Bila saat aku dengar mengenai Festival Kebudayaan Tawau? Aku mendengarnya bila melepak dengan sisMaya. Seingat aku dalam 4 minggu suda.
Tanpa disangka, Tawaubloggers dijemput tuk menghadiri Persidangan Akhbar oleh Presiden MPT. Aku, Adry dan sisMaya datang dan kali pertama aku lihat soal jawab wartawan. Kisahnya ada di [sini]
Krew Tawaubloggers telah sepakat untuk menulis mengenai keistimewaan Tawau pada pembaca. Sedari, aku tidak mempunyai pembaca yang ramai tapi aku turut bercerita sebagai pengetahuan ku. Manala tau nanti bila aku keluar dari Tawau lagi, aku bisa menceritakan istimewanya Tawau di mataku.. Ini adalah antara topik-topik yang aku tulis dan dibantu oleh maklumat dari sumber lain...
1) Istimewanya Tawau
2) Istimewanya Tawau [Hutan Part 1]
Aku sempat menyaksikan raptai pada hari pertama, 13 Januari 2011. Itu baru raptai!Suda memang best ku rasa.. ceritanya ada d [sini]
Kemuncak Festival Kebudayaan Tawau ini pon ada ku ceritakan. [sini].
Beberapa hari kemudian, sisMaya mengkhabarkan kisahku masuk dalam website yang lain. www.etawau.com
Perasaanku, semestinya aku gembira. Perkongsian maklumat bersama beberapa media hebahan adalah satu bonus. Klik [sini] untuk membaca komen dari pihak indonesia.
Lastly, tahniah Tawaubloggers! Nikmatnya kita rasa dan kita kongsi bersama :D
Simpulan dari Festival Kebudayaan Tawau
Thursday, January 20, 2011
Dibebelkan oleh c Lisa Ali at Thursday, January 20, 2011 0 pengomen
Labels: BIMP-EAGA Cultural Festival 2011, Festival Kebudayan BIMP EAGA, hotel Tawau., keindahan Tawau, Keistimewaan Tawau, Tawau Bloggers
Kemuncak Festival Kebudayaan Tawau!
Sunday, January 16, 2011
bersama Dj Normah, Dj Azean dari Radio Tawau.. Ini rupanya antara dj yg slama ni ku dengar di radio tawau
Penat tapi berbaloi-baloi! Biarpun sekali sekala berada dihadapan pentas, tapi aku sangat gembira!
Syabas dan tahniah kepada Majlis Perbandaran Tawau kerana berjaya menganjurkan Festival Kebudayaan Tawau yang julung kalinya diadakan di sini. Sangat happening dan meriah bila melihat kelancaran program yang telah diatur oleh pihak MPT.
Kepada Tawaubloggers, thanx sbb bagi peluang tuk join aktiviti mcm ni.rox!
malangnya aku ndak dapat jumpa blogger @rinadorina dan kwn twitter @hamyre kerana kematian hp!janjiku tuk meet up ngn dia ndak mnjadi gara2 hp ku mati.
sebelah pagi aku membuat review tuk Datuk Hamisa. Sebelah tengah hari, aku bersama don dan sisMaya, sebelah petang, aku ke rumah sisMaya sebab malas mau pulang rumah.tumpang mandi, tumpang online [eeee..sungguh aku ndak malu]. Jam 6 lebih aku bergerak ke bandar, parking di hotel marco polo. ingat kami berkumpul di empire baru berjalan kaki smbil mengambil gmbr suku kaum yg berarak tp ndak jadi.ekekekeke..
Jenny.aku kenal time time ragbi.orangnya sporting.dia meninggalkan kameranya dgn kami sbb dia mau amek parent nya di airport.kamera bukan kualiti VGA yah. Canon 550D kalo hilang, mencanak mengganti! Guna kameranya dan sangat best!!!! thnx jenny..
Kali pertama aku tengok Datuk Musa Aman secara dekat. Bagi yang ndak tau, dia adalah Ketua Menteri Sabah. Adalah satu penghargaan kepadaku, seorang blogger yang hanya tau mengguna template free blogspot. Biarlah apa orang kata tapi aku berblog untuk berkongsi rasa. Bukan untuk bertanding dan mengasah skil template dan coding.
