Assalamualaikum
Terlebih dahulu aku ingin memohon maaf andai apa yang pembaca baca akan menyinggung sakit hati kalangan pembaca.
Menjadi seorang blogger adalah aktiviti sampingan. Dan sebetulnya aktiviti ini adalah aktiviti suka-suka sejak zaman aku belajar di semenjung. Aku tak ramai kawan yang boleh aku get along. Hanya beberapa orang kawan yang betul-betul aku boleh percaya. Masa ku aku habiskan di dunia internet, Friendster, Facebook dan blogger.
Iya, aku suka bercerita mengenai perasaanku tanpa ada sekatan dari mana-mana pihak. Aku bebas bersuara di dunia maya kerana bagiku ia adalah dunia tanpa sempadan. Tak perlu berfikir mengenai soal hati dan perasaan orang sekelilingku. Iya, aku blogger syok sendiri.
Setelah aku kembali ke Tawau, aku meng'aktif'kan diriku untuk menyertai Tawaubloggers. Rata-rata mereka berbeza latar belakang. Peniaga, pelajar, eksekutif, jurutera, cikgu, webmaster, ahli teknikal dan bermacam-macam lagi. Kami berkongsi minat yang sama. Menulis mengenai aktiviti yang kami buat sehari-hari. Iya, kami syok sendiri.
Sejak aku dengan TBU ni, aku kenal beberapa orang penting dan duduk semeja dengan mereka. Itu nikmatnya. Kalau dulu, aku hanya memandang dari jauh para YB dan dalam TBU ini, aku boleh bersalam dan duduk semeja dengan mereka. Aku sendiri tidak menyangka aku dikenalkan dengan Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi oleh Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Tuan Ismail Mayakob. Siapa sangka aku akan berjumpa dengan Daly Ahli Fikir yang merupakan artis kegemaranku dalam majlis yang dianjurkan oleh TawauFM dengan kerjasama Datuk Mohd Jeffry Rosman. Siapa sangka aku akan diberi peluang untuk menjadi 'pengacara olok-olok' yang video nya telah dimuatkan dalam YOUTUBE Tawaubloggers? Aku tak minta semua ini. Aku bersama Tawaubloggers untuk menaikkan nama Tawau. Ada bayaran? Kami tidak mengenakan sebarang bayaran KECUALI ada pihak yang memberikan kami saguhati dan hadiah. Tak banyak, tapi hasil itu kami akan kongsikan bersama.
Terus terang ku kata, aku paling malas untuk periksa hasil pendapatanku dari pengiklanan blog burukku. Ada tu memang ada, tapi tak sampai RM10 pun dari blog Lisa Ali Cakap ku aktifkan. Aku bersama blog ini baru setahun lebih sebab 2 blog lamaku telah ku padam. Bayangkan,.. Setelah setahun aku 'bercakap' di blog ku, aku hanya ada 27 orang pengikut dan RM10 dalam akaun Nuffnang ku. Pemasangan iklan ni pun atas nasihat dari team Tawaubloggers sendiri. Dan aku bukan jenis mempromosikan blog tanpa tujuan. Bukan untuk meraih promisi supaya orang kenal aku siapa.
Tapi aku sedih, sangat sedih bila ada yang berkata kami PENIPU mengenai lebih-lebih lagi mengenai pertandingan bayi comel yang dianjurkan oleh pihak kami. Sebenarnya, kami terlepas pandang mengenai hal ini. Aku lebih terasa sebab aku yang terlepas cakap pasal sijil sedangkan sijil itu ada dalam simpanan sisMaya. Sepatutnya pemenang akan dirai dalam satu majlis makan malam bersama Tawaubloggers. Aku telah meminta maaf secara terbuka dan benda disokong oleh team Tawaubloggers sendiri. Tapi apa yang ku dapat? Diselar dan dikutuk habis-habisan, malah dituduh lagi kami mengambil duit daripada penganjuran yang kami buat. Cuba tunjukkan dengan bukti sekali, apakah kami cuba mengambil kesempatan atas pertandingan ini? Tiada duit satu sen pun kami terima dari pertandingan ini. Tiada wang tunai untuk kami gelapkan. Jika ada tunjukkan pada kami bukti kami menggelapkan. Untuk apa semua tu? Kami tidak menyediakan hadiah itu kerana hadiah itu berbentuk hamper dan telah ditaja 100% oleh pihak MustWin Venture Sdn Bhd. Terima kasih Datuk. Datin, terima kasih atas nasihat dan kata-kata rangsangan yang datin beri.
