Assalamualaikum.
Hampir 2 minggu blog ku tidak ku jengah. Aku agak sibuk kebelakangan ini. Benda baru kena belajar dengan cepat sebab aku agak baru dalam dunia telekomunikasi ini. Mujur kawan-kawan sepejabat memberi semangat agar aku tidak menyerah dengan cepat. Begitu juga bos ku yang banyak membantu dan amat memahami keperluan dan masalah. Terima kasih semua.
Seminggu di Johor Bahru banyak menguji kesabaranku. Dan akhirnya aku pulang semula ke Selangor dan menyambung kerja di sini dan sudah pasti aku amat bersyukur. Biarlah aku rugi dari segi wang ringgit tapi sekurang-kurangnya aku bisa mendalami skop kerjaku dengan lebih baik di sini. Dekat dengan bos dan kawan-kawan yang lebih berpengalaman dalam bidang ini. Dan tentunya aku tidak mengalah.
So, hidup di area sini yang padat dengan manusia yang berlumba-lumba mencari rezeki sememangnya agak menyesakkan. Diaku pun berkata, ada kalanya dia mahu keluar dari sini dan bercuti tapi bagi aku, sinilah keamananku. Bising dengan hiruk pikuk kota dan kesibukan kerja bukan menjadi penghalang untuk aku menikmati hidupku sekarang. Hobi ku yang suka masak boleh ku teruskan di masa sengkangku. Kenyangkan perut mereka di sekelilingku boleh membuat aku rasa bahagia.
Dan dengan waktu sebegini, aku bisa menghabiskan masa untuk membaca buku yang baru ku beli. Doktor Umum. Belum sampai 10 muka surat aku baca tapi mungkin hari ini aku dapat habiskan sekurang-kurangnya 1/4 daripada buku tersebut. Aku beli di MPH dengan harga RM52.++. Ikutkan harga asal RM59.90. Tapi ada diskaun 20%. Ingatkan aku mahu membeli karya Faizal Tehrani lagi tapi aku tangguhkan dulu. Mana tau dapat berjumpa dengan Tun Mahathir lagi. Boleh minta tandatangan ;) Kita layankan dulu gambar di bawah. So, masa untuk membaca.
Malahah
2 days ago
0 pengomen:
Post a Comment