Assalamualaikum...
Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam yang membaca blog ini. Agak ketinggalan sikit kan tapi hari-hari terakhir ramadhan ini, ramai orang ingin mengejar malam Lailatul Qadar khususnya pencinta Ramadhan. Betulkan?
Hari-hari ku agak sibuk sikit. Jarang update blog. Balek kerja, lepas makan, terus tidur dan bangkit dari tidur, fikir hari ni mau buat apa. Tugas semalam jarang aku bawak di hari baru kecuali kalau betul-betul susah mau siapkan pada hari yang sama. Buat masa sekarang, badan ndak penat sangat tapi otak yang penat memerah tenaga untuk berfikir. Maklumlah, dah lama otak ni tidak menyerap pendidikan formal. Hehehe..
Mau cakap persedian raya. Aku tengok ramai orang sibuk update gambar iftar, gambar beli baju baru, kasut baru. Secara telus, aku langsung tiada perasaan untuk berbelanja sempena raya. Mungkin raya ku tidak semeriah dulu. Dulu aku beraya di Tawau dan ini adalah tahun pertama aku ndak balek dan kunun mau rasa beraya di perantauan. Mau rasa juga bagaimana adik ku yang kedua ndak balek raya selama 4 tahun berturut-turut. Bukan mak abah ndak mampu belikan tiket untuk dia tapi dia rasa ndak berbaloi balek sekejap. Mak aku pun tanya aku berkali-kali "betul ndak pulang raya?". Aku amek keputusan ndak la balek. Memandangkan cuti yg dibagi kompeni hanya 3 hari sahaja. Aku masih ada baki cuti lagi, so aku rasa better aku simpan smpai hujung tahun ni. Manatau aku home sick gila babi mau pulang. Bisa cuti lama-lama :p
Aku rasa mahu buat buras sempena raya. Untung sebab aku selalu jugak tolong mak aku buat buras dekat-dekat mau raya. Tau la sikit-sikit macam mana buat buras dan cara mengikat buras. Buras mak aku pelbagai. Kalau aku ingat balek, si Salleh pernah ajuk aku "tahun ni buat buras bentuk apa? Rectangular ka atau square??" Macam mengolok-olok ba dia tuh. Ekekeke.. Tapi aku rasa, aku mau buat buras bentuk rectangular la. Senang sikit mau isi nasi sama ikat buras. Harap-harap, adalah daun di semanjung ni. Kalo ndak, paksa mintak pos daun dari Tawau? Asi ka??? :p
Petang sikit, aku amek macikku di Bangi. Kebetulan dia course di sini. Jadi, malam ni dia akan bermalam di rumah dan awal pagi bisuk, dia kena terbang semula ke Tawau. Haii la.. Macam mau sedih suda aku tau. Tapi ndak apa lah. Ada jugak mamakku kirimkan aku mee kering dari Tawau, pecal sama udang kering. Bisa buat mee rojak kalo raya nanti. Ala, jamuan kecil-kecilan. Raikan Syawal yang bakal menjelang. Insya Allah.
Nanti dari masa ke semasa bisa update lagi. Aku mau sambung kerja. Sekarang ni aku pun ndak tau mau buat apa. Kerja suda siap. Bos keluar. Meeting mengkali. Jadi, ada masa update blog. :)
Salam
Malahah
1 week ago
0 pengomen:
Post a Comment