Assalamualaikum..
Baru menyempat update blog. Currently, aku berada di Tawau untuk settle beberapa perkara sebelum pulang mencari rezeki di tanah semenanjung.
Sememangnya, bila sampai ke Tawau, ndak sah kalau tidak menjamah masakan di rumah. Biar hanya nasik dan sayur campur, bagi aku adalah nikmat yang tidak terkata. Al-maklumlah, di sana aku biasa masak sendiri dan makan masakan sendiri. Bila menjamah lauk dari bonda tercinta, rasa nak bercucuran airmata sebab lazatnya susah digambarkan.
Aku penggemar pucuk ubi. Dan aku menyuarakan keinginanku dengan mak aku. Dan tengah hari tadi, aku dapat makan pucuk ubi bersama pecal. Yang bestnya, mak aku memetik sendiri pucuk ubi. Katanya, kalau beli,banyak yg tua. Ndak sedap kalo ada yg tuak..
Nampaknya misi untuk membawa kereta ku dari Tawau tidak berhasil. Tinggallah Lottong sama mamak aji yah. Biarlah mamak aji pakai tu kereta pigi mengaji jak :) Aku terpaksa mencari kereta lain di sana untuk kegunaan, keperluan dan kemestian
Esok, mau makan mee tauhu plak bah. Tapi aku rasa mak aku mau buat mee tauhu tuk aku. Anaknya paling degil sudah pulang Tawau. Ekekeke..
Mau makan nasik bambong, tiada geng. Mana ada kawan2 cuti. Sibuk kerja semuanya. Makan nasik lalap pon, macam tiada geng jugak. Argghh..ajak mamak pigi kompom dia ndak mau. Makanan di luar banyak ajinamotonya. Kenak2 lagi sekarang dia kena jaga kesihatan. Mana mau makan mee tauhu, sup maskur, gado2, terang bulan macik Butun, murtabak jawa...haissshhh.. :P
Tengok planningnya macam mana :) kalau sempat, termakan la semua tuh. Insya Allah.
Syurga Makanan
Sunday, June 24, 2012
Dibebelkan oleh c Lisa Ali at Sunday, June 24, 2012 0 pengomen
Hadiah Hari Lahir dari Yang Maha Esa
Monday, June 18, 2012
Assalamualaikum....
Alhamdulillah. Syukur ke hadirat Ilahi kerana memperkenankan doaku dan doa mereka yang menyayangiku.
Aku pernah berkata "Derita KAU berikan, bahagia KAU gandakan." Indahnya nikmat sabar.
Bermula esok (yang juga hari lahirku), aku akan memulakan tugas secara rasminya sebagai Project Engineer. Bermulalah lagi episod baru dalam hidupku. Membalas segala kekecewaan yang telah ku berikan kepada orang tuaku. Itu yang penting. Aku berdoa agak aku tidak takbur dalam mencari keredhaan rezeki yang telah Kau telah berikan kepadaku.
Amin...
Nak kongsi sesuatu. Tuk dapat position ni, aku harungi sekali interview. Sebelum interview, aku sms mak aku. And of course, aku ni anak mak biarpun tak obvious sangat :P. Minta didoakan agar semua berjalan dengan lancar. Be frank, aku tak tau background company. Means that aku ndak tau apa yang company tu buat. Yang aku tau aku antar resume dan hadiri interview. Aku taklah meletakkan harapan terlalu tinggi memandangkan aku tau di mana tahap ku sebagai seorang student dulu.
Aku mengenakan kemeja putih dan berwedges yang dibeli dari Bandung (Family Trip) berjeans sahaja dan berselendang kelabu. Langsung tidak mengenakan make up. Sesimple yang boleh. Bersama itu, aku bawa CV, salinan sijil2 dan kotak pensel. Jangan tak tau, kotak pensel aku bukan sahaja menyimpan stationary, tetapi tools seperti test pen, multimeter dan measurement tape.
Bila berdepan dengan panel interview, dalam hati langsung tiada debaran tapi tiada selera makan seharian. Air jak yang masuk dalam perut. Tapi berjenis-jenis air. Air milo, susu, teh panas, air suam, sirap.
Tiada lain selain keberkatan rezekiMu Ya Allah.... Syukran, alhamdulillah
Oppss... aku ndak jadi pulang bulan 7. Aku pulang akhir minggu ni. Insya Allah
Dibebelkan oleh c Lisa Ali at Monday, June 18, 2012 0 pengomen
Balik kampung tapi.........
Friday, June 15, 2012
Assalamualaikum..
