Assalamualaikum!
Kenapa wujudnya janji melayu? Senang jak jawapannya. Kerana melayu adalah orang paling lembab mengenai pengurusan masa. Contohnya berjanji dengan kawan jam 7.00malam di Quong Ming, jam 7.00 malam la baru bergerak dari rumah.
Sesuai sangat kah dengan nama ME-LAYU? Sentiasa layu! Ndak tau bila masa cergasnya lebih-lebih lagi soal pengurusan masa.
Dulu aku pun begitu, tapi bila aku dapat teguran dari seorang kawan yang bukan Melayu, aku tersentak. "Kenapa oo Melayu sangat susah datang awal?Betul-betul janji melayu tidak boleh pakai ooo". Bukan sekali dua. Berkali-kali ditegurnya tapi kali terakhir tu, memang aku terasa gila dan start dari situ, aku sedaya upaya menghormati masa kerana dengan menghormati masa, automatik kita menghormati orang lain.
Kenapa aku berkata sebegitu? Individu mempunyai pembahagian masa tersendiri. Bambong terhormat apatah lagi berkerjaya sudah tentu mempunyai aktiviti harian. Contohnya, si A yang tidak bekerja, berjanji dengan si B iaitu seorang usahawan. Bila si B lambat datang pada masa yang ditetapkan, tentunya si A marah. Memang la ba marah, sebab si A ndak mau lambat main futsal dengan kawan-kawannya. Kalau dia lambat, sure dia akan mengganggu masa kawan-kawan futsal yang lain.
Sebab itu aku paling ndak suka diriku lambat. Seboleh-bolehnya aku mau punctual. Ada yang jenis ndak kisah kalau dirinya lambat sebab dalam dirinya suda tertanam sifat tak kisah " Ala, mereka pun selalu buat aku tertunggu-tunggu. Kali ni biar dorang tunggu aku". Saling balas membalas wujudnya janji Melayu.
P/S: Mood masih ndak ok gara-gara peristiwa kelam kabut dan hampir ku langgar orang yang memakai baju hitam. Siapa suruh malam2 pakai baju hitam!gggggrrrrrr....
New Year?
1 week ago
1 pengomen:
batman kali yg ko hampir langgar tu sa..
Post a Comment