Assalamualaikum…
Fuh…rekod balik rumah semalam adalah jam 1 pagi. Bapakku siap bukakan pintu seluasnya untuk anak perempuannya. Aku tersindir :)
Sebenarnya, semalam aku menyelesaikan pertandingan Fotografi Unduk Ngadau Eastern Plaza 3 bulan lepas. Dan keputusannya ada di tanganku dan aku sendiri pon ndak tau siapa pemenangnya sebab gambar tu kan ada kod. Sengaja dibuat begitu supaya tidak timbul biased di kalangan juri. Semua borang bukan dalam simpananku. Sis Maya yang simpan dan aku akan dapatkan borang tersebut untuk mengetahui siapa pemilik gambar tercantik dalam pertandingan itu. Lepas ni, tiada lagi suara sumbang orang itu yang konon menjadi wakil fotografi yang melahirkan rasa tak puas hati dengan tempoh pengadilan. Kalau wakil, why not tanya directly. Pro la sikit bai! Sekarang kami menunggu pengumuman seterusnya oleh pihak penaja bila dan di mana penyampaian hadiah itu berlangsung
Baiklah. Sambung cerita.
Sebelum aku ke destinasi sebenar, aku singgah di Arena. Kiranya aku mau bergambar dengan Def Gab C. Ok, aku seorang suka bergambar sama selebriti. Tapi ndak da pulak gambarku dengan dorang sebab aku kena bergegas ke Bandar Lama. Sempat amek shoot beberapa gambar untuk update di www.facebook.com/tawaurian
Pemilihan gambar tercantik ini dibuat di Bandar Lama (Old Town) bersama juri dan penaja hadiah. Aku dan Adry Sabry bertindak sebagai pemerhati dan tukang makan. Dan boleh la juga aku belajar menilai gambar yang cantik biarpun aku bukan dalam bidang fotografi.
"Gambar yang cantik adalah gambar yang boleh bercerita" tips dari juri tersebut
Sesudah menilai gambar tercantik, Datuk Jeffry mengajak kami ke Batu 10 untuk melihat sendiri PM Studio di sana. Jadi, macam rombongan Cek Kiah melawat tapak projek. Aku, Adry, Datuk Jeffry, Datin Rohaya dan Asheed Def Gab C ke sana.. Haa.. Asheed adalah kawan Datuk dan aku terkejut bila dia datang. So, pertemua dengan dia kira pertemuan eksklusif.
Sampai jak kami di sana, kami diperdengarkan lagu-lagu yang baru dari kumpulan baru Points Band. Mereka ini berasal dari Bandung dan Points Band ini telah berdiri semenjak 2006 lagi. Mereka merakamkan album di PM Studio. Bak kata Asheed, lagu-lagu tersebut boleh dipasarkan dan aku sendiri ada lagu favorite ku. Pertama kali dengar, terus jatuh cinta ooo! Lagu yang bertajuk Peri Kecil atau dalam bahasa melayunya Pari-pari kecil. Lagu ini adalah kolabrasi dari penyanyi tempatan Tawau, Fadly. Menyentuh hati bila dengar lagu ini. Iya, Lisa Ali ni biarpun orang kata dia gengster tapi dalam hati ada taman beb! ekekeke.. Si Adry, Asheed, Datuk dan Datin memilih Tunggu Aku di Tempat Biasa. Lagu ini agak catchy sikit. Boleh angguk-angguk kepala. Yang best nya pasal Points Band ini, semua lagu mereka cipta sendiri dan lagu kami dengar semalam, belum lagi di mixing dengan beberapa element. Ada Asheed dan Datuk terangkan mengenai proses rakaman lagu tapi aku ndak tulis istilah2nya. Nanti next meeting baru tanya semula


Dalam banyak-banyak instrument muzik, aku teringin sentuh drum! Dan semalam aku dapat bermain drum.. Sumbang!!! Tapi puas hati memukulnya. Aku kan kebaruan jumpa artis, main drum apatah lagi. Sempat lagi mengajak datin roy sekali main drum. Nanti lain kali mau lagi ke sana..

