, harga turun. Betul kan?
Aku suka dengan Tan Sri Hassan Marican. Beliau seorang yang rendah diri biarpun gelaran sebagai Presiden Petronas satu ketika dulu boleh dijadikan alasan untuk angkuh. Tapi dia tidak..
Aku ingat lagi ketika beliau di wawancara oleh RTM mengenai isu kenaikan minyak dan peranan Petronas dalam mengekang kenaikan harga minyak tersebut.
Dulu aku juga bangkang dengan kenaikan minyak. Ketika itu aku masih menuntut di semenanjung. Ada beberapa pilihan kalau aku mau ke KL.
1) dari kolej--teksi--KTM--TEKSI--ke kolej
2) dari kolej--tumpang motor kawan--KTM--tumpang motor kawan-kolej
3) dari kolej--naik bas ke kajang--naik bas ke kl-naik bas ke kajang-ke kolej
4) bawak kreta kawan ke kl
Zaman aku mula belajar dulu, harga tambang teksi ke stesen KTM terdekat adalah RM6. Pas tu naik, RM7 RM8, RM9. Itu belum campur perbelanjaan aku transport menaiki LRT (kalau aku mau cepat, memang kena naik transport awam. kalau sekadar jalan2, aku prefer jalan kaki).
Mulai dari situ, aku ikuti perkembangan kenaikan minyak. Baca komen-komen pihak yang tidak berpuas hati dengan kenaikan ini. Semangat membakar untuk marah dan mencaci pihak kerajaan dan Petronas. Bila marah menguasai diri, segala benda baik yang pernah ditaburkan kepada kita, kita akan lupa.
Bila naik barang-barang, kita terus melenting... Zaman teknologi semakin canggih. Banyak bahan bacaan sama ada baik atau tidak, senang kita capai. Aku baca pelbagai blog, pelbagai forum mengenai berita minyak. Bila 'muncul' pandangan dari bekas Presiden Petronas sendiri, aku mula terfikir.
Seperti yang kita ketahui, dulu negara kita adalah pengeluar biji timah. Itu zaman 1900 dan akhirnya sumber biji timah telah pun habis 100 tahun kemudian. Apa yang berlaku pada zaman tersebut. Permintaan terhadap biji timah sangat tinggi dan harganya melambung tinggi. Dalam tempoh itu juga, petroleum ditemui untuk menggantikan bijih timah sebagai sumber bahan bakar. Kedua-dua bahan bakar tersebut tidak boleh di recycle dan lama kelamaan, sumber petroleum akan habis juga.
Sejak tahun 2008, pengeluaran minyak negara kita telah menyusut tetapi permintaan terhadap bahan mentah tersebut semakin tinggi. Secara logiknya, bila permintaan tinggi barang kurang, harga juga akan naik. Konsep itu diguna pakai sejak zaman purba lagi. Siapa tak setuju? Konsep ini aku yakin betul :P
Banyak pihak berkata "kenapa kita tidak guna sahaja minyak yang kita dapat dan jangan di export ke luar negara?" Sumber pendapatan terbesar negara kita masih dari petroleum. Jual beli minyak. Ada orang negara-negara yang mahu memakai minyak kita, takkan kita tak jual? Macam aku contohnya, kalau aku ada ladang pisang yang cantik hasilnya dan cukup untuk menampung kehidupanku, tapi pihak pertanian mau membeli sedikit dari hasil tersebut. Aku mau jual kah? Memang aku akan jual. Untungnya, boleh beli handphone canggih-canggih, kereta besar-besar (contoh yang sangat buruk la Lisa...)
