RINDUNYA AKU SAMA KO KECIK!!!!
Assalamualaikum
Hujan membasahi di bumi Putrajaya. Aku sendirian di rumah. Bosan yang amat! Cuci pinggan sudah, cuci kain sudah, mop lantai pun sudah. Aku tak tau la apa lagi mau dibuat. Mau jalan susah. Tak ada kereta. Motor ada tapi aku mana pandai bawak.
Tanganku lincah mengemas buku-buku dan fail-failku. Terlihat benda yang bersegi empat berwarna hitam. Kamera kecilku. Lantas aku membukanya sambil berbaring di atas tilam empuk ku. Tersenyum melihat wajah-wajah kesayanganku dalam kamera tersebut. Tercuit rasa rindu.
Ku layari lagi kandungan dalam kameraku. Oh, wajah sepasang suami isteri yang begitu sporting dan sangat lincah dengan gaya masing-masing. Mereka ku panggil tokei busat (tauke besar). Isterinya, Kecik( si Linda) membuka gerai kecil-kecilan yang ku kira hampir tiap-tiap petang aku ke tempatnya. Suaminya, Abang Usin bekerja dengan Sabah Kredit di Tawau tapi ada bisnes sampingan iaitu menyewa peralatan karaoke untuk majlis-majlis keramaian.
Hujan...
Rindunya aku sanggar peppek yang garing si Kecil. Sambalnya sangat menggigit. Aku suka sirap limau dan cendol yang si Kecik buat. Bila dia tiada kerja, dia suka bercerita. Bermacam-macam cerita, you know when the girls talk, mcm mana keadaannya :p. Terbayang-bayang suasana gerai si Kecil. Di sebelah gerai si Kecil, Gerai Bakso Mas Joko. #EncikSinga selalu sakat orang yang menjual di Gerai Mas Joko. Badan ganteng (tough) ingatkan garang tapi ndak garang pun! Pas tu kalau di gerai si Kecik, paling meriah kalau ada 2 orang cina yang menjadi pelanggan tetap, kawan-kawan mereka. Dengar cerita dari mereka. Gempita dengan ketawa mereka. Belum campur lagi gelagat "Tukang Pukul Takada" bila melepak di gerai Si Kecik. Haduii..rindu eh suasana di sana..!!
Rindu tau dengan kamu dua ni!!!
Aku ngan #Encik Singa ;p. Ada rupa singa ka??
Aku ngan #Encik Singa ;p. Ada rupa singa ka??
Kalau mau tau apa itu Sanggar Peppek, ia adalah sejenis makanan yang berasal dari Indonesia. Bahan-bahan membuat sanggar peppek adalah seperti berikut:-
1) Sediakan pisang mentah (jenis pisang sabah). Kuantiti ikut suka hati.
2) Kupas kulitnya dan rendam sekejap dengan air garam.
3) Panaskan minyak
4) Goreng pisang yang dikupas bila minyak sudah panas. Goreng sampai pisang tu layu. Bukan sehingga hangus yah! ;p
5) Angkat pisang tersebut.
6) Sediakan lesung atau benda-benda yang boleh digunakan untuk melenyek pisang.
7) Pas tu, masa panas-panas tu, lenyek pisang anda sehingga leper. lagi leper lagi bagus!
8) Sudah tu, ketepikan dan sejukkan..
9) Panaskan minyak sekali lagi. Goreng sekali lagi pisang tersebut sehingga garing.
10) Buat kopi atau teh dan makan!
p/s: Tapi aku suka gabungkan sanggar tersebut dengan cendol atau sirap limau ;p
url :http://mindasejagat.blogspot.com/p/aneka-makanan.html?zx=c6cc11eb34dacf31
Cara tercepat untuk merasa keenakan Sanggar Peppek ini adalah dengan bertandang di Gerai Kecik di Takada. Waktu gerai ini beroperasi adalah dari jam 5.30 petang-10 malam. Selain dari menu killer Sanggar Peppek, cuba cendol dan ABC buahnya. Mantap weiii... #EncikSinga pula suka Nescafe Nai (Nescafe Susu). Kalau tak pun, sirap limau
Kalau mahu menyewa perkhidmatan set karaoke dengan harga berpatutan, boleh jugak bertandang ke gerai tersebut dan bincang harga. Perkhidmatan mereka bukan setakat sewa, Dj dan penyanyi sekali. Tak percaya, cuba sewa dulu.
