Assalamualaikum
Betul kata sang mantan, bila buang pancing di lautan, fikiran menjadi kosong. Yang kusut akan terlerai dek alunan ombak. Itu jasa yang ditinggalkan oleh sang mantan kepadaku. [Mengenalkan aku dengan hobi baru-memancing.]
Sekarang, aku punyai joran. Eh, sebenarnya bukan aku punya seorang. Hak milik bersama dengan Encik Cina. Encik Cina sebenarnya tidak ada keinginan untuk membuang masa sepertiku tapi oleh kerana risaukan keselamatanku di laut, dia sanggup redah biarpun dia mengalami kerugian.
Aku tidak memaksa dia untuk mengikutku kerana bagiku cukup dia menghantar 2 orang kepercayaannya untuk menemankanku di laut. Baginya dia hanya percaya dirinya seorang untuk menjagaku... [padahal dia ni pun ndak pandai berenang]
Bot yang kami pakai adalah bot kepunyaan teman baiknya. Kami pergi bertiga, pengemudi bot, Encik Cina dan aku. Kami bertolak dari area batu 3. Tidak jauh dari kediaman pengemudi bot tersebut.
Dan sekarang, dia pulak pandai-pandai cari aksesori memancing untuk diletakkan di kereta. Acai, you are sweet guy! Boleh kita couple ka? :P
Maaf, aku perlukan masa untuk diriku. Lama aku tidak berjalan-jalan dengan keretaku. Means, aku dan keretaku saja. Tiada orang lain hatta kawan baikku.
*** Maaf, tiba-tiba dalam keadaan tertekan! Apa yang dirancang semua tidak menjadi. Dugaan apa lagi kali ini ku terima. Sabar lagi??? Iya, teruskan bersabar
Rasa..
1 month ago