Terima kasih kepada Presiden MPT Tawau dan para kakitangannya kerana memberi peluang kepada TawauBloggers merasai kemeriahan Festival Kebudayaan Tawau secara dekat. Biar tiada duit ku sumbangkan, tapi aku berusaha untuk menwar-warkan keistimewaan Tawau itu sendiri.. :D. Pengalaman berharga sebegini bagiku adalah sesuatu yang sukar dinilai dengan wang ringgit. Aku sangat berpuas hati dan sukar untuk aku katakan bagaimana untung orang awam sepertiku!
Alex, biar tengah berehat sambil mengisap sebatang rokok,sempat melayan karenahku utk bergambar dengan dia.hahahahaha..pas ni, tambah ligat la aku tengok rancangan Warung Kita. Tak sombong ok c Alex!
Melihat wartawan tv3 interview sangat best! Dorang interview Stacy, dan aku tengok dari jauh bagimana mereka meng'interview' Stacy. Stacy!awak comel dan sangat suka bila awak berkata "Wahh". Bak kata Stacy, banyak-banyak event yang dia attend, Tawau adalah paling happenning! Bila aku bersebelahan dengan c Stacy ni otomatik ku berkata sama Stacy dengan ghairahnya "EEEEEE STACYYY!!!!" Hinggakan Stacy pulak kasi sabar aku dengan menyapu blakangku dengan penuh lembut skali :P


Aku mau kongsi gambar-gambar yang aku amek mnggunakan kamera c Jenny...Selain itu, kisah-kisah bloggers lain bisa dibaca
sisMaya
sudir
Don
budaini
tawaubloggers.com
www.facebook.com/tawaurian










Dibebelkan oleh c Lisa Ali at Sunday, January 16, 2011 8 pengomen
Labels: BIMP-EAGA Cultural Festival 2011, Festival Kebudayan BIMP EAGA, keindahan Tawau, Keistimewaan Tawau, Tawau Bloggers
Hari Pertama Festival Kebudayaan Tawau
Friday, January 14, 2011
aku, sisMaya dan Don sempat mengikuti rombongan dari Brunei dan Indonesia dalam sesi lawatan mereka sempena Festival Kebudayaan Tawau 2011
Mereka telah dibawa ke Muzium Majulah Koko yang terletak di Tanjung Batu. Pengenalan dari Puan Astika khususnya produk koko dari Teck Guan membuatkan para pengunjung berasa kagum dengan penghasilan oleh Majulah Koko.
Menurut Puan Astika Majulah Koko adalah antara pengeluar terpenting dalam Malaysia khususnya produk yang berkaitan dengan serbuk koko anti-lembap. Hanya beberapa pengeluar di dunia yang mengeluarkan produk tersebut dan salah satunya yang ada di Tawau, Bumi Peladang.
Seterusnya, rombongan telah disajikan dengan beberapa juadah yang diperbuat daripada koko antaranya minuman berperisa coklat, onde-onde coklat, popiah berperisa coklat dan coklat buatan dari Majulah Koko. Soal makan, aku paling laju :P Tengok badan la ...
Bagi mereka yang mengalami migrain, boleh la mencuba petua dari Puan Astika. Ambil dua sudu besar Serbuk Koko keluaran Majulah Koko, campurkan dengan air suam, Insya Allah penyakit itu beransur-ansur pulih. Katanya coklat menyebabkan migrain adalah mitos malah ia boleh mengurangkan penyakit migrain.
