Assalamualaikum
Pengalamanku menyaksikan persembahan Projek Pistol di Fire Clubbing Star (29/06/2011)
Setelah hi-tea bersama Projek Pistol di Arena Cafe, aku, sisMaya, Kak Sue dan Abg Azmie menunggu detik untuk menyaksikan persembahan live di Fire Clubbing Star di cafe yang sama
FIRE merupakan club yang terletak di kawasan Ba Zhong Tawau. Ni kira 1st time aku duduk lepak di sana. Ada orang kata, kalau orang masuk club mesti dicop sebagai jahat. Mesti kena minum dan mesti berpakaian seksi bagi perempuan. Kalau perempuan masuk, memang ndak layak dibuat isteri sebab terlampau sosial.
Pakaianku ke sana? Kalau aku cakap kamu percaya ka yah? Aku pakai baju tube, skirt pendek yang hampir memperlihatkan panties, rambut berurai panjang, highlite warna kuning keemasan + maroon sebelah kanan... :P
Aku ke sana untuk melihat persembahan live Projek Pistol. Aku tidak berkeseorangan. Kami berenam ke sana. Kami tiba seawal jam 9 malam. Kira kami paling bersemangat untuk menyaksikan persembahan Projek Pistol. Berhibur tapi berpada-pada.
Antara 10 lagi, aku hanya tau 2 lagu iaitu Lagu Wanita Seluruh Dunia dan Syurga dan sudah semestinya aku menunggu lagu-lagu tersebut.
Persembahan mereka bermula tepat jam 10 malam. Boy buka jak mulut tuk menyanyi, aku pon trus berkata "Boy, I love you".. Errr..sebenarnya ada ba ayat yang tertingal. Aku mau cakap " Boy, I love your voice.." tapi kasi singkat2 sak la... [alasan semata]. Lisa Ali sebenarnya penghambur punya orang :P
2 lagu Projek Pistol ku minat sebelum ini tapi bila aku menyaksikan persembahan live mereka, lagu kegemaran bertambah. Metafora, Animositi dan Bintang Kecil . Persembahan Boy memang meracun aku untuk ikut head banging bila lagu Hingga Hujung Nyawa didendangkan sebagai lagu pembuka tirai persembahan. Suaranya yang lemak seakan-akan Ahmad Dhani tapi jika dengar kali kedua suara Boy lebih 'jantan'. Bagaimana ku dengar suaranya di radio, begitu juga aku dengar time Boy nyanyi live. SUPERB!
Para pengunjung nampaknya begitu sporting ber'head banging' bersama Projek Pistol. Ada seorang cina naik ke pentas memberi kritikan. "Bro, jangan rock sangai leii..". Mabuk agaknya tapi Boy dapat mententeramkan pengunjung tersebut dan akhirnya dia pun turut ber'head banging' bersama pengunjung yang lain.
Rata-rata orang Tawau terhibur dengan persembahan Projek Pistol. Mereka cukup sporting lebih-lebih Projek Pistol menyanyikan lagu handalan mereka Wanita Seluruh Dunia.. Aku ada rakam video tersebut dan suda tentu ia dalam simpananku. Gila Boy berkata "I Love You" didepan ku! Aduii..ndak ku mau pengsan time tuh.. :P [ok ok saya blogger syok sendiri]
Bagi aku, taruhan Edrie Hashim untuk menubuhkan SUPERBAND memang tepat. Dengan Zham selaku bassist yang pernah menjadi anggota Flop Poppy dan Search , Pae pula pernah bermain drum dengan XPDC manakala Boy mempunyai pengalaman sebagai penyanyi profesional sejak berumur 16 tahun lagi. Edrie Hashim? Jangan dipertikaikan lagi. Gitaris top Malaysia okiess!!!
Kata Boy Cliff ketika memperkenalkan Projek Pistol crews, "Kalau ada jawatan tinggi dari Pengurus, lagi tinggi dari director, itulah jawatan Abg Ed.. Dia segalanya" Edrie Hashim bukan sekadar gitaris, dia juga yang bertanggungjawab untuk menentukan halatuju Projek Pistol.
Masing-masing mempunyai kekuatan dan tarikan. Dan cita-cita Edrie Hashim untuk melihat Projek Pistol sebagai satu SUPERBAND hampir menjadi kenyataan. Gandingan mantap dan keserasian antara mereka dapat dilihat ketika mereka beraksi di atas pentas.
