Alhamdulillah..
Selamat sampai di Hotel Seafest Semporna. Perjalanan memakan masa hampir 2 jam setengah dari Bandar Lahad Datu... Lambat sebab banyak lori membawa bertan-tan kelapa sawit. Ada satu ketika 16 buah kereta mengekori sebuah lori. Purata kelajuan lori tersebut bila naik bukit adalah 10km/j. Bayangkan dengan kelajuan itu, jam berapa agak2 aku sampai ke Semporna.
Badan penat setelah memandu sambil melalak dalam kereta. Perasan buat konsert sendiri kan. Siap ada gaya lagi sambil memandu. Ok, jiwaku belum stabil akibat kelukaan jiwa..hahahahaha..poyos punya ayat!
Berkenalan dengan peserta-peserta Yblog sangat best. Ada yang bersemangat untuk berblog tapi sayangnya mereka tak boleh lama sebab mereka terikat dengan aktiviti sekolah mereka. Tapi aku gembira dapat kongsi apa yang ku tau walaupun cetek pengetahuanku mengenai dunia blog ini. Aku banyak bercerita pengalamanku berblog. Sedih dan gembira tapi most of the stories adalah yang gembira. Kalau aku cerita kesan aku berblog, aku akan ternangis pulak. Well, aku datang sini untuk kerja. Bukan untuk meluah rasa..ahahahahahahahah!!!
SisMaya cerita pasal etika berblog. Memang ada etika berblog. Sila google apa etika dalam berblog..
Aku tidur dulu. Nanti aku sambung berblog!
New Year?
1 week ago
0 pengomen:
Post a Comment