assalamualaikum
21 Mei lepas, TawauFM menganjurkan kenduri kampung di Batu 17, Jalan Bukit Qouin. Menu utamanya adalah gulai kawah.
Time aku belajar di semanjung dulu la kan, aku merasa gulai kawah ni time bulan puasa jak.tapi aku ni main makan sak.ingatkan macam gulai daging yang biasa aku makan. Ada kentang, ada daging letak santan, campur bahan2 yang telah digiling, siap satu gulai!
Tapi gulai kawah yang disediakan khas oleh Persatuan Perantau Anak Kelantan (PERAKAN) cukup unik. Ada satu bahan istimewa yang dicampurkan ke dalam masakan tersebut iaitu kelapa yang belum ada isinya.lebih muda dari kelapa muda yang selalu ku minum airnya.
Ada beberapa orang dari ahli PERAKAN iaitu cikgu Fadzillah dan Encik Fairoz. Mereka ni satu silat dengan aku. Jadi mereka sangat ringan mulut menceritakan serba ringkas perihal gulai kawah ni. Dapurnya digali di atas tanah dan dimasak menggunakan kayu api. Ramuan khas dibawa dari kelantan.
Selain gulai kawah, penduduk sekitar bergotong royong menyediakan lauk sampingan. Ulam-ulam dan sambal belacan, acar timun dan ayam goreng.
Paling ku sukak melihat orang ramai duduk di atas padang, beralaskan kanvas. Ini termasuklah, Datuk Tawfiq sebagai perasmi, Datuk Jeffry selaku penaja utama, Tuan Wan Azhan selaku pengurus RTM Tawau, para DJ TawauFM, pemimpin sekitar dan orang kampung. Hampir semua menggunakan tangan dan alhamdulillah acara ini berjaya mewujudkan suasana kampung yang saling bantu membantu menyiapkan juadah tengah hari.
Tahniah untuk semua!
Discover Tawau dengan kerjasama Tawaubloggers telah membuka satu pameran khas untuk sejarah Tawau. Sambutan pengunjung sungguh menggalakkan. Tuan Wan Azhan turut berkongsi cerita mengenai sejarah dan menunjukkan minat mengenai sejarah Tawau biarpun beliau bukan orang tempatan. Abang Azlan selaku front line Discover Tawau tanpa menghiraukan rasa penat, beliau melayan soalan daripada pengunjung. Jika minat, semua boleh jadi.. :)
Aku mau letak gambar tapi nanti. Mau gi makan.Haissshhh... aku jadi lapar bila teringat lauk-pauk batu 17 bah. Makan nasik goreng dulu lah...
New Year?
1 week ago
0 pengomen:
Post a Comment