Tak perlu mengagung-agungkan band dari luar. Malaysia sendiri mempunyai band yang mempunyai aura yang cukup kuat. Cuma kadang-kala orang kita ni lagi suka melihat potensi luar banding negara sendiri which is not so cool okiess..
Malam ini mereka adakan membuat persembahan di Razz Maa Tazz, Kota Kinabalu.. All the best tuk Projek Pistol! Ramai-ramai menyokong band tempatan.. Untuk warga Tawaurian. Sokongan anda sangat padu!
Komenku secara ringkas pasal Projek Pistol
1) TAK SOMBONG! JENIS LAYAN PEMINAT BIARPUN MEREKA KEPENATAN..
2) PERSEMBAHAN YANG BERTENAGA DARI SEMUA ANGGOTA PROJEK PISTOL
3) MEREKA BERGERAK 1 TEAM dan sangat PADU!
Untuk Abang Jamil Aziz Sumber Seni Karya, terima kasih dengan layanan yang terbaik dari pihak abang. Memang meriah. Gambar-gambar lain boleh dilihat di www.facebook.com/tawaurian.
Yeahh..Lisa Ali suda ke FIRE.... Gonna miss Boy Cliff... :P
Persembahan Projek Pistol di FIRE
Friday, July 1, 2011
Dibebelkan oleh c Lisa Ali at Friday, July 01, 2011 0 pengomen
Labels: Kekasih Boy Cliff Projek Pistol, Lisa Ali Cakap, Projek Pistol At FIRE, tawaubloggers
Hi-tea bersama Projek Pistol
Thursday, June 30, 2011

Assalamualaikum
Pengalamanku bersama Projek Pistol di Arena Cafe. 29/06/2010
Setelah menyelesaikan beberapa tugas wajib, aku bersiap-siap ke Arena Café untuk bertemu dan beramah mesra dengan anggota Projek Pistol. Sememangnya tarikan adalah Edrie Hashim, antara gitaris yang disegani di Malaysia. Sebetulnya, kami telah bertemu tapi tidak bercerita panjang sehari sebelum majlis Hi-Tea bersama Tawaublogges.


[bergambar dengan pemenang Slogan Tawaurian]
[Abang Jamil Aziz]Aku meneliti watak anggota Projek Pistol. Edrie Hashim suka tersenyum, Boy Cliffs seorang yang peramah biarpun dia adalah line up paling muda, Pa’e kurang pendiam berbanding Zham yang…. ya ampun.. pediamnya bukan main…. Aku tak dengar pun suaranya petang itu. Mungkin si Zham ni jenis suka memerhatikan orang.
Aku bertanyakan soalan kepada Projek Pistol. Ada soalan dari aku sendiri dan Fans (Amir Anuar dan Ain Yasmine) dan soalan dari Budaini.com
Lisa: Kenapa memilih Tawau sebagai destinasi pertama untuk Jelajah Borneo?
Edrie Hashim: Sebenarnya, kita ada beberapa pilihan destinasi tapi saya lihat crowds Tawau memang happening. Kami mengumpul respon dari Facebook kami dan rata-rata berkata Tawau one of the best place. Lagipun kami ada Abang Jamil yang begitu hebat promotion nya.
Boy Cliff: Kira Tawau ni adalah laluan dari hujung ke hujung. End to end. So, kami mula di Tawau dulu, baru KK dan seterusnya Kuching
Lisa: Projek Pistol, Apa uniknya disebalik nama tersebut? Napa memilih pistol. Bukan meriam ka, machine gun ka?
Lisa: Kenapa memilih tempat tertutup dalam siri Jelajah Borneo? Adakah Projek Pistol tidak yakin dengan sambutan peminat di sini?
Edrie Hashim: Ok, sebenarnya ini adalah bergantung pada budget. Untuk pengetahuan, pihak kami terpaksa mengeluarkan budget sendiri dan dibantu oleh sponsors yang ada. Ambil contoh band dari oversea. Mereka tour dengan budget yang ada, tidak mengharapkan tunggu call dari dari mana-mana pihak untuk buat show. Ini inisiatif sendiri. Kami datang bukan berempat seperti yang you tengok sekarang. Kami ada lebih kurang 10 orang. Termasuk orang dibelakang tabir. Memang memakan budget yang besar.