Aku sempat berkenalan dengan penari Brunei, Saudara Mohd Amal Fadzillah dari Persatuan Melayu Keriam (PESAKA). Ini adalah kali pertama beliau menjejakkan kaki di bumi Tawau. Ini sememangnya pengalaman yang menyeronokkan kerana dapat mempelajari dan mengenali budaya dari luar Brunei. Harapan beliau agar aktiviti sebegini dapat diteruskan kerana melalui tarian dan kebudayaan ini juga hubungan silaturrahim antara 2 negara dapat diperkukuhkan. Salam perkenalan :D
Baiklah, aku mau makan dulu. Nanti aku sambung membebel lagi yah. Jemput makan.. :P
Liputan bersama
http://tawaubloggers.com
http://www.facebook.com/tawaurian
http://ahmaddon.com
http://puadede.com
Dibebelkan oleh c Lisa Ali at Friday, January 14, 2011 2 pengomen
Labels: BIMP-EAGA Cultural Festival 2011, Festival Kebudayan BIMP EAGA, Tawau, Tawau Bloggers
Istimewanya Tawau [Hutan part 1]
Thursday, January 13, 2011
Seperti yang ku janjikan, hari ini aku akan terus menulis pasal keistimewaan Tawau.Apa dia keistimewaan yang ada di Tawau?
Pada 6 Ogos 2006, beberapa orang Dr Roman Dail bersama 2 orang kawannya telah memanjat sebatang pokok yang tinggi di Tawau. Bukan pokok kelapa ya! Tapi pokok jenis Seraya Kuning Siput atau nama saintifiknya Shorea faquetiana.
Ketinggian pokok tersebut mencecah 88.32 meter dan ISTIMEWAnya adalah ia terletak di Taman Bukit Tawau. Untuk melihatnya, para pengunjung terpaksa berjalan kaki sejauh kira-kira 900 meter dari pintu masuk.
Sebagai rekod, ada 8 daripada 25 batang pokok tertinggi di dunia terletak di Taman Bukit Tawau. Hebat kan Tawau. Ndak percaya? Kamu pigi ke website http://www.etawau.com/PlacesInterest...lest_trees.htm
Bukan itu sahaja, terdapat spesis orkid yang dipanggil Orkid Telinga Gajah atau Orkid Borneo. Ia berbunga 2 kali setahun dan harga sepokok boleh mencecah rm10k. Bagi pencinta orkid, anda boleh lah ke Taman Bukit Tawau kerana ia menyimpan kira-kira 200 spesis orkid di Taman Botani yang terletak di Taman Bukit Tawau.
Secara peribadi, aku suka ke Table kerana boleh berkelah-kelah, mandi sungai. Beberapa orang safeguard akan mengawal keselamatan anda semasa anda bermandi manda. Dengan harga serendah RM3.00 untuk dewasa dan RM1.00 bagi kanak-kanak, ia sangat berbaloi dengan kehijauan semulajadi Taman Bukit Tawau. Ia di buka setiap hari dari pukul 7 pagi sehinggalah 6 petang. Ada juga kawasan air panas tapi anda kena berjalan kaki sikit. Time aku lepas SPM dulu, aku pernah masuk sekali ke sana. Tapi sekarang ni, ndak pernah suda. Aku pernah mengajak encek boipren tp katanya "ndak payah la..mau ujan!"
Chalet juga disediakan. Serendah rm40 semalam termasuk makan sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Sumbernya ada di www.etawau.com. Tapak khemah juga disediakan. RM5.00 tuk yang 18 tahun ke atas dan RM2.00 untuk dibawah 18 tahun.
Anda boleh menghubungi pihak berikut untuk keterangan lanjut
Tawau Hills Resort: +6089 768719
Taman Bukit Tawau: +6089 918827 atau faks. +6089 753564
Taman-taman Sabah +6088 211 881
Aku pulak semangat mau merasa tidur semalam di sana. Padahal antara rumahku dan Taman Bukit Tawau ni dekat sak!
Sumber di atas aku ambil dari:-
1) http://www.limbang.net/v4/threads/1222-Pokok-Tertinggi-Di-Dunia
2) http://www.etawau.com/PlacesInterest/TawauHillsPark/World_tallest_trees.htm
3) http://www.ents-bbs.org/viewtopic.php?p=3084
4) http://puadede.com/v1/taman-bukit-tawau/
5) http://web7.bernama.com/bernama/v5/bm/newsfeatures.php?id=519276
Dibebelkan oleh c Lisa Ali at Thursday, January 13, 2011 0 pengomen
Labels: BIMP-EAGA Cultural Festival 2011, Festival Kebudayan BIMP EAGA, keindahan Tawau, Keistimewaan Tawau, pelancongan Tawau, Tawau, Tawau Bloggers