Minyak Malaysia adalah minyak jenis tapis dan nilai minyak ini adalah tinggi jika dibandingkan dengan minyak yang kita import. Kita jual minyak kita dan kita beli minyak asing untuk kegunaan kita sehari-hari. Petronas kita hanya mempunyai 3 penapis minyak iaitu di Kerteh, Terengganu yang hanya boleh menampung 256,000 tong sehari atau 47% daripada jumlah keluaran negara dan 53% lagi adalah dari loji penapis syarikat antabangsa seperti Shell, Exxon-Mobil. Jumlah kegunaan kita secara purata adalah 520,000 tong sehari. Logiknya, cukup kah kegunaan minyak kita jika kita tidak bergantung kepada penapis dari negara luar? Maka dengan itu berlaku lah jual beli antara negara kita dengan negara asing. Syukur alhamdulillah, negara kita dianugerahkan minyak bermutu tinggi untuk menampung perbelanjaan kita
Siapa Malaysia, siapa Petronas untuk mengekang naik turun harga minyak di pasaran dunia? Kita kena ingat, Petronas memegang sejumlah 30% dari harga jualan runcit tempatan manakala selebihnya dipeganng oleh syarikat asing. Jika petronas dikehendaki menyerap kenaikan harga minyak atau menanggung secara langsung subsidi minyak, ini bermakna ia memberi subsidi kepada syarikat minyak asing. Umpama kita kaya minyak tapi hasilnya keistimewaan orang asing yang akan dapat.
Tapi aku rasa memang orang Malaysia ini sangat 'pemurah'. Aku tujukan kata-kata pemurah kepada pihak yang tidak bertanggungjawab suka seludup-seludup barang-barang telah disubsidikan. Bila kerajaan kata subsidi dikurangkan, melenting, minyak naik pun melenting walhal kesenangan telah banyak dibagi tapi SELINGKUH.
Untuk mereka yang selalu sangat memaki dan mempunyai otak yang singkat bagus kamu timbangkan dulu makian kamu terhadap kenaikan minyak. Betulkah perasaan amarah kamu tu terhadap isu kenaikan minyak? Dunia semakin tua, hasil bumi yang datang berjuta-juta tahun lalu hampir habis tapi kamu masih lagi inginkan harga minyak itu kekal sedangkan sumbernya adalah terhad. Sudah lah. Jangan buat propaganda dengan memutar belit isu ini. Kita balik pada yang asal. Cari fakta dari Unit Perancang Ekonomi Negara, banyakkan membaca mengenai faktor harga pasaran minyak, harga komuditi, gula dan barang-barang runcit dunia. Sedarkah kita kebanyakkan kita jarang membaca mengenai isu-isu semasa. Oh.. isu mengenai artis, sex atau lebih mengenai hiburan, cepat kita amek tahu.. :)
Aku bukan seorang yang pandai. Aku orang awam yang secara dasarnya tidak layak pun mengomen pasal kenaikan harga minyak sebab aku tidak bekerja dalam sektor tersebut tapi aku adalah pengguna jalan raya, pengguna kereta berminyakkan petroleum! Jadi, aku ada hak komen pasal kenaikan minyak. Seperti wawancara dari Tan Sri Hassan Marican dalam Utusan Malaysia (1/7/2007) 'TUHAN MASIH SAYANGKAN KITA'. Tolong, bersyukur dan redha dengan kenaikan minyak daripada melayan sakit hati kenaikan harga minyak dipasaran dunia.
Aku mau kongsi pendapat spontanku dari facebook myTawau. Sebenarnya di situ aku kecewa dengan sesetengah user yang sesuka hati bercakap marah mengenai kenaikan minyak. Memang ada cacat-celanya pendapat ku d situ. Macam aku katakan di awal komenku Bila banyak permintaan terhadap satu-satu produk, maka harga akan tinggi Ini komen ku. Boleh buat entry baru ni sebenarnya tapi biarla.. untuk Man Sapurata, tahniah komen anda buat aku membebel di situ. Lain kali, kalau mau cakap, sila sediakan fakta.. Lagi satu, aku bukan tahu segalanya tapi aku cakap dari bahan bacaanku.
#
Lisa Ali Teeetttt.... saya ada pertanyaan untuk mereka di sini. Siapa sini pakai kreta Impreza, Range Rover, Evo, Type-R, Merc dan sewaktu dengannya (enjin 2.5 dan ke atas)? Kalau anda semua setakat kancil, proton, corolla, vios ,myvi, viva bagus ketawakan diri anda sebab kereta anda sangat sesuai pakai RON95. Lagipun, di Tawau kebanyakkan minyak yang dijual adalah RON95 dan diesel. Makanya kerajaan bagi pilihan samaada pakai RON97 dan RON95. Butirannya ada di http://lisaalicakap.blogspot.com/2011/04/maklumat-ringkas-mengenai-ron97-dan.html
19 hours ago · LikeUnlike · 3 peopleJeannie Lyana and 2 others like this.