Boy Cliffs: Alhamdulillah, penerimaan terhadap peminat memang baik. Sambutan menggalakkan. Macam abg Ed cakap tadi, ini adalah budget. We want to see the feedback from our fans. Kita ada abang Jamil yang banyak membantu kami dari segi promosi. Poster di van sangat attractive dan ianya memang terbaik!
Lisa: Saya dapat lihat ada 2 orang komposer/pencipta lagu dalam band. Bagaimana bentuk kerjasama antara Boy dan Edrie? Ada tak lagu yang pernah terhasil dari ciptaan kamu berdua?
Boy Cliffs: Ok sebenarnya lagu Wanita Seluruh Dunia adalah ciptaan kami berdua. Means, melody dari abg Ed, dan liriknya dari saya.
Lisa: Malam ni nak nyanyi berapa lagu?
Boy Cliffs: Semua lagu dalam album Projek Pistol.
Lisa: Ada lagu cover yang akan disampaikan ka ni malam?
Boy Cliffs: Ada tapi surprise. Tak best la nak reveal semua kan? Hahahaha..
Lisa: Antara semua, saya lihat Zham paling pendiam. Komen?
Edrie Hashim: Hahahahahahaha.. Pendiam ek? Saya pun sebenarnya pendiam tapi kalau takda orang nak cakap, siapa yang nak cakap? PR (Public Relation) kena ada. Kalau tak,susah orang nak kenal siapa Projek Pistol. Sejak Projek Pistol ni ditubuhkan, memang saya banyak cakap.
Boy Cliffs: I pon pendiam juga. Tapi kena banyak cakap.. Hehehe. Kalau you ikuti perkembangan PP dulu, front line PP bukan macam ada sekarang. Abang Ed la kiranya yang pelopor PP.
Lisa: Ada saya tengok video clip PP dulu, line up untuk PP bukan seperti yang saya lihat sekarang. Dulu ada Lola sebagai drummer. Adakah ini kira finalize line up Projek Pistol?
Boy Cliffs: Insya Allah ini la finalize tuk PP. Mudah-mudahan.
Lisa: Siapa tadi yang cakap dia lahir Tawau time interview di TawauFM? Lokasi Kem Lok Kawi, Hospital Besar Tawau?
Pae: Hahahahahaha… Betul! Saya lahir kat Tawau. Abah dulu military. But after 2 years, pindah ke Semenanjung tapi memang saya lahir kat Tawau. Patut la DJ tu blur semacam bila saya cakap Kem Lok Kawi. Bila tanya orang belakang nak confirm kan, dorang angguk. Jadi belasah je lah! Kecik-kecik dulu. Mana nak ingat. Tapi memang saya lahir kat Tawau

Edrie Hashim: Tu la aku baca tweet Lisa aku gelak. Lok Kawi di KK katanya. Bukan Tawau..
Lisa: Ok, soalan santai. Edrie Hashim, rambut tu yang mahal. Bagaimana jaga rambut yang cantik itu?
Edrie Hashim: Pakai PANTENE je! Hahahaha.. Ni Pantene kena bagi royalty kat saya ni. Tapi memang saya pakai PANTENE..
Lisa: Kata-kata terakhir dari Projek Pistol?
Edrie Hashim: Makanlah sayur-sayuran
Loyar buruk jugak si Edrie ni. Sebenarnya ada jawapan serius tapi aku ndak pandai olah bahasanya dan jawapan segala persoalan yang serius aku serahkan kepada yang pakar.. SisMaya.. :P Tunggu dia update









Sementara itu, aku mahu siapkan kerja yang tertangguh. Ni adalah gara-gara menyaksikan persembahan Projek Pistol di FIRE CLUBBING STAR. Lisa Ali ke Fire?? Tunggu kisahnya.
Saksikan video khas bersama krew Tawaubloggers [sini]
Dibebelkan oleh c Lisa Ali at Thursday, June 30, 2011 2 pengomen
Labels: Edrie Hashim, Lisa Ali Cakap, Projek Pistol, Projek Pistol At FIRE, Rahsia Rambut Edrie Hashim, Sumber Karya Seni



