Assalamualaikum....
Alhamdulillah. Syukur ke hadirat Ilahi kerana memperkenankan doaku dan doa mereka yang menyayangiku.
Aku pernah berkata "Derita KAU berikan, bahagia KAU gandakan." Indahnya nikmat sabar.
Bermula esok (yang juga hari lahirku), aku akan memulakan tugas secara rasminya sebagai Project Engineer. Bermulalah lagi episod baru dalam hidupku. Membalas segala kekecewaan yang telah ku berikan kepada orang tuaku. Itu yang penting. Aku berdoa agak aku tidak takbur dalam mencari keredhaan rezeki yang telah Kau telah berikan kepadaku.
Amin...
Nak kongsi sesuatu. Tuk dapat position ni, aku harungi sekali interview. Sebelum interview, aku sms mak aku. And of course, aku ni anak mak biarpun tak obvious sangat :P. Minta didoakan agar semua berjalan dengan lancar. Be frank, aku tak tau background company. Means that aku ndak tau apa yang company tu buat. Yang aku tau aku antar resume dan hadiri interview. Aku taklah meletakkan harapan terlalu tinggi memandangkan aku tau di mana tahap ku sebagai seorang student dulu.
Aku mengenakan kemeja putih dan berwedges yang dibeli dari Bandung (Family Trip) berjeans sahaja dan berselendang kelabu. Langsung tidak mengenakan make up. Sesimple yang boleh. Bersama itu, aku bawa CV, salinan sijil2 dan kotak pensel. Jangan tak tau, kotak pensel aku bukan sahaja menyimpan stationary, tetapi tools seperti test pen, multimeter dan measurement tape.
Bila berdepan dengan panel interview, dalam hati langsung tiada debaran tapi tiada selera makan seharian. Air jak yang masuk dalam perut. Tapi berjenis-jenis air. Air milo, susu, teh panas, air suam, sirap.
Tiada lain selain keberkatan rezekiMu Ya Allah.... Syukran, alhamdulillah
Oppss... aku ndak jadi pulang bulan 7. Aku pulang akhir minggu ni. Insya Allah
Malahah
6 days ago
0 pengomen:
Post a Comment