#
Man Sapurata ya pren,kau sak la yg tau smua ny tp kau ada pikir knderaan2 yg punggah brg jauh mcm range rover cthny.drng mau cover minyk scara ndak lgsung brg2 yg d bawa up la hrga ny,ndak kn mau pggah sayur dr ranau pkai kancil@proton?pikir blk....
19 hours ago · LikeUnlike · 1 personVanette Acab likes this.
#
Lisa Ali hahahahaha...!! lucunya. selagi ko ndak pakai ron97 ndak payah ko bising-bising. ko cakap pasal range rover yang angkat sayur? Itu 4x4 yah pakai enjin diesel. Ada jugak range rover yang pakai petrol dan RON97 adalah Range Rover yang mewah, Boleh ba kancil angkat sayur2..power ba tuh..ekekeke...bukan aku tau semuanya dan itu bukan soalnya.aku berkongsi apa yang aku tau.. jadi jangan la ba marah..
18 hours ago · LikeUnlike · 1 personGreen Peace likes this.
#
Man Sapurata pusing mcmn pn blk p kta jgk rkyt ni,mcm ndak nmpk kesan ny kan?kapal trbang kau ingt pkai RON95 ka diesel?brg2 yg d bwa dr smenanjung plk?blk p pgguna jgk,kita la pgguna....
18 hours ago · LikeUnlike
#
Man Sapurata bkn marahhh,pndpt masing2.nma pn ngara demokrasi,rkyat d dahulukan....tp drng ckp 97 ni power dr 95,skali skala mau jgk try tp klu hrga naik trus mmg ndakda can la...nsib baik ndak blh isi air masin,hehehe...
18 hours ago · LikeUnlike
#
Ervin Darna Wahyudi Lisa Ali; bkn kmi ckp pakai keta2 mewah yg saudari tulis tu.. tp saudari kena pikir jgk klu sdh kenaikan hrga mnyk ni otomatik barang harian pn akn naik.. saudari tgk sak... hrga ayam naik... bila d soal sbb apa naik.. sbb tsunami konon... apa kena mengena tsunami dgn kenaikan hrga aym d malaysia... jd saudari renung2kn lah ya..
17 hours ago · LikeUnlike
#
Zie Zietss tmbah sengsara larh rakyat..klo yng keja gov...ndak jgk rasa betul sbb ada "subsidi"...klo mnyak nek baru gaji nek jgk..dak pa2.lah..adedededde...klo bgi...pake beskal larh.....jimat+sihat..:)
16 hours ago · LikeUnlike
#
Abdullah Assegaf ToLonG La.. BaLik2 naik.. Turun Jgn Harap la~
15 hours ago · LikeUnlike
#
Lisa Ali
suda melalut cerita pasal kapal terbang..Kapal terbang atau jet menggunakan bahan bakar yang khas untuk sistem enjin mereka dan tentunya ia bukan bidangku untuk mengkaji jenis-jenis minyak yang digunakan oleh kapal terbang dan sudah tentu b...ukan diesel dan RON97.. Minyak kapal terbang juga sudah diberi subsidi oleh kerajaan. Kalau tidak, kita takkan rasa nikmat melancong ke luar negara atau dalam negara. Hahahahaa .c Man Sapurata. Gini sak, RON97 adalah kegunaan end user untuk kebanyakkan enjin 2.5 dan ke atas. Yang lucu nya, kebanyakkan orang yang bukan pengguna RON97 pulak bising sendangkan bukan minyak RON95 yang naik. Ok.. Itu satu point. Tuk Ervin Dar Wahyudi, barang2 harga terkawal seperti gula dan beras tidak naik OTOMATIK/SERENTAK sebagai mana dakwa saudara. Kerajaan hanya mengumumkan kenaikan harga RON97 sahaja. Cuba fikir kebaikan kerajaan apungkan harga minyak RON97 di pasaran dunia manakala harga RON95 cuba dikekalkan? Saya beri contoh jelas..Bagaimana nanti nasib kereta nasional kita jika cukai AP dimansuhkan pada tahun 2015? Untuk mengekang lambakan kereta import dan menyelamatkan kereta nasional, kerajaan ada acara sendiri ke arah tersebut. Kenaikan harga juga didorong dengan penyusutan sumber di Malaysia. Untuk pengetahuan semua, Ex-CEO Petronas Tan Sri Hassan Marican telah meramalkan bahawa"Menjelang tahun 2010, pengeluaran akan berkurangan kepada 300,000 tong sehari tetapi ketika ini kita mempunyai pengeluaran baru. Pengeluaran akan jatuh sebanyak 15 peratus setahun menjelang tahun 2011. Bermula tahun 2014, pengeluaran akan jatuh sebanyak 10 peratus setahun. Nasib kita jumpa (medan minyak) di laut dalam pada tahun 2002. Tuhan, masih sayangkan kita." Utusan Malaysia 1/7/2007. Jika kita tidak jumpa telaga minyak, BERKEMUNGKINAN semua jenis bahan bakar akan naik lebih tinggi dari sekarang. Saya dulu seperti anda, marah dengan kenaikan baran tapi bila saya cari punca kenapa kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak, saya terpaksa akur dengan keadaan dunia sekarang. Nak saya ulas mengenai harga ayam pula? Saya rasa tak perlu sebab belum tentu tulisan saya akan dibaca sampai sini. Sedar tak sedar, saya terlampau banyak membebel. Ntah di baca atau tidak...