PM Studio mengalu-alukan warga Tawau yang ingin mencungkil bakat mereka dalam bidang seni suara. Studio ini beroperasi setiap hari dan bagi mereka yang gila berjamming, boleh la menjenguk studio ini. Ia terletak di Bandar Sri Indah di belakang blok balai polis. Untuk keterangan lanjut, boleh lah menghubungi Encik Mansur Bin Main di talian 017-8676779
Cuba skodeng blog kawan-kawan ku yang lain. csankai dan sisMaya. Dorang ni lagi best! Review pasal Def Gab C datang ke Tawau. Welcome to Tawau. Tuk Antong, selamat kembali ke Tawau.
Terima kasih juri profesional kerana sudi meluangkan masa untuk memilih gambar tercantik. Tak lokek memberikan tips untuk mengambil gambar. Memang humble dan tak sombong
Masih lagi teringat lagu Peri Kecil itu.. Good luck Points Band!
Asheed, nombor 5 ka??? Hahahahahahaha... Masih lagi
Kisah semalam :)
Friday, July 8, 2011
Dibebelkan oleh c Lisa Ali at Friday, July 08, 2011 1 pengomen
Labels: Def Gab C, Def Gab C datang Tawau, Lisa Ali Cakap, tawaubloggers, Unduk Ngadau 2011
Pertandingan Foto Tercantik Kedua Tawaurian
Tuesday, May 10, 2011
Assalamualaikum
Ni adalah sambungan cerita aktiviti Tawaubloggers. Pada hari Sabtu lepas, 7 Mei 2011,sekali lagi Mustwin Venture Sdn. Bhd bersama dengan kerjasama Tawaubloggers Unity telah menganjurkan Pertandingan Foto Tercantik sempena Pesta Keamataan di Kampung Tass, Ranggu.
Ok, terus terang ku cakap ini adalah kali pertama aku dengar mengenai kampung Tass. Lebih aku terkejut lagi bila aku tau di sana ada komuniti Kadazan, Dusun dan Murut. Aku ada beberapa orang kawan dari suku kaum tersebut tapi mereka area Kota Kinabalu. Ada user di Tawau (Tawaurian), nama TASS diilhamkan dari zaman USNO (1962) lagi. TASS membawa maksud Tawau Assembly Settlement Scheme, adalah satu perkampungan kadazan yang ketika itu menjalankan aktiviti getah. Pada tahun 1968, Sabah Land Development Berhad telah mengambil alih TASS dan memulakan tanaman kelapa sawit.
[sumber dari SLDB dan seorang user Tawaurian yg berasal dari Kampung Tass. Thanx bro!]
Selain daripada cerita Pertandingan Unduk Ngadau ini, terdapat pameran yang telah diadakan. Pameran sejarah Tawau yang dikelolakan oleh Discover Tawau telah menarik para pengunjung untuk mengetahui sejarah Tawau, termasuklah wakil rakyat balung YB Syed Abas Ali. Antara barang-barang yang dipamerkan termasuklah syiling sebelum kemerdekaan, botol susu lama (diperbuat daripada kaca), surat khabar lama dan bermacam-macam lagi.

Kampung Tass telah diserang oleh kumpulan jurugambar. Ada yang berkata "Kenapa kampung kita banyak reporter?" Mustwin Venture Sdn. Bhd dengan kerjasama Tawaubloggers Unity telah menganjurkan pertandingan foto tercantik sempena Unduk Ngadau. Kali ini, juri yang memilih akan pening kepala sebab gambar-gambar yang diambil oleh peserta yang bertanding membuatkan mata menjadi rambang :P


Kemeriahan suasana di Kampung Tass membuatkan aku rindu pada kawan-kawan sumandak yang jauh di KK (jauh la ba tu kan..naik bas mau 7 jam 8 jam). Kekadang kalo bercakap dengan dorang ni, bercakap dusun jugak aku. Percaya ka aku pandai cakap Dusun?? Ndak payah la percaya. Sebab aku copy balek lagu-lagu dusun, pas tu jadikan dialog.. 
Antara acara yang sempat aku tengok adalah acara Gusti Lengan lelaki dan perempuan, prtandingan unduk ngadau, permainan buluh, tarian sumazau. koir dari belia kampung Tass dan persembahan artis tempatan.
VIP seperti Datuk Mohd Jeffry Rosman dan Datin Rohaya begitu sporting mengikuti acara Pesta Keaamatan. Orang request menari sumazau, dorang layan. Main permainan bambu pun Datin pandai biarpun katanya kali pertama. Aku di offer main pon aku takut. Sakit nya ba tu kalo tersepit! Jadi tukang tangkap gambar sak la untuk fan Tawau (Tawaurian)


Tahniah kepada pemenang..
Dibebelkan oleh c Lisa Ali at Tuesday, May 10, 2011 2 pengomen
Labels: Kampung Tass, Lisa Ali Cakap, Unduk Ngadau 2011


