Assalamualaikum!
Fuhh.. Dah hampir seminggu kita menyambut raya. Tahun ni adalah tahun yang berbeza dari tahun sebelumnya. Kenapa?
1) Bulan puasa hingga bulan raya aku berada di Tawau.
2) Aku hanya ada sepasang baju raya.
3) Angpaw yang banyak aku terima
4) Kali pertama beraya bersama encik cina. Raya pertama encik cina setelah bergelar mualaf.
Aku mau cerita mengenai ketika malam raya. Setelah menyiapkan tempahan kuih makmur dan ke rumah atok, aku, adikku jima dan encik cina keluar mau shopping raya. Kira mau beli sepasang lagi baju kurung dan kasut untuk diri sendiri. Tak payah yang mahal, cukup untuk budget. Tapi apa yang mahu diharapkan kalau keluar rumah dekat jam 11 malam? Ingat ini macam Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) di KL tuh?
Pertama kami ke kedai kasut yang femes di Tawau iaitu Maradano. Kebetulan nak kembalikan kasut adik ku paling bongsu gara-gara terlampau kecil pulak dibelikan oleh abangnya. Aku dan jima sempat melihat mencari kasut untuk kami di situ tapi malangnya tiada yang berkenan di hati. Encik Cina pula ndak suka bersesak. Dia lagi rela tunggu kami di kereta dari membuntuti kami bersesak mencari barang.
Apa yang dicari tiada di situ. Kami pun beralih ke area Quong Ming sebab fikir sana meriah sebab banyak orang berjualan di situ. Bila aku sampai, semua anggapanku salah sama sekali. Orang sibuk mengemas jualan mereka. Jadi, kami pun mencari songkok untuk Encik cina sebab aku suda berjanji dengan dia untuk belikan dia songkok. Nasib ada saiz di kepalanya. Pas tu beralih ke gerai-gerai yang lain. Akhirnya terjumpa dengan Kak Lang, DJ Radio Malaysia Tawau. Aku memang tahu dia buka gerai di situ tapi ndak sangka Kak Lang telah menyelamatkan aku. Aku tiada tudung raya dan nasib baik ada selendang yang padan dengan warna bajuku. Kami sekali beli kerongsang yang banyak juga :). Harga terbaik yang Kak Lang bagi... Thnx kak Lang! Tahun depan Insya Allah ku buat lagi :). Pas tu kami pigi kedai kasut dekat KFC lama. Ada kasut yang aku berkenan ndak ada saiz. Geram-geram, kami pigi la masok KFC. Berakhirlah malam raya kami
Raya pertama aku sibuk masak untuk lauk hari raya. Lauk yang dimasak adalah daging masak dendeng, ayam masak merah, sambal goreng dan kari. The rest, mak aku masak. Sebelah petang baru ku jumpa encik cina. Plan awal, kami ke rumah sisMaya tapi oleh kerana keluarga aku datang, aku terpaksa tangguh keesokkan harinya. Kebetulan juga raya kedua baru sisMaya buat open house. Sampai rumah, sekali dengan kenduri doa selamat.
Raya kedua, aku pegi ngan family aku antar kazen aku g meminang. Then balek masak untuk cuzzie yang dari KK. Bukan 1 2 family, ramai okies. Aku sediakan mee kari. Asal ada dan cepat dimasak. Pas tu, aku, encik cina dan jima beraya di rumah sisMaya. Kebetulan dia buat makan-makan. Rendang superb! Sedap. Suda lepak-lepak di rumah sisMaya, kami pigi beraya 3 buah rumah. Si rina, macik si Heidi Jane dan rumah abang Imran MPT.
Raya ketiga aku menghabiskan masa dengan keluarga islam encik cina. lepak lama2 baru sebelah malam berjalan-jalan menghabiskan masa dengan jima dan encik cina.time tuh, aku macam berfikir banyakkkk... Aku tak sangka tak lama lagi dia akan sambung belajar. Be frank, biarpun aku ni kakak dari dia, tapi sikap ku agak kebudak-budakan.
SisMaya membuat kunjungan balas ke rumah pada raya keempat selepas pergi rumah terbuka Datuk Tawfiq. Tapi sayangnya family sisMaya, ndak dapat berkenalan ngan mak sebab mak pegi keluar beraya :)
Raya kelima, masih lagi berjalan2. SisMaya pula ada jemputan makan dengan keluarga Kee di Kompleks Sukan. Pas tu, kami culik sekejap sisMaya ngn sis Faridah. Bersama encik cina, kami ke rumah Datuk Hamisa sebab kami tak dapat pegi open house yang hari isnin..! Thnx datuk sebab masak sedap2 :) Sotong kangkung sama sambal pecal sangat sedap..
