Assalamualaikum
Shhhuuhhh perasaan sakit hatiku. Aku terlihat gambar sang mantan yang terbaru. Indah nya dunianya. Warna warni bersebelahan cinta barunya. Macam aku bagitau, aku ni cinta buangannya. Sebagai buangan, hanya boleh tersenyum menahan sakit hati
Baik, suda! Stop Lisa. Takkan ko mau 'spoil'kan mood mu yang gembira kan?
Aku mau kongsi sesuatu mengenai benda yang aku sendiri pun ndak sangka ada dalam diriku. MENULIS.. Aku suka membebel dalam blog ku. Dan ianya keluar dari dalam hati tanpa dipaksa.
Aku cuba-cuba buat bahan berita. Dan berita ini adalah berita pertama yang aku hantar kepada pihak akhbar. Dan semua ini aku lakukan dengan bantuan sisMaya. Seorang bekas wartawan. Dia yang banyak mengajarku menulis berita dan memberikan ku sample beritanya dulu. Indah perasaanku bila aku melihat tulisan ku di dada akhbar Utusan Borneo dan pastinya touch-up daripada 'editor' (sisMaya).
Aku masih dalam proses belajar. Meneroka bidang baru bukan sebagai seorang jurutera. Iya, ikutkan kelulusan, aku adalah seorang jurutera dalam bidang automasi dan robot. Aku sepatutnya bermain dengan PLC, sistem SCADA dan instrumentasi. Lucu jika difikirkan kembali. Bagaimana aku boleh tersesat jalan? Bukan sesat sebenarnya tapi jalan lain telah ditunjukkan kepadaku
Ini adalah kali pertama aku cuba menulis dalam konteks "serius". Memang ada kecacatan dan sudah tentu aku perlukan orang yang pakar dalam membimbingku. Bermula dengan 4 perenggan, sisMaya menunjukkan beberapa fakta yang telah dikembangkan kepada 12 perenggan.
Aku membaca surat khabar pun jarang. Apa lagi cuba menulis untuk surat khabar. Entah kenapa terbuka hatiku ingin menulis mengenai Persatuan Silat Cekak Hanafi Tawau. Bukan ndak pernah aku disuruh menulis tapi aku rasa aku belum bersedia untuk menulis. Aku hanya sorang blogger di duniaku. Dan tentunya tulisanku adalah tulisan cerca merba (kata Tuan Bluegene), ikut acuan dan gaya bahasaku
Mungkin pembaca di luar sana berkata " Alah, setakat akhbar tempatan pun mau berlagak. Bukan betul-betul wartawan jugak. Kecoh sedunia". Biar lah. Wartawan dibayar gaji. Aku menulis hanya sekadar suka-suka dan tak sangka tulisanku dimasukkan dalam akhbar tempatan
Reaksiku? Aku melompat kesukaan, berteriak kegirangan. Macam budak-budak dapat hadiah dari cikgu :) Indah perasan ini. Cukup indah!
*Hadiah cukup bermakna sempena bulan kelahiranku... Syukur Ya Robb!
Why I English
2 months ago
4 pengomen:
Tahniah!
Teruskan menulis Lisa. Tak semua orang boleh menulis
makaseh!
haissshh..tak sangka ada pembaca yang ndak mau dikenali. siapa pun anda, makaseh sebab baca blog buruk ini :)
wahhh.. tahniah Lisa. Patah tumbuh hilang berganti.. Hati yang lara akhirnya terubat dengan berita yang menggembirakan ini...
tahniah hasil penulisan itu dimasukkan dalam dada akhbar. pasti seronok tu kan... memang cukup Indah
tahniah.. xsemua org ada peluang bgitu. suratkabar tempatan pun ok apa. dorang xtau btapa girangnya kta dgn penghargaan sebegitu. serius, aku jeles!! haha..
(sebab kejelesan la ni trus mengomen, td kunun mau jd silent reader jak.) hai lisa! :p
Post a Comment