Hati mana yang tidak girang bila dikhabarkan "ANDA WAJIB BALIK SABAH!"... Waw!! Dalam hati sangat asyik. Sms my bestfriend Rina, khabarkan yang aku akan pulang ke Tawau. Minta dia masakkan ketam masak asam pedas yang sememangnya janjinya denganku.
Yang ndak bestnya, aku balik hanya untuk 3 hari sahaja kerana tuntutan kerja di sini buat aku terikat! Susah derrr mau cuti. 3 hari ni pun kira bersyukur untuk menyelesaikan masalah mak aku. Katanya aku jak yang bisa settle kan masalahnya.. Hahahaha.. Apakah aku trep harapan? :p
Well well, bermacam-macam aktiviti aku mau buat selain selesaikan masalah mak aku. Yang utama, aku mau makan gado-gado Semarak dan Ice Box, makan bihun sup udang di area Fajar, lepak di gerai si Kechik di Takada dan tak mustahil aku mau tengok anak angkatku si Fitri. Sempat ka yahh dalam masa 3 hari tuh. Eh, tolak sehari la sebab mau berurusan. Belum campur hang out ngn si Rina.
Oppss.. Lupa. Time aku pulang, time puasa pulakkkkkk!!!!!!!!! Adooiii...........Ubah plan la nampaknya ni. Tapi sempatkah dilakukan dalam masa 3 hari jak. Hai la bosss.. Extend cuti boleh sampai raya, boleh?
Dibebelkan oleh c Lisa Ali at Friday, June 15, 2012 0 pengomen
2 June 2012
Saturday, June 2, 2012
Assalamuaikum..
Hari ini cuti am tapi aku kena kerja. Kena kejar dateline projek. 2 hari lepas aku TERdemam. Buat 2 kerja dlm satu hari memang memenatkan but aku kena kuat. Kumpul duit sebab banyak mau kena bayar. Silap2 aku rasa aku tak kawen la ni.. Hahahahahaha. Memang bukan aku yang bagi hantaran tuk lelaki but takkan aku nak harap duit lelaki jugak. Aku pun nak hantaran beg tangan LV original! Hahahahahaha!!!!!
Last week aku pegi wedding one of my #bff di Lembah Keramat. Of course, aku terkejut dan terkedu bila cik Lily khabarkan yg Zeera kawen. Aku mmg tak tahu menahu ngan siapa dia kawen tapi aku saja buat surprise datang time nikahnya dan totally dia pon sangat terkejut! Tanya punya tanya, husbandnya ni satu course nya tapi seriously mereka tidak pernah bercinta zaman belajar. Aku tau jenis Zeera ni. Dia takkan bercinta sebelum kahwin. Kalau ada orang nak kat dia, memang dia suruh terus jumpa family dan naik meminang. Bercinta selepas kawen. Baca komen2 Zeera and her husband di Facebook, owhh, sangat la sweett!!! Ada orang geli baca tapi bagi aku, aku suka baca. Congrats Zeera. Insya Allah aku attend majlis resepsi mu bulan 8 arrr.... Antara aku, Syera, Lily dan Zeera, Zeera ni jenis Islamic. Kira rujukan ku time stadi dulu. Dah jadi isteri la kau Zeera.. 1 down, 3 to go (aku, Syera, Lily)
Dah start la orang berkata " Korang bila lagi?". Ehh... Ntah la bila. Kita mati pun tak serentak kan.?Jodoh pun takkan datang serentak jugak. Bagi aku, aku ni bukan jenis memilih sangat. Aku suka lelaki yang tunjukkan 'jahat' depan mata. Bukan berpura-pura baik. Pernah bercinta dengan lelaki 'baik' tapi akhirnya kecewa memanjang. Hahahaha.. Past is past. Malas mau ingat semula. Sekarang aku sibuk memikirkan masa depan. Kan aku sudah kata tahun ni aku mau jadi kaya? Cita-cita gila tapi tiada yang mustahil kan?
Esok hari terakhir di site. Ku korbankan masa cutiku untuk memuaskan hati orang. Yang penting semua kerja siap dan tiada komplen di masa akan datang. Sempat En.bf sms" Lisa Ali sangat workaholic". Tapi esok tak la banyak kerja sangat. Tengah hari Syera dan Lily akan jemput di site dan kami akan bersuka ria. Aku ikut jak dorang ni mau bawak aku ke mana.
Ok, itu jak kisah ku di sini.. Layan la gambar-gambar kami sempena wedding Zeera. Pas ni giliran siapa plak??
Dibebelkan oleh c Lisa Ali at Saturday, June 02, 2012 0 pengomen