****************************
Aku tidak bersembunyi mengenai siapa diriku. Ni adalah blog peribadiku. Kalau ada yang tak puas hati, dipersilakan komen di sini.. Dengan ni, ia boleh menjana pengetahuanku dan apa yang silap boleh diperbetulkan. Bye :)
New Year?
1 week ago
2 pengomen:
Assalam alaikum
Ahoi Liz!
Harap-harap saya di-invite untuk membaca blogmu. Eh beberapa minggu yang lalu, saya ada cuba untuk buka blogmu Liz. Tetapi hanya untuk yang di-invite.
Liz, kenaikan minyak memang membuat kita pening. Tetapi kalau minyak wangi? Rasanya tiada yang pening kepala runsing merana. Harga minyak wangi berjenama hampir dengan harga minyak 1 barel (USD 100.++ per barrel).
Ya-ya. harga minyak naik. Dijangka naik lagi dalam jangka masa yang terdekat. Rakyat Malaysia bergantung sepenuhnya dengan minyak Liz (termasuk kau Liz)untuk tujuan mobilisasi aka bergentayangan dari satu point ke satu point. Liz, pemilikan kereta di Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia. Secara perkapita pemilikan kereta di Malaysia ialah 20 juta. Rakyat Malaysia hanya 28 juta. Lebih tinggi jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat dan Jerman. Nah, semakin memiliki lebih kereta semakin pening.
Liz, jangan bimbang, jangan risau, jangan khuatir. Jangan takut. Jika tiada yang membaca atau memberi lontaran komen terhadap coretan atau cericaumu di dalam blogmu, saya-lah yang akan membacanya dan melontarkan komen yang sepatutnya.
Liz, apa Encik Boy Freind-mu itu membaca atau mengomen blogmu? Siapa tahu secara "top secret" dia membaca dan menghayati spirit penulisan-mu.
Adieu...
Tuan,
Rupanya aku ada pembaca setia. :). Beberapa minggu lepas, aku mengalami krisis dalaman dan akhirnya aku buat keputusan untuk memindahkan kandungan blog ini. Akan hanya ada tulisan dan bebelanku mengenai keadaan semasa yang berlaku di sekeliling kita..
Aku cukup terkilan sebenarnya tuan ada sesetengah mereka menyalahkan satu pihak sahaja sedangkan mereka lupa apa yang berlaku sekarang adalah masalah bersama. Betul kata tuan, mengenai kereta. Kita ndak boleh halang rakyat negara ini membeli kereta yang banyak. Itu hak mereka kerana kuasa membeli di tangan mereka. Setelah penat bekerja, sudah tentu ada ganjaran khas untuk diri mereka.
Tapi bila minyak naik, semua menyalahkan satu pihak iaitu kerajaan sedangkan penyumbang kenaikan harga minyak adalah kita juga tetapi ada pihak tidak mahu meletakkan diri mereka sebagai penyebab dan punca benda ni berlaku. Kasihan kan? Aku cukup kasihan bila ada pihak yang cuba untuk tunjuk pandai tapi sebenarnya tidak.
Tuhan masih sayangkan kita. Bersyukur dan terimalah semua ini dengan hati yang terbuka.
Post a Comment