Assalamualaikum
Semalam, selepas aku berurusan dengan mesin di bank. Aku ingat mau makan di luar dengan mak, dendut dan si jima. Tapi niat ku terbatal bila aku terbaca satu sms menggelikan hati.
" Why u didn't pick up your phone? I have been trying to call you since yesterday! Where the hell are you?" Sah, datang lagi satu masalah.
Dia telefon kembali. Aku jawab dengan suara riang.
"Hello! Ya bang? Ermm! Sorry, tadi tengah meeting. Sekarang ok. Apa tu? Bila? Ala... Sekarang lah. Kita jumpa di sana sin On. Ok? Awww..serius bah! Ok bye!"
Aku minta izin dengan mak aku. Aku keluar dengan makan dengan dia. Beberapa kali tertangguh akhirnya aku lunaskan janjiku untuk lepak dengan dia. Aku ndak mau dia fikir aku berani cakap berapi tapi tiada tindakan.
Aku jumpa di satu cafe. Nostalgia. Tempat yang selesa untuk kami berbual.
"Aku pantang betul kalau orang ndak angkat kolku" sebaik sahaja dia duduk.
"Hello. Chill ok! Aku sibuk ba bang. Banyak kerjaku" alasanku semata. Walhal kerja tak seberapa. Auta jak lebih! Hahahahaha
"At least u bagi abang sms la. Cakap pegi meeting ka, pegi lawat projek ka. Abang boleh terima. Lain kali, jawab kalau abang kol. Bilang mau berkawan tapi mau angkat phone pun susah"
" Let me clear my situation. Abang sunyi. Abang ndak banyak kawan. Abang tengok kau boleh buat kawan. Kau perasan ka abang ndak banyak cakap. Abang suka memerhati"
Aku terketawa
" Kenapa ketawa? Lucu ka abang cakap? Abang serius ni" tegasnya
"Ok ok. Sori. Teruskan" tapi aku masih lagi tersenyum-senyum.
Kami bercerita. Aku temankan dia makan memandangkan dia baru sahaja pulang dari outstation di luar kawasan Tawau. Sambil-sambil dia makan, dia bercerita mengenai dirinya. Aku menjadi pendengar. Sesekali aku bertanya mengenai hal peribadinya. Dia jawab dengan pelbagai riak muka. Ada sesetengah soalan yang buat dia lama membisu. Aku biarkan. Jiwa berkecamuk. Kesian!
Hampir 2 jam kami menghabiskan masa. Saling bertukar cerita. Tegas orangnya. Katanya dia mau ajar aku serius bila berhadapan dengan orang sepertinya. Bukan semua orang suka perempuan kuat ketawa. Bukan semua boleh terima. Itu katanya.
" Lisa, kita kawan kan?" tiba-tiba dia bertanya
" La..kawan la! Kalau ndak kawan, ndak ku lepak bercerita sama abang. Rupanya best bercerita sama abang." komenku
" Abang tiada harta berjuta. Abang orang miskin. Kalau ko ndak bisa terima abang,bagitau. Abang ndak suda muncul depan mu" tiba-tiba dia emosi.
" Chill! Akan ada acara kesinambungan pas ni. Abang perlukan orang bercerita, kol jak la. Tapi kalau aku ndak angkat, jangan dimarah. Aku tengah bizi la ertinya tuh" aku seakan memberikan jaminan.
" Jadi, kita kawan kan?" sekali lagi dia bertanya
" Awww..abang soal kali 3, aku marah ni!" ugutku.
Kita kawan. Iya! Betul-betul kawan.
Why I English
2 months ago
0 pengomen:
Post a Comment