Lokasi Gerai Kecik ni adalah di hadapan deretan kedai di Takada, Tawau. Bersebelahan dengan Gerak Bakso Mas Joko. Lokasi Takada pulak adalah berdekatan dengan lampu isyarat 4 simpang, yang menghubungkan Jalan Apas dan Jalan Kuhara. Dapat gambaran? Ok, aku bagi peta Google. Lagi satu Takada adalah tumpuan Pasar Tamu (tiap hari ahad). Lagi senang kalau mau cari kan?
Alamakkk!! ndak terang la pulak!! Haisshh.. Nanti kamu google la yah. Ok, masa untuk aku cari makan la lagi. Eh, hujan. Macam mana mau berjalan-jalan ni... Tidur?? Malas pulak. Jom baca gosip politik. Lagi menarik dari gosip artis ;p
1) Sediakan pisang mentah (jenis pisang sabah). Kuantiti ikut suka hati.
2) Kupas kulitnya dan rendam sekejap dengan air garam.
3) Panaskan minyak
4) Goreng pisang yang dikupas bila minyak sudah panas. Goreng sampai pisang tu layu. Bukan sehingga hangus yah! ;p
5) Angkat pisang tersebut.
6) Sediakan lesung atau benda-benda yang boleh digunakan untuk melenyek pisang.
7) Pas tu, masa panas-panas tu, lenyek pisang anda sehingga leper. lagi leper lagi bagus!
8) Sudah tu, ketepikan dan sejukkan..
9) Panaskan minyak sekali lagi. Goreng sekali lagi pisang tersebut sehingga garing.
10) Buat kopi atau teh dan makan!
p/s: Tapi aku suka gabungkan sanggar tersebut dengan cendol atau sirap limau ;p
Oppsss.. lupa! Makan sanggar peppek di makan dengan sambal. Tak kirala sambal tomato, sambal udang dan ia sangat sesuai di hidang time lepak-lepak dengan keluarga dan kawan-kawan..
[ni aku amek di blog orang. Gambar sanggar peppek si Kecik ada di handphone #EncikSinga]url :http://mindasejagat.blogspot.com/p/aneka-makanan.html?zx=c6cc11eb34dacf31
Cara tercepat untuk merasa keenakan Sanggar Peppek ini adalah dengan bertandang di Gerai Kecik di Takada. Waktu gerai ini beroperasi adalah dari jam 5.30 petang-10 malam. Selain dari menu killer Sanggar Peppek, cuba cendol dan ABC buahnya. Mantap weiii... #EncikSinga pula suka Nescafe Nai (Nescafe Susu). Kalau tak pun, sirap limau
Kalau mahu menyewa perkhidmatan set karaoke dengan harga berpatutan, boleh jugak bertandang ke gerai tersebut dan bincang harga. Perkhidmatan mereka bukan setakat sewa, Dj dan penyanyi sekali. Tak percaya, cuba sewa dulu.
Lokasi Gerai Kecik ni adalah di hadapan deretan kedai di Takada, Tawau. Bersebelahan dengan Gerak Bakso Mas Joko. Lokasi Takada pulak adalah berdekatan dengan lampu isyarat 4 simpang, yang menghubungkan Jalan Apas dan Jalan Kuhara. Dapat gambaran? Ok, aku bagi peta Google. Lagi satu Takada adalah tumpuan Pasar Tamu (tiap hari ahad). Lagi senang kalau mau cari kan?
Alamakkk!! ndak terang la pulak!! Haisshh.. Nanti kamu google la yah. Ok, masa untuk aku cari makan la lagi. Eh, hujan. Macam mana mau berjalan-jalan ni... Tidur?? Malas pulak. Jom baca gosip politik. Lagi menarik dari gosip artis ;p
0 pengomen:
Post a Comment