Aku bukan pandai menulis, malah aku tiada pun kemahiran untuk menulis secara serius. Aku tiada pun kemahiran untuk memaniskan bibir untuk mengampu menabur janji untuk mana-mana pihak. Aku tahu aku siapa. Aku sedar aku siapa. Sekadar manusia yang suka berkongsi rasa. Jika ada yang tak puas hati dengan Tawaubloggers, aku tak kisah tapi jangan sesekali menuduh dan menalamkan muka anda kepada kami. Kami tidak perlu dan kami tak alu-alukan. Aku bersama Tawaubloggers dengan kudrat yang ada. Niatku di Tawaubloggers hanya untuk membantu mempromosikan Tawau, bersama mereka memegang satu perkataan. UNITY. Tapi sekiranya perjuangan kami untuk melihat Tawau dikenali di mata luar disalah ertikan, kami meminta maaf!
Siapa sanggup mahu memohon maaf di hadapan 31k user di Tawau. Bukan sekali dua dikatakan malah berkali-kali. Malah apa yang kami dapat? Cacian dan tuduhan tak munasabah yang diterima oleh mereka yang berkata "Ok bah. Kami OK". Tapi setelah pihak ini berkata demikian, legalah hati kami. Tapi MALANGNYA, mereka lanjutkan rasa tak puas hati di wall kami dan iya boleh dibaca oleh sebilangan user Facebook kami. Walhal kami telah menjelaskan sebelum messege yang pihak itu berkata "OK bah. Kami OK". Sungguh talam 2 muka!
Kami bukan hati robot biarpun aku dalam bidang automasi. Kami bukan diprogramkan mengikut arahan mana-mana pihak. Kami buat apa yang kami termampu. Mengikut keadaan kami yang masing-masing mempunyai komitmen dengan kerja. Jika kamu BOS, kami boleh terima cacian kamu. Tapi apa untungnya kami mengikut amarah kamu? Kamu bayar gaji kami? Bukan semua ini dibuat secara sukarela? Kami tak pernah paksa untuk kamu berkempen demi merebut hadiah utama. Tiada paksaan! Jadi, kenapa perlu kamu marah hingga memburukkan kami?
Kami menerima cadangan yang bernas malah berterima kasih dengan cadangan yang telah dilontarkan. Kami sendiri boleh membezakan sama ada cadangan itu hanya untuk menjatuhkan atau membina.
Konsep Tawaubloggers senang. Anda panggil, kami akan datang event dan kami hebahkan. Kami tak terikat mana-mana syarikat KECUALI pihak itu sangat komited untuk bekerjasama dengan kami. Kami tidak ada kompromi bekerjasama dengan mana-mana pihak jika asasnya adalah untuk mempromosikan Tawau. Kami terima dengan hati yang terbuka.
Itu sahaja dari aku. Seorang technologist dalam dunia sebenar dan dunia maya, aku hanya seorang blogger dalam dunia. Aku anggap Tawaubloggers adalah keluargaku. Kalau kamu caci mereka, akulah antara orang paling depan untuk menyelar. Kerana hanya satu peganganku. UNITY!
Untuk itu, aku memohon maaf andai ada tulisan ku menyinggung mana-mana pihak. Aku menaip atas apa yang ku rasa saat ini. Yang buruk semua dari kita dan sempurna hanya ada pada Yang Maha Esa. Wassalam.
Why I English
2 months ago
5 pengomen:
Entri paling sadap ku baca buat masa ni... (^_*)
Adry Sabry @ www.adrysabry.com
untuk pertama kalinya aku membaca entry tanpa gambar sampai habis... nice Lisa.. Hanya kita yg tahu, hanya Tuhan yg tahu.. dan mereka juga perlu tahu...
Tahniah kerana berani mengaku atas kesilapan yang dilakukan. Entry yang menarik untuk memperbetulkan keadaan. Biarlah isu tersebut padam sendiri dan semua yang berlaku dijadikan pengajaran. Bersama memartabatkan Tawau bumi bertuah.
Allah bersama-sama orang-orang yang sabar....
Tabahkan hati, sekelumit dugaan jangan sesekali dijadikan penghalang untuk sdri terus berbakti kepada bumi Tawau. Pertingkatkan pengalaman, perkasakan ilmu & teruskan usaha, insyaAllah semuanya akan terjawab, mana yang hak tetap hak, batil tAtap batil... jangan sampai tebako udah leee...hikhikhik
wow... lama nda balik tawau... ada pulak cerita begini ya...
Post a Comment