Assalamualaikum!
Ndak lama lagi raya. Persiapan raya ku, macam kurang pulak ni tahun. Puasa tu puasa juga tapi ndak ku sedar cepat betul masa berlalu.
Aku mau singkap kembali pengalamanku ketika belajar dulu.
Dulu aku belajar di semenanjung. Memang tiap-tiap raya aku mesti balek kampung. Tiket kapal terbang, tak usah cerita. Memang beli awal-awal takut tiket mahal. Kalau bernasib baik, aku guna perkhidmatan MAS la. Kalau kurang bernasib baik, aku naik AirAsia jak.
Aku adalah seorang student yang agak gila otaknya. Biasanya, aku cuti seminggu lebih awal dari student lain. Alasan? Aku cakap, aku sudah beli tiket pulang ke Sabah. Dan ini agak menyusahkan lecturer ku sebab kadang-kadang mereka akan buat test sebelum student pulang bercuti. Kerap kali aku ambil test lebih awal berbanding student lain dengan syarat, lepas aku amek test aku langsung ke airport dan dilarang berkomunikasi dengan student yang lain. Tapi aku sempat juga bagi hint dengan mereka melalui sms. Tapi ndak la cakap soalan apa yang keluar. Rugi la aku kalo semua aku kena cakap! Hahahahaha.. Jangan tiru aksi sebegini. Ini adalah contoh student engineering yang tidak bertanggungjawab!
Aku shopping raya di semenanjung. Sememangnya aku gila berbelanja untuk orang dan gila membeli selipar dan kasut. Kalau baju, aku kurang sikit sebab duitku habis ke tambang berjalan dan bukan untuk beli barang-barang peribadiku. Keluargaku mengetahui yang aku ni paling rajin ronda dan buat window shopping area-area KL dan Nilai. Pigi Downtown, Uptown, Pasar Malam, Shah Alam dan bermacam-macam tempat lagi aku daki dan atas sebab aku kaki jalan la mereka suka memesan barang dengan aku termasuklah barang perhiasan rumah.
Kalau sudah membeli barang mereka, sure barang-barang mereka la paling banyak dalam beg bagasi ku. Belum campur yang aku hand carry. Kawan-kawan aku di kolej pon pelik, macam tiada barang-barang tu di Tawau kan? Bukan ndak ada, ada tapi banyak samanya. At least, kalo beli jauh-jauh ni, ada keunikan dan peluang untuk sama dengan orang lain agak tipis. Itu la kadang-kadang family aku suka memesan barang dengan aku sebab aku ndak banyak songeh kalau di suruh. Iya, aku ndak banyak songeh KALAU time itu mood aku baik dan aku ada masa yang panjang untuk mencari barang-barang :)
Lagu kegemaran? Of course Balik Kampung dari Allahyarham Sudirman Hj Arshad! Bangun pagi, aku nyanyi lagu tuh, bersiap ke kelas nyanyi lagu tuh, dalam teksi aku nyanyi lagu tuh, dalam komuter aku nyanyi lagu tuh. Paling tak tahan aku pernah nyanyikan lagu tuh depan pramugari MAS time masuk ke dalam perut kapal terbang. Kata pramugari itu " Bestnye balik kampung.. :)"
Sampai jak di Tawau, perkara yang paling aku carik adalah makan buntut ayam bakar. Gerai Lantana KongFah menjadi pilihan ku sebab aku suka lada dan buntut ayam abang itu bakar. Kekadang aku dapat extra :). Biar aku suka beli di situ tapi sampai sekarang aku ndak tanya siapa nama abang itu. :)
Dengan itu, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog Elmo yang jelek ini. Aku manusia biasa yang tidak lari dari buat silap. Hati-hati di jalan raya dan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Hingga berjumpa lagi...
Kongsi: Gambar di bawah diambil time kami beramai-ramai buka puasa di Sungai Nyamuk. On the spot punya program oleh Datuk Jeffry dan Encik Mansur (PM Studio) bersama krew drama Boh Jan Tuah!
0 pengomen:
Post a Comment