*p/s nanti update gambar raya. kejar masa online di cc. Currently aku berada di Kuching Sarawak! Buat apa aku di sini. Nanti aku cerita..
Cerita Raya :)
Tuesday, September 6, 2011
Dibebelkan oleh c Lisa Ali at Tuesday, September 06, 2011 0 pengomen
Labels: Lisa Ali Cakap, Raya 1432H
Shopping Raya di Tawau
Sunday, August 28, 2011
Assalamualaikum!
Penat sepenat penatnya..... Bukan sebab penat kemas rumah tapi penat berjalan menunggu jem di Tawau.
Iya, Tawau menjadi sesak! Jalan kecil tapi sungguh banyak kreta. Sini sana jem lebih-lebih lagi kalau area pasar. Parking, tak usah cerita kalau mau parking dekat dengan pasar. Memang pack dan sangat teruk jem nya. Tawau dah maju sebab banyak kreta. Jadi iklan di tv pasal perkongsian kereta itu diamalkan di Tawau.
Jadi, aku mengambil keputusan untuk parking di depan pejabat pos 2020 dan berjalan kaki ke pasar. Jarak ku berjalan, lebih kurang 1km ke pasar besar. Aku ke sana semata-mata membeli santan beberapa kilo. Takut bersesak pada hari ini (ahad) dan isnin. Bahan-bahan mentah yang lain, akan di beli oleh mak dan bapak aku. Pertama, aku mau beli tapi bilang dorang terlalu awal. Jadi, aku beli untuk keperluan diriku yang ku rasakan perlu untuk ku masak di pagi raya nanti. Oppss.. yang lucunya, time2 aku berjalan kaki, aku terserempak dengan encik cina yang kebetulan berada depan EON. Jadi, dia panggil dan kunun2 mau hantar aku ke pasar. Aku menolak tapi dia berkeras mau hantar, aku pon mengalah. Biar dia rasa jeraknya mau masuk ke jalan pasar! Dia lagi bawak kreta manual... Ada la setengah jam aku dalam kreta nya. Last-last serender dia mau masok pasar dan aku dengan rasa bangganya turun dari keretanya dan berjalan kaki ke pasar. Nahhh!!! Degil. Terus krem kakinya memijak clutch, break dan minyak :P
Sebelah petang, lebih kurang jam 5 lebih macam tu, aku dan adikku mengambil encik cina di opis. Kongsi kreta untuk shopping keperluan raya kami. Tapi itu bukan tujuan sebenar. Tujuan utama ialah membawa dia berjumpa amil untuk membayar zakatnya. Ini adalah kali pertama dia membayar zakat setelah masuk islam. Kami mencari amil keliling bandar tapi ndak jumpa. Macam mana mau jumpa. Amil pon mau bukak puasa! Dan kami pun pegi ke tempat bakso kegemaran kami iaitu Bakso Mas Joko di Takada. Pertama, kami pigi bertiga, sekalinya kami angkut adik bos kedua encik cina. Kebetulan kami terjumpa dengan dia di stesen minyak. Jadi, kami makan berempat di tempak bakso Mas Joko. Pas dari bukak puasa, baru kami bergerak ke Giant air manis untuk di hidang time raya. Di Giant baru kami bayar zakat. Sempat juga amil tu tanya apa hubungan kami berdua. Dengan selamba encik cina berkata "bini pun bukan, tunang pun bukan. Kami kawan baik tapi......." ada la sambungannya. Segan la nak cerita semua :P
Suda dari Giant, baru kami bergerak ke bandar Tawau. Aku ndak tau apa ku mau beli. Adikku suda beli barang-barangnya tapi aku macam xda mood mau beli barang. Encik cina pulak beli kasut kerja merangkap kasut raya katanya. Aku ke Miki dengan harapan adalah kasut yang boleh ku beli tapi malangnya tiada. Ok, aku pulang dengan tangan kosong. Vincci? Boleh la tapi sekadar mau window shopping.
Sebenarnya, aku tengah berfikir-fikir mau ganti tayar kereta ba ni... Ada orang kata keretaku jelek! Haisshh.. keretaku pon mau beraya jugak skali tapi ndak alang2 ongkosnya kalo si hitam mau dikasi raya... Haishh...asalkan kau boleh bawak kami berjalan cukup la ya Encik Lottong (nama keretaku)
*Aku masih berharap kalau NOSE ada di Tawau
Dibebelkan oleh c Lisa Ali at Sunday, August 28, 2011 3 pengomen
Labels: Lisa Ali Cakap, Raya 1432H
Raya 1432H
Wednesday, August 24, 2011
Assalamualaikum!
