assalamualaikum...
Tadik tengah hari, aku ikut geng-geng mak aku pegi hantar pengantin. Pertama mak aku ingat aku belum balek lagi dari outstation (outstation la sangat). So dia ndak la offer.
Pagi-pagi aku sarapan sup. Mak aku tanya, "Ko ndak mau pigi ka antar pengantin?mana la tau ada terbukak jodohmu" Ahahahahahaha... Aku pon ikut geng-geng mak aku hantar pengantin yang kebetulan yang kawen itu pun keluarga bapakku.
Dalam kereta, aku jadi driver mak aku. Dengar la perbualan mak aku dengan kawan baiknya. Mereka risaukan dengan kami (kazen mazen yang belum bertemu jodoh). Kawan baik mak aku sendiri cakap " Sa, kalo ko ada stok boipren kasi kenal2 jugak si Ada" Matik la...! "Macam mana macik kalo aku sendiri pon ndak da.. Aku mau tapi bertebiat ba orang tuh." aku cakap depan-depan mak aku. At least, mak aku tau aku PERNAH berkawan dengan seseorang. Aku memang seorang penghambur
Tengok keluarga aku menikah, otomatik hatiku tersentuh. Ntah bila la giliranku kan? Bukan aku cakap aku gatal mau kawen tapi semenjak umur2 sebegini, kawan-kawan banyak yang sudah berkeluarga, aku pon turut rasa bahangnya. Naluri ingin berkahwin tu ada dan terus-terang ku katakan, anganku pernah sampai ke tahap itu bersamanya. Tapi sekarang.. Entah.. Aku sendiri pon susah mau huraikan. Tiada maaf suda baginya terhadapku.Tertutup suda pintu hatinya terhadapku. Dia bahagia dengan pilihannya. Aku diam membisu. Sakit tetap ada.
Tadik, aku berjumpa dengan 2 orang kawan baikku. Hanya satu sahaja alasanku "SAYANG" bila namanya terbit di bibirku. Mereka tak boleh paksa aku untuk melupakan. Tiada siapa. Suda ku katakan, jika ada button untuk memadam segala memori, aku mungkin orang yang bahagia selepas kejadian rabu itu! Sumpah.
Hadui..mengalir lagi airmataku bila aku melintasi rumahnya. Tadik, aku ambil kawan satu kampungnya. Kira kawan baik ku punya "teman tapi mesra". Ku gagahi melihat rumah itu. Ku intai dari lirikan mataku biarpun ku tau aku tidak akan lagi memijak rumah itu kecuali keizinan dariNya. Banyak kenangan ku di rumah itu. Keluarganya baik denganku biarpun aku jahat dengan mereka. Dan yang pasti, aku akan rindukan maknya yang ku anggap macam mak aku sendiri.
Masih terkenang dan kenangan itu buat aku sakit! Kerana dia aku pernah bersumpah untuk setia. Janji itu ku genggam sampai bila-bila. ............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
Aku tidak mengharapkan dia kembali setelah dia menamatkan segalanya dengan cara itu. Siapa aku di hatinya. Aku cuma nothing. Aku cuma menunggu hati ini pulih. Aku luahkan bukan bertujuan untuk mengharapkan dia kembali. Akan kembalikah dia? Dia telah berpunya dan hakikat itu aku kena terima walaupun pedih ku rasa. Siapa boleh ku harapkan untuk semua itu. Mungkin ada keajaiban tapi keajaiban yang jarang berlaku..
Jika ada soalan bertanya, kenapa Lisa Ali begini? Aku akan jawab. Ya, Lisa Ali putus cinta!
Travel...
1 week ago
2 pengomen:
Assalam alaikum
Heya Liz..
Oh ya,sudah lama tidak baca blogmu. Maklumlah sibuk dengan hal ehwal duniawi. Kerja,kerja, kerja!
Hantar Pengantin, aku juga pernah mengalaminya juga sewaktu masih berada di Malaysia, pertengahan 2006. Dari Serdang ke Kuantan Pahang.
Kawanku, anak Ugi' kahwin dengan gadis Pahang. Rombongan pengantinnya boleh dikira dengan jari. Naik kereta dari Serdang awal pagi. Sampai Kuantan lebih kurang selepas Zohor. Kereta dihias ala kadar dan sederhana, tukang hantar juga sederhana. Tapi gembira bukan main walaupun tidak ramai. Cuma, perjalanan jauh melelahkan.
Tengok pengantin diijab kabul, aku terbayang, aku mungkin juga begitu nanti. Ditanya dan disoal oleh juru nikah aka Tok Imam, kalau gagap... nah! malapetakalah datang. Kawanku itu, naisb baik seorang yang soleh dan dikira sebagi anak mak-bapak. Semua tanya dan jawab dibuatnya sehabis baik sebagaimana menjawab kertas soalan peperiksaan akhir semester di UPM Serdang.
.....
Liz, baru pertama kali aku dengan "stok boipren." Kalau boipren boleh distokkan, tidak mustahil suami pun boleh distokkan oleh wanita.
Wanita kita zaman sekarang Liz semuanya loaded, kerja bagus, gaji lumayan, emas gelang cincin husy bukan main, kalau mat rempit nampak lesapp... itu jam juga! Barangkali boipren dan suami tidak mustahil stoknya ******!
Liz, nanti kalau kau kahwin, postingkan gambar kahwinmu di dalam blogmu. Biar satu planet menyaksikannya...termasuk aku...
Adieu...
jap saya post mengenai stok boipren/gelpren
Post a Comment