Assalamualaikum
Aku menaiki feri ketika umurku 9 tahun. Waktu itu aku bersama keluargaku ke Labuan ikut jalan darat. Kira kami bercuti-cuti Malaysia .
Pengalamanku sangat tak best. Aku mabuk laut. Muntah di kusyen. Pergi Labuan begitu dan balik Labuan pun begitu. Sangat tak best sebab ku rasa kepalaku macam digoncang. Kalau head banging dengar lagu, ndak pa jugak.
Sebolehnya aku tak mahu naik feri. Tapi umur 18 tahun aku ke Labuan sekali lagi. Kali ini aku kena stadi di sana. Balik bercuti, aku naik feri. Jimat kos. Tapi time tu, ndak suda aku mabuk laut. Mungkin time tu aku boleh adapt dengan keadaan laut.
Bila aku lepak dengan kawanku semalam, dia cerita mengenai feri. Kira dia tanya pengetahuan am ku.
Abg B: Ko pernah naik feri ke semenanjung?.
Aku: Uisshh…ada ka feri ke Semenanjung? 1 minggu la tu sampai!
Abg B: 3 hari 2 malam sampai di Singapore.
Aku: Hahahaha….!!! Mana ada. Sembarang!
Abg B: Jangan nak kelentong saya la. Ada la..
Aku: Mana kunun buktinya?
Abg B: Itu la ko. Abang buktinya. Abang penah naik malah abang adalah antara penumpang pertama Feri Malaysia ke Semnanjung. Tahun 1988. Abang adalah antara 88 orang recruit askar ke hantar ke Semenanjung menggunakan perkhidmatan Feri Malaysia. Perjalanan KK-Kuching-Singapore-Kuantan. Recruit 188 (ni aku ndak pasti dia recruit yang ke berapa)
Aku: Biar betul ko bang?
Abg B: Tak penah lagi abang tipu kan?
Aku tercengang! Rupanya wujud dulu perkhidmatan Feri Malaysia dari Sabah ke Semenanjung dan Abang B ni adalah bekas seorang askar dan sekarang dia tengah mencari kawan-kawan yang satu batch dengan dia. Keciknya maklumatku!!!
Aku cari mengenai Feri Malaysia lebih-lebih lagi perjalanan feri tersebut dari Sabah, namun tiada maklumat ku jumpa. Yang hanya ada dari sumber berita harian. “Kaji rasional sambung khidmat Feri Malaysia” dan disitu memang ada tertulis tahun 1988 tapi bukan menceritakan mengenai Feri Malaysia dari Sabah ke semanjung. Sayang!
Jika difikirkan mengenai masa, memang ianya mengambil masa yang panjang. Bayangkan KK-KL mengambil masa 2 jam sahaja menaiki kapal terbang. Berbanding feri, ia mengambil masa 3 hari untuk sampai Singapura. Belum campur perjalanan ke KL.
Kalau ada perkhidmatan tersebut, aku mungkin akan menggunakan perkhidmatan itu untuk melancong (kalau ada rezeki lebih) ataupun berbulan madu. Asyiknya melihat matahari terbit dan terbenam, menghayati corakan biru di tengah laut. Angin laut berhembus lembut. Malam dibawah cahaya bulan yang suram bertemankan bintang. Ohh.. seolah-olah aku memegang watak Bella (Fazura) dalam filem Pisau Cukur. Hahahaha..!! PANAS!
Baik, kawan aku yang bernama Abang B mencari kawan-kawan lama yang terpisah. Siapa yang ada maklumat mengenai askar yang pernah menaiki Feri Malaysia pada tahun 1988 boleh la menghubungiku.. Bye!
Why I English
2 months ago
1 pengomen:
Masa aku study d matrik labuan, 1 kali pn aku x pnah naik feri. sampai skrg. daddyku x benarkan. mungkin kalau aku nai jd mcm kau la muntah2. sedangkan jalan darat pun aku muntah. huuuu.
Post a Comment