Ndak lama lagi raya. Persiapan raya ku, macam kurang pulak ni tahun. Puasa tu puasa juga tapi ndak ku sedar cepat betul masa berlalu.
Aku mau singkap kembali pengalamanku ketika belajar dulu.
Dulu aku belajar di semenanjung. Memang tiap-tiap raya aku mesti balek kampung. Tiket kapal terbang, tak usah cerita. Memang beli awal-awal takut tiket mahal. Kalau bernasib baik, aku guna perkhidmatan MAS la. Kalau kurang bernasib baik, aku naik AirAsia jak.
Aku adalah seorang student yang agak gila otaknya. Biasanya, aku cuti seminggu lebih awal dari student lain. Alasan? Aku cakap, aku sudah beli tiket pulang ke Sabah. Dan ini agak menyusahkan lecturer ku sebab kadang-kadang mereka akan buat test sebelum student pulang bercuti. Kerap kali aku ambil test lebih awal berbanding student lain dengan syarat, lepas aku amek test aku langsung ke airport dan dilarang berkomunikasi dengan student yang lain. Tapi aku sempat juga bagi hint dengan mereka melalui sms. Tapi ndak la cakap soalan apa yang keluar. Rugi la aku kalo semua aku kena cakap! Hahahahaha.. Jangan tiru aksi sebegini. Ini adalah contoh student engineering yang tidak bertanggungjawab!
Aku shopping raya di semenanjung. Sememangnya aku gila berbelanja untuk orang dan gila membeli selipar dan kasut. Kalau baju, aku kurang sikit sebab duitku habis ke tambang berjalan dan bukan untuk beli barang-barang peribadiku. Keluargaku mengetahui yang aku ni paling rajin ronda dan buat window shopping area-area KL dan Nilai. Pigi Downtown, Uptown, Pasar Malam, Shah Alam dan bermacam-macam tempat lagi aku daki dan atas sebab aku kaki jalan la mereka suka memesan barang dengan aku termasuklah barang perhiasan rumah.

Kalau sudah membeli barang mereka, sure barang-barang mereka la paling banyak dalam beg bagasi ku. Belum campur yang aku hand carry. Kawan-kawan aku di kolej pon pelik, macam tiada barang-barang tu di Tawau kan? Bukan ndak ada, ada tapi banyak samanya. At least, kalo beli jauh-jauh ni, ada keunikan dan peluang untuk sama dengan orang lain agak tipis. Itu la kadang-kadang family aku suka memesan barang dengan aku sebab aku ndak banyak songeh kalau di suruh. Iya, aku ndak banyak songeh KALAU time itu mood aku baik dan aku ada masa yang panjang untuk mencari barang-barang :)
Lagu kegemaran? Of course Balik Kampung dari Allahyarham Sudirman Hj Arshad! Bangun pagi, aku nyanyi lagu tuh, bersiap ke kelas nyanyi lagu tuh, dalam teksi aku nyanyi lagu tuh, dalam komuter aku nyanyi lagu tuh. Paling tak tahan aku pernah nyanyikan lagu tuh depan pramugari MAS time masuk ke dalam perut kapal terbang. Kata pramugari itu " Bestnye balik kampung.. :)"

Sampai jak di Tawau, perkara yang paling aku carik adalah makan buntut ayam bakar. Gerai Lantana KongFah menjadi pilihan ku sebab aku suka lada dan buntut ayam abang itu bakar. Kekadang aku dapat extra :). Biar aku suka beli di situ tapi sampai sekarang aku ndak tanya siapa nama abang itu. :)
Dengan itu, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog Elmo yang jelek ini. Aku manusia biasa yang tidak lari dari buat silap. Hati-hati di jalan raya dan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Hingga berjumpa lagi...
Kongsi: Gambar di bawah diambil time kami beramai-ramai buka puasa di Sungai Nyamuk. On the spot punya program oleh Datuk Jeffry dan Encik Mansur (PM Studio) bersama krew drama Boh Jan Tuah!




Dibebelkan oleh c Lisa Ali at Wednesday, August 24, 2011 0 pengomen
Labels: Lisa Ali Cakap, Raya 1432H, Raya 2010


